Showing posts with label Petua Untuk Wanita. Show all posts
Showing posts with label Petua Untuk Wanita. Show all posts

Wednesday, 19 October 2011

Memulihkan Puting Payudara Yang Retak-retak

Petua ini amat senang dilakukan ( senang dilakukan tapi bukan senang untuk menyediakan bahannya) tetapi jangan lakukan ketika anda menyusukan anda anda. Untuk memulihkan puting payudara yang retak adalah dengan mengambil minyak kelapa hijau ( Minyak dari kelapa yang berwarna hijau dan bukan kelapa tua yang kulitnya berwarna coklat). Kemudian campurkan dengan sedikit halba dan sapukan pada hujung payudara anda. Insya-Allah keretakan pada payudara akan hilang. Selamat mencuba

***** Cara mendapatkan minyak dari kelapa - ambil 2biji kelapa, parut, perah santannya dan masakkan santan tersebut sehingga keluar minyaknya.

Tuesday, 18 October 2011

Petua kembali Gadis

Bagi wanita yang sudah lama berkawin ataupun bagi ibu yang sudah melahirkan pasti menghadapi masalah faraj yang tidak seperti mula-mula berkawin. Sila amalkan petua dibawah. Insya-Allah faraj akan kembali ketat seperti gadis.


Bahan-bahannya
1. Daun Inai ( kiri atas )
2. Daun Pegaga (kanan atas)
3. Daun Limau Purut (kiri bawah)
4. Pinang Muda (kanan bawah)

Cara-caranya
Tumbuk kesemua bahan diatas dan perahkan bagi mendapatkan airnya yang pekat. (Jika perlu campurkan sedikit air). Gunakan 'cotton bud' atau putik kapas dan celupkan kedalam cecair ini. Kemudian masukkan kedalam lubang faraj. Lakukan setiap hari, seelok-eloknya selepas mandi petang sehingga faraj kembali ketat.

Sunday, 16 October 2011

Memerahkan Puting Payudara Yang Lebam

Masalah ini adalah masalah biasa bagi wanita yang sudah bersuami atau mempunyai anak. Puting payudara yang hitam dan lebam sebenarnya boleh dikembalikan kewarna asalnya. Cuba amalkan petua ini dan anda dan pasangan anda akan terkejut dengan kebekesanannya. Ambil beberapa helai daun sireh, tumbuh sehingga hancur ataupun sehingga keluar air yang berwarna merah. Perah daun sireh itu dan ambil airnya dan sapukan di sekitar puting payudara. Lakukan setiap malam sehingga berjaya memulihkan warna puting payudara anda. Selamat mencuba cu.

Wednesday, 12 October 2011

Petua Menegangkan Payudara


Petua 1 : Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah buah dada menjadi kendur tidak bermaya seperti dahulu.Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu , ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali.
Menurut orang tua yang memberikan petua ini , petua ini dipanggil ‘Petua Sayang Suami’. Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan.

Petua 2 : Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut tika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan 2 kali seminggu.


Petua 3: Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.


Petua 4 :Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.



Saturday, 11 June 2011

Petua Fesyen Untuk Wanita Bertubuh Gempal dan Rendah

Kelebihan wanita yang berbadan besar dalam berpakaian adalah apabila mereka dapat bermain dengan warna gelap dan corak berjalur sesuai dengan rekaan, gaya, pekerjaan dan juga personaliti pemakai. Terdapat tanggapan lama yang menyatakan bahawa pakaian berwarna gelap hanya sesuai dipakai ketika berkabung atau memberi ekspresi murung, sedih dan ganas tidak boleh lagi diguna pakai. Tetapi, sekarang masyarakat sudah mula bersikap terbuka dalam menentukan pilihan warna pakaian. Malah, mereka juga menitik beratkan soal rekaan dan stail pakaian untuk tampak berbeza serta menonjol.

1. Rekaan jaket berpotongan paras pinggul dengan corak fabrik jalur menegak mampu memberikan kelangsingan dan memberi impak tinggi pada mereka yang berbadan besar dengan ketinggian sederhana.

