Showing posts with label Petua Rumahtangga.. Show all posts
Showing posts with label Petua Rumahtangga.. Show all posts

Thursday, 9 June 2011

Petua Kebahagiaan Rumahtangga

1. PANDAI MEMIKAT HATI – Di sini bukanlah bermakna menggunakan kepintaran dan kebijaksanaan semata-mata. Masing-masing perlulah mencari jalan supaya pasangan berasakan dirinya benar-benar disayangi dan dicintai.Ucapkanlah kata-kata yang lemah-lembut dan menyenangkan diiringi senyuman yang menggambarkan kasih sayang dan kemesraan yg tak berbelah-bagi. Lakukanlah sesuatu kerja dengan ikhlas dan jujur kerana dengan itu akan menimbulkan kasih sayang yang abadi di antara suami dan isteri.

2. PANDAI MENYESUAIKAN DIRI – Menyesuaikan diri dalam sebuah rumahtangga adalah merupakan suatu usaha yang penting. Suami isteri perlulah memahami pasangan dan hendaklah sedaya-upaya menutup kekurangan pasangan masing-masing. Sikap bertolak-ansur dalam menerima kelemahan pasangan adalah suatu pengorbanan yang besar kerana setiap manusia pasti ada kelemahannya. Namun suami isteri perlulah cuba membaiki diri dengan kerelaan dan kesedaran.

3. SALING HORMAT-MENGHORMATI – Suami isteri perlulah saling hormat-menghormati , menjaga maruah dan peribadi masing-masing. Kritik-mengkritik atau keji-mengeji adalah racun berbisa dalam rumahtangga dan boleh menyebabkan perceraian.Jika ingin menasihati, gunakanlah kata-kata yang lemah-lembut yang tidak mengecilkan hati dan perasaan. Dalam hidup berumahtangga, suami isteri perlulah menghargai segala usaha dan jasa yang dicurahkan kepada mereka. Janganlah memandang sepi segala usaha dan pemberian yang telah kita nikmati. Isteri janganlah suka melahirkan perasaan tidak puas hati diatas kehendak dan permintaan yang tak dapat ditunaikan suami. Mintalah sesuatu yang mampu diberikan suami dan bukanlah sesuatu yang diluar kemampuannya. Segala yang diberi, perlulah dihargai walaupun pemberiannya kecil sekalipun.

4. CINTA-MENCINTAI – Setiap manusia dikurniakan perasaan semulajadi iaitu perasaan cinta dan kasih sayang. Cinta merupakan pakaian hidup. Suami isteri mestilah berusaha mencari jalan untuk memupuk dan memperbaharui cinta supaya rumahtangga sentiasa dalam keadaan bahagia, aman dan ceria. Cinta hipokrit atau cinta palsu tidak akan membahagiakan jiwa, sebaliknya memusnahkan. Hanya cinta suci adalah cinta yang abadi. Oleh itu, janganlah kita berpura-pura mencintai seseorang kerana itu ibarat kita bermain dengan api.

5. BERTIMBANG-RASA – Sikap bertimbang-rasa perlulah disemai agar kemesraan terjalin. Ia memupuk perasaan kasih dan sayang di antara suami isteri kerana dengan bertimbang rasa perbalahan dan rasa tidak puas hati dapat dielakkan. Sekiranya isteri penat, suami perlulah membantu isteri melaksanakan tugas di rumah. Begitu juga dengan isteri, janganlah memaksa suami menurut segala kehendaknya tanpa bertimbang-rasa.

6. BERMUKA MANIS – Mengiringi suami ke pintu rumah serta mengucup mesra ketika suami keluar kerja dan menunggu suami pulang kerja dengan wajah manis merupakan suatu penghargaan terhadap suami. Hati suami akan sentiasa riang dan bertambah sayang. Kesopanan yang ditunjukkan pula akan mengeratkan kasih sayang .  Perkara kecil yang menjadi punca perbalahan janganlah diperbesarkan Lupakanlah segala perkara yang remeh-temeh dengan menanam sikap pemaaf.

Petua Untuk Menjadi Isteri Mithali

MENYENANGKAN HATI SUAMI -Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.

Dalam pepatah Arab ada menyebut: Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis. (Imam al-Ghazali)
Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami.

Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya:
O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words. (Imam al-Ghazali)
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi dia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh. (Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)

Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang engkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami, jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

Tanda-Tanda Isteri Mulai Curang

1. Isteri tidak lagi memerlukan anda. Jika dulu dia tidak suka pergi shopping, tengok wayang  atau menyeberang jalan sendirian, kini tiba-tiba dia tidak perlukan kehadiran anda. Ini mungkin ada orang lain yang mengisi tempat anda. Ada kemungkinan juga isteri anda hanya memerlukan masa untuk dirinya sendiri. Tetapi, jika dulu dia amat memerlukan anda dan sekarang tiba-tiba pulak menjadi “independent”, itu mungkin tandanya  dia tidak lagi memerlukan anda di sisinya.

2. Isteri tidak lagi marah. Kalau dulu isteri anda naik angin jika anda tidak mahu makan tengahari bersama atau keluar dengan dia dan kawan-kawannya. Tetapi sekarang semua yang anda buat, dia tidak akan bising. Kalau dahulu setiap langkah anda harus terancang, tetapi sekarang semua kesilapan kecil yang anda buat tidak lagi membuatnya marah.

3. Dia mula berahsia. Dia tidak lagi kongsikan kepada anda apa yang dia buat seharian. Kalau dulu, sesiapa yang membuat panggilan padanya anda tidak perlu bertanya siapa yang telefon, sebab dia akan beritahu anda. Sekarang, anda pula yang perlu bertanya kepadanya siapa yang telefon. Sebab, dia tidak akan beritahu.

4. Sekarang anda pula yang menjadi tumpuan. Apabila anda bertanya tentang sesuatu, dia akan menjawab soalan dengan soalan. Apabila anda tanya bagaimana makan tengahari atau makan malam dengan kawan-kawannya, dia akan diam sahaja. Atau dia akan beri jawapan yang tidak tepat.

5 – Dia menyirami anda dengan kasih sayang secara tiba-tiba. Isteri anda selalu memuji anda, menyuruh atau menggalak anda pergi keluar dengan kawan-kawan, memberikan andag kad ‘I Love You” secara tiba-tiba, atau lain-lain perkara yang anda tidak sangka dia akan berbuat begitu.

Tanda-Tanda Suami Mulai Curang

1. Menjadi Panas Baran – Jika sebelum ini suami sentiasa berkata dengan lemah lembut tetapi secara tiba-tiba mulai bengis dan sering marah-marah. Malah, isteri dimarahi dengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelum ini suami tidak bersikap demikian.

2. Tiba-Tiba Menjadi Sibuk - Perubahan ketara suami yang sentiasa bertugas di luar dengan pelbagai alasan. Malah, dalam keadaan tertentu, suami hanya menyatakan dia sibuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa mahu bertemu dengan anda.

3.  Sering Berahsia - Segalanya tidak mahu dikongsi bersama. Baik hal di pejabat mahupun kisah peribadi. Tambah mencurigakan, suami sering ‘lari’ sebaik menerima khidmat pesanan ringkas (SMS). Bila handphone berbunyi pula, suami menjawab di tempat jauh dan berbisik-bisik.

4.  Semakin Bergaya - Penampilan suami yang dulunya biasa-biasa bertukar dengan drastik. Rambut baru, pakaian baru dan siap dengan minyak wangi mengalahkan zaman bujang. Penting bagi isteri menyelidiki suami mereka yang bersikap sedemikian.

5. Menjadi Bertambah Penyayang - Memang pelik. Jika sebelum ini hendak mendapat peluk manja bukan main payah, tetapi sikap suami agak keterlaluan berbanding kebiasaan. Malah, dia juga sering memeranjatkan anda dengan pelbagai hadiah untuk mengaburi mata anda. Berhati-hati.

Tuesday, 31 May 2011

Petua Supaya Suami Tak Lari

27 TERTIB BERSAMA SUAMI
1. Sentiasa kemas dan bersih
2. Tunjuk wajah ceria dan manis walau isteri penat
3. Elak sikap moody masam muka bila bersama suami
4. Diam dengar suami bercakap, jangan menyampuk percakapannya
5. Dengar respon dan layan perbualan suami walau topik isteri tidak minati
6. Bercakap dengan nada yang lembut bukan dengan marah atau menengking
7.Pabila suami marah hendaklah berdiam, jangan suka menjawab
8. Jangan cepat merajuk pabila diusik suami

