Monday, 27 July 2015

Petua Menghilangkan Jerawat

Ada jerawat? Mari cuba petua ni

Bahan-bahannya
Bawang putih
Lobak Merah
Putih telur
Madu

Cara membuatnya
1. Blend kesemua bahan diatas

2. Sapukan ke muka dan biarkan sekurang-kurangnya 30 minit. kemudian bolehlah dibilas

****Amalkan setiap malam sebelum tidur

Petua Hilangkan Kesan/Bekas Jerawat

Kesan jerawat adalah salah satu benda yang kita anggap amat menjengkelkan atau memalukan. Untuk menghilangkan atau menghapuskan kesan jerawat dari muka. sila cuba petua dibawah...

Bahan-bahannya
Timun
Lidah Buaya/Alor Vera
Daun Senuduk
Sireh
Isi Cekur
Asam Jawa
Kulit kayu manis
Madu
Air
***Bedak sejuk

Caranya
1. Sagatkan timun, tapis airnya, isi hampasnya didalam bekas.

2. Blend/ giling lidah buaya, daun senuduk, sireh, isi cekur, asam jawa, kulit kayu manis, madu dan air. Kemudian campuran ini kedalam bekas yang berisi timun tadi. gaulkan sehingga rata

3. Pastikan ramuan ini seperti masker dan tidak terlalu cair.. Jika cair, sila tambahkan madu serta lendir dari lidah buaya. Boleh ditambah bedak sejuk. Sapukan pada parut yang terdapat kesan jerawat ( sapu satu muka pun boleh). Biarkan ramuan tersebut kering dan kemudian bolehlah dicuci. Amalkan sehingga parut jerawat hilang

****Jika terbuat ramuan dalam kuantiti yang agak banyak.. bolehlah disimpan didalam bekas yang bertutup dan simpan didalam peti sejuk...

****Boleh gunakan satu bahan saja dari semua bahan yang tersenarai. Untuk mendapatkan kesan yang maksima dicadangkan menggunakan semua bahan yang tertera diatas..Selamat mencuba

Thursday, 3 October 2013

Pokok kapas hantu untuk merawat penyakit kelamin (Gonorrhoea)

Petuanya begini :
Ambil segenggam daun serta akar pokok kapas hantu yang telah dibasuh bersih, tumbuk sehingga lumat. Setelah lumat, bolehlah disapu kebahagian yang sakit, tahan sikit kerana mungkin anda akan terasa pedih ketika menyapu ramuan tersebut ditempat yang dijangkiti. Selamat mencuba dan semoga sembuh hendakNya.