2. Saiz lepel (kolar) jaket sederhana besar dan potongan lengan padanan rata boleh membantu mengelakkan tubuh kelihatan bertambah besar. ‘Princess line’ pula dibuat supaya dapat memberikan bentuk pada tubuh terutama bagi mereka yang mempunyai masalah bentuk badan lurus. Potongan ‘cuff’ pada bahagian hujung lengan yang bersaiz lebar dan tirus boleh memberikan kelainan.

3. Fabrik corak berjalur bersaiz sederhana tebal sangat sesuai digunakan untuk membuat jaket berpotongan dan boleh dipakai secara formal mahupun kasual. Gabungan warna seperti hitam dan kelabu pada jaket masih boleh memberi impak menjadikan kulit kelihatan cerah dan segar. Untuk tampak lebih yakin, sapuan solekan bersesuaian mampu menaik seri wajah.

4. ‘Tube’ yang dipakai bersama jaket dan padanan kain separa kembang dari warna hitam polos dapat menampilkan gaya elegan. Fabrik yang disarankan adalah dari jenis elastik atau ‘bias-cut’ kerana ia boleh memberikan keselesaan sekali gus mencipta bentuk pada tubuh.

5. Pemilihan barang kemas tidak perlu terlalu sarat. Jika ingin tampil bergaya dan anggun, tambah aksesori pelengkap seperti tali pinggang dan kasut pilihan warna sedondon.

Petua Memilih Tudung

1:  Pilih tudung dari fabrik yang bersesuaian seperti kain kapas dan kain kasa(bawal).
2:  Jika memilih corak berbunga besar, padankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.
3:  Jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju anda. Contoh; jika warna hijau paling sedikit di baju anda, pilihlah tudung warna hijau.
4:  Cuba elakkan memakai tudung dan baju yang mempunyai warna sedondon.
5:  Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah seperti merah jambu, kuning dan biru.
6:  Elakkan pemakaian tudung yang berwarna gelap dan kusam untuk mengelakkan anda dari kelihatan sudah berusia.
7:  Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh. Ia untuk mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.
8:  Anda yang berkulit putih disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar. Tudung berwarna merah jambu akan membuatkan anda kelihatan pucat.
9:  Anda yang berkulit kuning langsat, pemakaian tudung berwarna biru, lavender dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah. Elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.
10: Buat pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan anda kelihatan lebih cerah dan terang.  Elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah anda tidak kelihatan kusam.
11:  Pastikan tudung anda dikemaskan di bawah keronsang selepas pinkan tudung. Ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti mengelembung.

Petua Keterampilan Diri Wanita Muslimah

  1. Serlahkan cahaya keimanan di wajah
  2. Pamerkan akhlak yang terpuji
  3. Dapatkan ilmu pengetahuan untuk jadi wanita yang bijaksana
  4. Berikan senyuman manis dan ikhlas buat suami dan anak-anak
  5. Berhias dan berdandan hanya untuk suami
  6. Meluangkan masa untuk merawat diri
  7. Penuhi hati dengan sifat-sifat terpuji
  8. Sentiasa mencintai majlis-majlis berilmu
  9. Sentiasa bersedia meminta maaf dan memaafkan
  10. Sentiasa bersabar dalam menempuh dugaan hidup
  11. Sentiasa menderma ke jalan kebajikan
  12. Bersifat penyayang kepada keluarga dan masyarakat

Petua Rambut Untuk Muslimah

1: Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dulu. tau. Kalau tidak nanti rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.
2: Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri.Jangan gosok rambut anda dengan kasar.
3: Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.
4: Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.
5: Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.
6: Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali.
7: Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.
8: Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tetapi jangan biarkan ia sampai tidak terurus. Ini kerana, jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan.
9: Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam. Jika anda tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah  rosak.
10: Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat.

Petua Penjagaan Payudara Wanita

1. Pembedahan
Elakkan melakukan pembedahan payudara jika sekadar untuk membesarkan ukurannya. Kecantikan wanita bukan sekadar terletak pada aset ini sahaja, tetapi terletak pada ‘hatinya’.