9. Bergurau sendalah dengan suami tapi jangan melampau
10.Jangan lengah dan cepatlah bertindak pabila suami berhajat sesuatu
11.Dahulukan kehendak suami dari anak-anak
12. Minta izin suami sebelum keluar rumah dan maklumkan dimana anda pergi supaya suami tidak risau
13. MInta izin suami sebelum menggunakan harta suami bukannya selepas guna
14. Jangan biar rumah selerak walau anda sesibuk mana pun
15. Masak hidangan kegemaran suami
16. Sediakan air minum suami tanpa tunggu diminta
17.Sediakan apa yang dirasa barang keperluan suami dan jangan kecil hati jika tidak digunakan
18. Jahit butang atau pakaian suami yang terkoyak segera, memberi petanda anda pandai mengurus suami
19.Potong kuku suami pabila panjang pada hari isnin, khamis atau jumaat
20.cium tangan dan pipi suami sebelum suami keluar rumah sebagai tanda cinta dan hormatinya
21. Elakkan perbuatan yang menyusahkan suami spt gaduh dgn jiran atau menambah hutang tanpa berbincang
22.Hargai pemberian suami walau murah dan kecil, jangan tolak
23.Jangan berat mulut menyatakan sayang pada suami, biar suami tahu anda mencintainya
24.Penuhi dan layan keperluan batin suami, jangan tolak walau isteri penat atau membiar suami lama menunggu sehingga tertidur
25. Saat suami masuk tidur segera ikutinya, Jangan biar suami tidur sendiri
26. Minta maaf dengan ikhlas pada suami setiap hari walaupun isteri rasakan tidak perbuat kesalahan
27. Jaga kehormatan diri dan jaga harta benda suami semasa ketiadaan suami.
Isteri ikut petua di atas Aman rumahtangga. Insyaallah.

Tips Untuk Para Isteri

RAHSIA PENGERAT SUAMI ISTERI

 satu tip untuk semua isteri,
 amalkan membaca ayat 200 dari surah ALI ‘IMRAN semasa memasak dan membancuh air,
 agar sentiasa disayangi dan diingati oleh sesiapa saja yang makan dan minum hasil air tangan kita.


Pertama sekali ialah mengenai hal membasuh pakaian.
Memang sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh,
ok tidak mengapa suruh maid basuh baju kita, tetapi yang ‘kecik-kecik’ terutama kita punya dan suami tu, sebaik-baiknya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin apabila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat,
masa melipat pun, kita pilih yang patut kita lipat dan uruskan sendiri. (ada rahsia tu).


Perkara kedua ialah tentang bilik tidur.
Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd pembantu rumah. NO ENTRY !!!!.
Apa pun yang ada didalamnya adalah hanya dalam pengetahuan kita dan suami.
Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yang bergelar ISTERI ini yang mengemasnya.
Usah sesekali dibiarkan pembantu yang menguruskannya. (ada rahsia juga tu).

“bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang-wenang,
rahsia suami isteri ada didalamnya terutama di katil (ranjang).
Jadi usahakan sedapat mungkin tangan isteri sendiri yang mengemasnya!


Begitu juga dlm hal makan minum,
kan sudah dipesan org tua bahawa mahu jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu.
Dan antara dua lututnya… (syahwatnya).
Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita.

AIR TANGAN! atau SENTUHAN TANGAN! Itulah rahsianya,
sentuhan tangan atau air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu ada aura ajaib.
Ada ‘ruh’. Ada keberkatan. Ada kasih sayang.
Tidak ada cara yang saintifik yang mampu menjelaskan kehebatan serta ‘powernya’ air tangan seorang ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tetapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah.

Kalau kita masih keliru dan kurang yakin,
cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu,
kemana pun kita pergi dan bertemu dengan masakan yang serupa,
namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yang terhidang hasil ‘air tangan ibu’.
Walaupun sekadar mee maggie!!!.

Tips Meluluhkan Hati Calon Mertua

 Berikut tips meluluhkan hati mertua anda alias cara disayang mertua.


1. Sopan santun
Ini merupakan hal yang paling penting. Kenali benar budaya keluarga pasangan. Jangan lupa untuk berpakaian sopan. Tak perlu terlihat kuno, asal rapi dan elegan. Tak ada salahnya untuk mencium tangan orang tuanya jika memang itu budaya yang berlaku dalam keluarga pasangan. Ucapkan ‘Tolong’, dan ‘Terima kasih’ di saat yang tepat. Bersikaplah ramah. Jangan terlalu tegang karena Anda justru akan tampak aneh


2. Memuji
Pujian tulus akan menghangatkan suasana. Makanan yang disajikan, penampilan ibunya, atau talent musik sang adik bisa jadi pujian. Namun ingat, lakukan dengan tulus, dan jangan berlebihan.