2. Senaman
Lakukan senaman dan perawatan payudara secara sendirian iaitu senam payudara dan yoga. Salah satu cara melatih otot pektoral adalah dengan menekan kedua telapak tangan separas dagu pada dinding (seperti posisi mendorong), arahkan pandangan ke langit, tahan beberapa detik, kemudian lepaskan. Ulangi latihan ini sampai 10 kali. Latihan ini boleh dilakukan ketika anda berada di bilik mandi. Rasakan tarikan pada otot pektoral ketika anda menggerakkan kepala ke atas. Kegiatan mengangkat dan menurunkan bahu, apabila dilakukan berulang-ulang, dapat memperkuatkan otot dada.

3. Urutan
Mengurut payudara dengan minyak aroma terapi, dapat menjaga keanjalan payudara. Urutan baik untuk merangsang sirkulasi darah. Caranya lakukan urutan ke arah luar, ke bawah dan ke arah dalam, kemudian mengikuti aliran getah bening ke arah ketiak, ke bawah tulang selangka dan ke arah tulang dada. Dibandingkan dengan masker dan krim yang disapukan, penggunaan minyak aroma terapi adalah lebih efektif kerana urutan akan lebih mudah meresap ke dalam kulit, mengalir dalam darah, kelenjar susu serta menyusup ke seluruh tubuh.

4. Bersihkan payudara
Payudara yang sihat adalah payudara yang bersih. Perhatikan kebersihan puting yang merupakan tempat keluar air susu, sekaligus kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan puting dan arela, agar tidak kering dan kulitnya tidak pecah. Gunakan kapas yang sudah dibubuhi minyak zaitun untuk membersihkan sisa kelenjar iaitu kelenjar minyak yang sering melekat pada puting.

5. Penggunaan Coli
Gunakan baju dalam atau coli yang sesuai dengan anda dan bukannya sekadar melekap di situ sahaja. Seelok-eloknya memakai coli yang sesuai mengikut saiz payudara, iaitu sepanjang tempoh kehamilan dan waktu menyusu anak.

6. Penyusuan
Sekiranya menyusukan anak, letakkan posisi bayi dengan betul dan selesa agar ia tidak terlalu menarik payudara. Terdapat masalah dalam tempoh penyusuan, ia termasuk bengkak buah dada. Cara mengatasi masalah itu, perah payudara perlahan-lahan untuk melembutkan terlebih dahulu sebelum menyusu atau tuam air suam untuk melegakan kesakitan.
Kelebihan menyusukan anak dapat menghindarkan dari penyakit barah payudara, barah ovari dan membantu mengecutkan rahim kembali kepada asal (selepas bersalin).

7. Ramasan
Elakkan pasangan anda membuat ramasan payudara (sewaktu melakukan hubungan seksual) dengan menolak ke kanan atau ke kiri terlalu kuat. Ini adalah kerana perlakuan sebegini kerap boleh membuatkan payudara anda kendur lebih cepat.

Friday, 10 June 2011

Petua Untuk Wanita Sentiasa Muda

1. Minum Banyak Air. Elakkan minuman bergas atau air berperisa seperti kopi dan teh.  Amalkan untuk meminum air suam atau air mineral. Dengan meminum banyak air bersih anxda mudah membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

2. Bersenam Selalu. Ia baik untuk jasmani dan rohani. Berjalan di sekitar rumah pun merupakan suatu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam. Selepas bangun tidur, disiplin diri anda untuk melakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.

3. Jangan Merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.

4. Cukup Tidur. Jangan selalu berjaga malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.


5. Kulit Perlu Rehat.  Pastikan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu “bernafas”. Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Bersihkan muka anda.

6. Makan Jangan Berlebihan. Anda perlu mesti makan tetapi jangan berlebihan. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan, tetapi pastikan ia menu sihat.

7. Buat Facial. Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Ataupun nikmati saja mandian buih di rumah. Tidak semestinya di salun. Anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan Stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Ketawa Selalu. Ketawa adalah penghibur duka. Ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan-kawan. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.