3. Bertanya
Bertanya merupakan tanda perhatian. Bertanya juga merupakan tanda bahwa Anda peduli dan ingin mengenal lebih jauh mengenai keluarga pasangan. Tak ada salahnya untuk mengajukan pertanyaan ringan berkenaan kegiatan pasangan Anda saat di rumah. Namun jangan terlalu mendalam, salah bertanya akan membuat Anda kelihatn tidak sopan.


4. Tersenyumlah
Jangan lupa untuk tersenyum. Hal ini akan semakin memancarkan keramahan Anda. Tersenyumlah dengan tulus. Tunjukkan bahwa Anda menikmati kebersamaan bersama keluarga pasangan.


5. Membantu
Tunjukkan bahwa Anda adalah seseorang yang suka membantu. Ikut membereskan meja makan, menyajikan makanan dan minuman, akan membuat ibu mertua anda terharu.

6. Follow-up
Sesekali menelepon ibu mertua, atau mengajak adik perempuan pasangan untuk ke salon atau berbelanja bersama akan semakin mendekatkan diri Anda pada mereka. Anda juga memiliki kesempatan lebih untuk dikenal dan mengenal.


7. Ulangi lagi
Jangan bosan untuk mengulang-ulang langkah-langkah di atas. Keluarga juga pasangan akan terkesan serta semakin menyanyangi Anda.
Selamat mencoba dan semoga cara diatas dapat membantu anda mengambil hati mertua anda dan disayang mertua.

Tips Agar Anak menjadi Pintar dan Cerdas,

Bagaimana agar anak kita pintar cerdas dan kreatif? saat ini hal semacam ini menjadi topik perbincangan hangat, banyak yang mempercayai bahwa kecerdasan seorang anak itu dimulai ketika di dalam kandungan,iaitu dengan memberikan janin nutrisi yang tepat. berikut adalah cara bagaimana anda boleh membuat anak anda pintar cerdas dan kreatif. Cuba semak tips di bawah ini.

Setiap orang selalu mengharapkan anaknya cerdik, pandai dan arif melebihi anak2 lain. Para pakar menyatakan, sekalipun kepandaian seorang anak sangat berhubung dengan genetik bawaan, namun banyak sekali penelitian ilmiah menunjukkan bahwa pembinaan setelah lahir juga merupakan faktor penting yang tidak boleh diabaikan sama sekali.

Merangsang Pertumbuhan dengan Pendidikan dalam Kandungan Para doktor menyatakan, bayi dalam kandungan usia tiga bulan sudah mempunyai perasaan, empat bulan sudah mampu merasakan suara dari luar. Suara dari luar ini akan terus merangsang organ indera anak dalam kandungan dan mendorong pertumbuhannya, mempunyai peran yang penting bagi pertumbuhan intelegensi. Pada dasarnya cerebral cortex (bagian otak yang penting untuk mengingat, memperhatikan, menyedari, berpikir, memahami bahasa dan lain-lain) bayi dalam kandungan sudah terbentuk pada usia 5 – 6 bulan, pada masa ini eloklah diperdengarkan musik akan dapat meningkatkan pertumbuhan intelegensi bayi anda.

ASI sebagai nutrisi utama kecerdasan anak
Sejak bayi lahir, ibu dan ayah sudah mempunyai peranan penting untuk mengajarkan pengetahuan dasar kepadanya. Kalau ibu dan ayah dapat membimbing sang anak dengan murah hati, hormat dan penuh kasih sayang, maka bukan saja dapat meletakkan dasar kepribadian yang unik bagi sang anak, bahkan dapat membuat anak memiliki kemampuan belajar dan sikap bergaul yang baik. Dengan demikian, peranan ibu dan ayah bukan hanya membesarkan, bahkan juga memikul tanggung jawab besar sebagai “guru peribadi”.
Para pakar menyatakan, “Anak-anak pada usia 4 sampai dengan 13 tahun, hatinya masih bersih, merupakan masa dengan daya ingat yang paling kuat selama hidupnya. Jika pada masa keemasan ingatan ini beliau memperolehi pendidikan yang baik, amat bermanfaat bagi sepanjang hidupnya.

9 Rahsia Membuat Anak menjadi Pandai
Penulis dibhgn pendidikan, Korey Capozza, menyarankan sembilan cara untuk membina dan meningkatkan IQ (intelligence quotient ) anak.