Thursday, 9 June 2011

Petua Untuk Mencegah Benjolan Pada Payudara

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

Petua Untuk Memulihkan Rasa Gatal di Kemaluan

Rebus beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu sehingga suam kemudian gunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau rasa kurang selesa.

Petua-Petua Untuk Merawat Senggugut

Petua 1 : Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang, dan tumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.


Petua 2 : Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi, didahulukan dengan selawat.


Petua 3 : Minum air rebusan rumput jarum  emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa  kedatangan haid atau sebelumnya.


Petua 4 : Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada  hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .


Petua 5 : Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air  teh pahit tanpa gula

Tuesday, 7 June 2011

Petua/Tips Untuk Bijak Berfesyen (wanita)

Bertubuh Rendah
Perlu berhati-hati dengan pakaian yang berjalur-jalur dan tali pingang yang terlalu kecil. Pakaian yang terdiri dari warna-warna kontra dan jalur vertikal dan menyerong boleh membuatkan anda kelihatan lebih langsing. Elakkan pakaian yang bermotif/corak terlalu banyak. Pilihlah tops yang mempunyai garis pinggang yang lebih tinggi. Hindarilah warna yang terlalu terang,sebaiknya pilihlah warna beige,hitam atau pastel. Jika tidak mahu badan melebar,pilih pakaian yang mempunyai motif kecil. Untuk seluar,pilih yang berpotongan lurus atau wide leg. Skirt pula sebaiknya skirt mini atau maxi. Elakkan memakai kasut dengan tali-temali melingkari betis,anda boleh nampak lagi pendek.

Bertubuh Tinggi
Boleh mengenakan tali pinggang lebar,elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat,skirt yang terlalu panjang atau pendek. Seluar panjang potongan hipster paling tepat. Jika pinggang berisi, lebih baik kenakan seluar panjang model ‘full cut’ (pinggang tinggi) dan hindari seluar berpotongan baggy atau yang mengecil di hujung. Untuk top,sebaiknya tops labuh yang melepasi pinggang. Elakkan tali pinggang yang terlalu ketat. Kasut bertumit tinggi melebihi 5 inci juga tidak digalakkan.

Bertubuh Gempal
Warna biru navy,hitam atau merah tua akan membuatkan anda lebih langsing. Untuk tampil ’slim n chic’, jangan sesekali memilih baju longgar utk menyembunyikan lemak di badan. Baju berleher V boleh membuatkan anda nampak lebih kurus. Hindari skirt di bawah paras lutut atau skirt midi separas betis. Ia membuatkan anda seperti terpotong dan anda akan kelihatan lebih berisi dan pendek. Untuk pemilihan beg tangan, pilih aksesori berbentuk segiempat agar memberi efek lebih ringan. Kasut platform yang sangat tebal tidak sesuai untuk anda. Sebaiknya, pilih kasut bertumit ramping dan selesa.

Bertubuh Besar di Bahagian Atas
Perlu memilih jaket panjang tanpa span bahu untuk menyeimbangkan bahagian atas dan bawah badan. Elakkan blaus/kemeja berpotongan ‘ruffles’ atau ‘detail’ yang keterlaluan. Tops berpotongan silang boleh memberi ilusi yang lebih ramping. Jika ingin mengenakan aksesori, skarf boleh merampingkan tubuh bahagian atas. Pakai seluar atau skirt yang mempunyai lipatan atau kedutan supaya pandangan lebih tertumpu ke bahagian bawah badan. Kasut bertapak rata merupakan pilihan yang baik.