1. Belajar Musik
Ini merupakan cara yang bagus untuk meningkatkan pembelajaran otak kanan dengan santai dan mudah. Menurut hasil penelitian Universiti Toronto, pelajaran musik dapat meningkatkan intelligence quotient dan prestasi sekolah anak. Bahkan semakin lama dipelajari, hasilnya semakin bagus.


2. Beri minum Air Susu Ibu

Bayi cerdas impian setiap insan
Banyak penelitian ilmiah membuktikan bahwa air susu ibu (ASI) selain menyediakan berbagai macam zat gizi, juga dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan kebijaksanaan bayi. Seorang bayi yang menyusu susu ibu selama sembilan bulan secara nyata lebih pandai dari pada seorang bayi yang hanya menyusu susu ibu selama satu bulan.

3. Tingkatkan kesihatan
Tean peneliti dari University of Illinois telah membuktikan hubungan antara kesihatan dan pelajaran anak di sekolah. Penelitian dari Oppenheimer Funds malah menunjukkan bahwa olahraga berkelompok bukan saja meningkatkan rasa yakin pada diri sendiri, membangun sikap kerjasama, bahkan dapat memupuk anak anda menjadi seorang pemimpin dikalangan rakan-rakan sebaya

4. Permainan
Memang ada banyak permainan yang blh membuat pemainnya menjadi brutal ataupun malas berpikir. Namun  ada sejumlah permainan yang dapat meningkatkan semangat bersosial, kreativi dan inspirasi, bahkan ada yang dapat melatih anak untuk berpikir dengan bijaksana serta melatih kemampuan membuat rencana. Penelitian di University of Rochester juga mendapati bahwa anak kecil yang bermain permainan lebih berkemampuan dalam mendapatkan petunjuk visual dalam pembelajaran.

5. Menolak junk food
Kurangi mengonsumsi makanan berkadar gula tinggi, berpantang berbagai makanan berlemak tinggi dan junk food yang lain. Sebaliknya, banyaklah mengonsumsi makanan sehat bergizi tinggi, ini akan meningkatkan perkembangan intelegensi dan motorik anak, terutama bagi bayi yang belum genap dua tahun, hal ini sangat penting. Misalnya, seorang anak harus mengonsumsi sejumlah zat besi untuk membantu pertumbuhan otak. Kalau kurang jumlahnya, penghantaran impuls saraf akan melemah.

6. Memupuk rasa ingin tahu
Para pakar mengungkap, ketika orang tua mendorong anak untuk mempunyai pemikiran sendiri, sesungguhnya adalah sedang meng-arahkan mereka pada pentingnya menuntut pengetahuan. Menaruh perhatian yang besar terhadap minat anak, mengenalkan dan mengajarkan ketrampilan baru kepada mereka pada setiap ada kesempatan mendidik di luar rumah, semua ini merupakan cara yang baik sekali guna memupuk dambaan anak untuk menuntut pengetahuan.
7. MembacaSejalan dengan kemajuan teknologi, banyak orang yang mengabaikan pentingnya membaca. Membaca merupakan cara meningkatkan intelligence quotient seseorang yang paling langsung dan efektif. Membacakan cerita untuk anak, menjadi anggota perpustakaan dan menambah koleksi buku bacaan semuanya merupakan cara yang baik untuk memupuk minat membaca seorang anak.

8. Makan pagi
Pepatah yang mengatakan burung yang bangun pagi akan mendapatkan makanan bukanlah tanpa dasar. Jauh sejak 1970, penelitian ilmiah menemukan seorang anak yang sarapan pada pagi hari memiliki ingatan yang lebih baik, lebih mampu berkonsentrasi dan juga mampu belajar lebih cepat. Dari pada sama sekali tidak makan pagi, makanlah sepotong kuih atau minum segelas susu, hal ini akan sangat membantu dalam belajar.

9. Bermain permainan pengasah otak
Bermain catur, teka-teki silang atau permainan lain dapat merangsang intelegensi. Games Sudoku malah dapat memupuk cara berpikir yang bijaksana dan memupuk kemampuan memecahkan masalah.
Selain hal-hal di atas, ajaklah anak anak berbual, mintalah anak mengingat perbendaharaan kata yang sering dipakai dalam kehidupan sehari-hari ataupun mintalah anak menghafal, semua ini merupakan jurus piawai untuk membantu anak memupukkebijaksanaannya.
Para pakar menyatakan, “Matikan tv, mintalah anak keluar rumah, mendekatkan diri dengan alam dan bersenam,mengalakkan anak dan anda mengharungi kehidupan yg sihat dan cergas