Monday, 6 June 2011

Petua/Tips Memilih Tudung Mengikut Bentuk Muka

Adakah tudung-tudung yang dipakai kena dengan bentuk muka anda?..Untuk tampil lebih menawan pakailah tudung yang bersesuaian dengan bentuk muka anda. Dibawah ini ada beberapa tips memilih tudung berdasarkan bentuk muka seseorang...
Bentuk Muka Oval – Biasanya boleh dikatakan bentuk idaman.Oleh itu,dalam menggunakan tudung, bentuk muka yang lain memerlukan sentuhan khusus supaya dapat mendekati bentuk muka oval.Sementara itu,bagi anda yang mempunyai bentuk muka oval pula, anda bebas memilih gaya bertudung, bahkan dapat mengelakkan daripada menggunakan hairband. Jadi jika anda penggemar selendang, anda bebas untuk menggunakan apa juga jenis selendang dan boleh memilih untuk menggunakan anak tudung atau pun tidak.
Bentuk Muka Petak – Ciri bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama, tulang rahang yang dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar.Dalam mengenakan tudung,bahagian tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung dan gunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang.Mereka yang mempunyai bentuk muka ini, perlulah bijak menggayakan selendang.Stail Selendang Bienda atau ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar.Pilihlah gaya selendang yang menjurus kepada gaya lilitan.
Bentuk Muka Panjang – Seperti bentuk muka segi tiga,mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagunya yang panjang.Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang.Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.Penggunaan anak tudung syiria bersama selendang adalah disarankan buat mereka yang memiliki bentuk muka panjang kerana ia dapat membantu kamu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi.Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka oval,semua jenis selendang sesuai digayakan.
Bentuk Segitiga – Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga,ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang.Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu ditengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka.Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti hairnet.Bagi membolehkan bahagian kening terangkat gunakan headband sebelum menggunakan anak tudung tersebut. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukanlah satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka oval.Bagaimanapun, cara pemakaian selendang haruslah diperhatikan agar jarak pelipis yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak kelihatan nyata.Gaya selendang harus menjurus kepada gaya pintalan atau gaya sanggul lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.
Bentuk Muka Bulat - Bentuk muka bulat dicirikan dengan jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertimbung di pipi.Mereka yang mempunyai bentuk muka ini disarankan menggunakan hairband terlebih dahulu sebelum menggunakan anak tudung.Pilihla anak tudung yang diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah.Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan menampakkan bentuk muka yang memanjang.Bagi pemilihan selendang,disarankan memilih selendang yang mempunyai fabrik yang nipis agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan.Selandang pashmina nipis atau pashmina mini sangat sesuai digayakan mereka yang mempunyai bentuk muka bulat.Bagaimanapun , disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.

Tuesday, 31 May 2011

Panduan Menjaga Alat Sulit Wanita

Dalam kehidupan seseorang wanita, penjagaan alat sulit atau alat kelamin amat penting kerana ia berkait rapat dengan pengeluaran darah haid, hubungan seks dan kehamilan.
Bahagian ini sensitif pada perubahan persekitaran terutamanya keasidan dan kealkalian (pH) kemaluan wanita. Perubahan ini samada disebabkan jangkitan kuman, penggunaan sabun atau faktor fizikal, persekitaran ataupun kebersihan diri. Seseorang wanita mungkin tidak selesa, gatal, mengeluarkan keputihan yang tidak normal atau berbau, bengkak alat kelamin dan kesakitan.
 Menurut Dr. Siti Zaleha Ab. Rahim dari salah sebuah hospital swasta, wanita yang mempunyai tanda-tanda tersebut mudah dijangkiti kuman.
"Ia juga akan menjejaskan hubungan seks dan menimbulkan konflik antara suami dan isteri."
"Disamping itu, jangkitan kuman tertentu yang berulang boleh merosakkan sistem peranakan menyebabkan saluran fallopio tersumbat dan menjadikan seseorang itu sukar mendapat zuriat," katanya.

Ada beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan untuk menjaga alat kelamin atau reproduktif wanita.
Langkah-langkah penjagaan alat kelamin yang disyorkan:


1) Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.

 2) Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya.
3) Elak daripada sering mengamalkan douching iatitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria lactobacilli dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

4) Elakkan menyabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.

5) Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optima.
 6) Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing (urinary tract infection). 

7) Elakkan memakai pakaian dalam sentetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

8)Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, elok memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

Tambah Dr. Siti Zaleha lagi, jangkitan kuman sering berlaku sekiranya alat sulit tidak dijaga dengan sempurna. Ini termasuk kuman bakteria, virus, kulat dan protozoa yang dapat ditularkan melalui hubungan seks (sexually transmitted disease). Wanita dan pasangan perlu berjumpa doktor sakit puan untuk ujian pengesahan dan rawatan spesifik. "Paling kerap berlaku ialah jangkitan kuman atau fungus yang dipanggil candida. Ia dapat dirawat dengan memasukkan ubat antifungus ataupun ubat pil ke dalam faraj." Ujar beliau.

Kumpulan kuman lain yang sering menyerang wanita ialah bacterial vaginosis. Pesakit akan mengadu mengeluarkan lendir busuk (fishyodour discharge) dan kegatalan teruk. Ini dapat dirawat dengan antibiotik spesifik.
Katanya, wanita juga terdedah penyakit bengkak pada alat kelamin yang dipanggil bartholin cyst.
"Ia terjadi bermula dengan pembengkakan setempat pada bahagian bawah bibir kemaluan. Pada peringkat awal, pesakit mungkin tidak perasan kerana saiznya kecil. Cyst ini terbentuk akibat kelenjar Bartholin tersumbat dan bengkak yang sering terbentuk disebabkan jangkitan kuman bakteria.

"Ia dapat dikawal melalui pembedahan kecil pada cyst untuk mengeluarkan cecair yang terkumpul di dalam kelenjar tersebut. Sekiranya ia kerap berulang, dinasihatkan dibedah dan dikeluarkan," jelas Dr. Siti Zaleha lagi.
Bengkak nanah (abcess) dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam. Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk mengeluarkan nanah dan pengambilan antibiotik.
Selain itu, bisul juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur. Oleh itu, kebersihan pencukur perlu dititikberatkan.

Penyakit lain yangg turut dikaitkan dalam masalah ini ialah barah pada bahagian luar alat kelamin (vulva dan vagina). Namun ia jarang terjadi berbanding barah pangkal rahim, rahim atau ovari. Ia merangkumi hanya 5 peratus daripada semua jenis barah sistem produktif wanita.
"Penyakit ini sering berlaku pada wanita yang telah menopaus dengan purata umur 60 tahun. Pesakit akan mengalami kegatalan berterusan yang teruk diikuti ketumbuhan atau ulser yang kerap bermula pada bibir luar kemaluan. Rawatan ini merangkumi pembedahan besar dan radioterapi," katanya.
Ketika mengulas mengenai kaitan penjagaan alat sulit dengan masalah keputihan, Dr. Siti Zaleha berkata keputihan kerap berlaku pada wanita dan penting sekali mereka tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit.

"Keputihan yang normal boleh berlaku pada keadaan berikut iaitu beberapa hari sebeluim tiba haid, ketika keghairahan seks, kehamilan dan klimakterik atau selepas menopaus.
"Begitu juga sebelum tiba haid dan ketika hamil atau belaku perubahan paras hormon yang meningkat. Semua ini menyebabkan banyak keputihan atau cecair jernih yang melekit keluar dari faraj," ujar Dr. Siti Zaleha.

Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih, putih ke kuning atau kehijauan atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak, kadang-kadang ia keluar secara berketul-ketul kecil, gatal dan berbau. Tanda-tanda adalah seperti bengkak, pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke rahim atau sistem peranakan, wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.
"namun begitu, seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit serius," tambah beliau.

Dr. Siti Zaleha juga menjelaskan, kebanyakan wanita tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan tadi diikuti dengan bijak. Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.
"“Ada segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Mereka dinasihatkan memikir bahan pencuci yang tidak alergik, yang tidak mengubah pH faraj dan telah diuji kebersihannya.
"Sekiranya selepas menggunakan produk tersebut dan timbul rasa pedih, gatal atau kemerahan, wanita itu dinasihatkan tidak menggunakannya lagi dan berjumpa dengan doktor," katanya lagi.
sumber: Ibu November 2001 ms 34 - 35

Petua utk sakit siflis

Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari.


Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.

Petua Mengurangkan Bengkak di kaki Ketika Hamil

Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas. Kemudian tapis dan minum setiap hari.