Showing posts with label Petua Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Petua Kecantikan. Show all posts

Monday, 27 July 2015

Petua Menghilangkan Jerawat

Ada jerawat? Mari cuba petua ni

Bahan-bahannya
Bawang putih
Lobak Merah
Putih telur
Madu

Cara membuatnya
1. Blend kesemua bahan diatas

2. Sapukan ke muka dan biarkan sekurang-kurangnya 30 minit. kemudian bolehlah dibilas

****Amalkan setiap malam sebelum tidur

Petua Hilangkan Kesan/Bekas Jerawat

Kesan jerawat adalah salah satu benda yang kita anggap amat menjengkelkan atau memalukan. Untuk menghilangkan atau menghapuskan kesan jerawat dari muka. sila cuba petua dibawah...

Bahan-bahannya
Timun
Lidah Buaya/Alor Vera
Daun Senuduk
Sireh
Isi Cekur
Asam Jawa
Kulit kayu manis
Madu
Air
***Bedak sejuk

Caranya
1. Sagatkan timun, tapis airnya, isi hampasnya didalam bekas.

2. Blend/ giling lidah buaya, daun senuduk, sireh, isi cekur, asam jawa, kulit kayu manis, madu dan air. Kemudian campuran ini kedalam bekas yang berisi timun tadi. gaulkan sehingga rata

3. Pastikan ramuan ini seperti masker dan tidak terlalu cair.. Jika cair, sila tambahkan madu serta lendir dari lidah buaya. Boleh ditambah bedak sejuk. Sapukan pada parut yang terdapat kesan jerawat ( sapu satu muka pun boleh). Biarkan ramuan tersebut kering dan kemudian bolehlah dicuci. Amalkan sehingga parut jerawat hilang

****Jika terbuat ramuan dalam kuantiti yang agak banyak.. bolehlah disimpan didalam bekas yang bertutup dan simpan didalam peti sejuk...

****Boleh gunakan satu bahan saja dari semua bahan yang tersenarai. Untuk mendapatkan kesan yang maksima dicadangkan menggunakan semua bahan yang tertera diatas..Selamat mencuba

Monday, 16 January 2012

Wajah Cerah Semulajadi dengan Lobak Merah.



  • Parut sebatang lobak merah hingga halus. Ambil sebiji telur dan asingkan bahagian kuning sahaja. Kemudian, perahkan limau nipis dalam satu sudu kecil.
  • Campurkan kesemua bahan tadi hingga sebati.
  • Sapukan pada wajah dan biarkan hingga kering.
  • Akhir sekali bilas wajah dengan air sejuk dan jangan cuci muka dengan sabun pencuci muka.
Lobak merah menjadikan kulit berseri dan mulus, manakala kuning telur serta limau nipis untuk menegangkan kulit muka.

Tuesday, 3 January 2012

Kulit Wajah Tegang dengan Timun



  • Sagat timun, pastikan hancur.
  • Ambil tepung ubi kayu dan campur sedikit air,kemudian masukkan timun. Kacau hingga rata dan pastikan bancuhan tidak terlalu cair.
  • Sapu pada wajah, dan biarkan kering. Bilas dengan air sejuk. Hasilnya mesti menakjubkan.

Saturday, 31 December 2011

Hilangkan Kemerahan (sunburn) dengan Masker Timun.


  • Sagat sebiji timun dan campurkan dengan satu sudu besar yogurt serta satu sudu besar buah kranberi yang siap dilecek.
  • Campurkan semua bahan-bahan tadi agar menjadi satu adunan.
  • Sapukan bahan-bahan tadi menjadi masker pada wajah, leher dan dada yang kemerahan.
  • Biarkan 5 hingga 10 minit dan bilas hingga bersih.

Sunday, 12 June 2011

Petua Merawat Kulit Berkedut (2)

Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. amalkan sehingga berkesan.

Saturday, 11 June 2011

Petua Untuk Kulit Muka Halus

Ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk hingga halus. Perah airnya. Ambil airnya dan campurkan dengan sedikit madu.  Sapu pada kulit muka dan, biar selama 30 minit. Kemudian cuci bersih.  Anda akan dapati kulit muka akan menjadi segar dan halus.

Petua Islam Untuk Kecantikan Diri

1. Untuk mendapatkan wajah yang segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan dilap atau dikeringkan air tersebut di anggota, biarkannya kering sendiri. Ambil sejadah, solat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dgn Allah SWT melalui zikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman.  Tidak hanya di bibir tetapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).-  (DOA TENGOK CERMIN)

4. Untuk mempunya bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Untuk mendapatkan tubuh langsing, amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan, berpuasa seperti Nabi Daud A.S. yakni selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan.

Petua Untuk Melicinkan Kulit

  • Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
  • Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
  • Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
  • Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
  • Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  • Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
  • Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
  • Sapukan yogurt asli pada muka seperti memakai masker. Biarkan kering selama 10 minit. kemudian baru dicuci dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu untuk mendapatkan kesannya.

Petua Untuk Mempunyai Badan Menarik

1. Untuk mengalakkan kita rasa lapar dan dapat mengekalkan rasa kenyang yang berpanjangan walaupun anda mengambil makanan yang sedikit, anda boleh panjangkan masa makan anda. Iaitu anda boleh makan dan mengunyah dengan perlahan sambil menikmati makanan anda. ini akan membuat anda rasa lebih kenyang. Sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W iaitu mengunyah sebayak 44 kali.

2. Minum air kosong dengan banyak amat penting untuk meningkatkan metabolisma dalam badan anda. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, tetapi sebaiknya minum lebih. Metabolisma amat penting dalam proses penurunan berat badan. Air kosong tidak mempunyai kalori, pengambilan yang banyak pun tidak kan menjejaskan berat badan. Salah satu cara untuk menurunkan berat badan dengan air ialah dengan meminum segelas besar air ais (kosong) sebelum makan untuk mengecilkan perut anda agar dapat kenyang cepat.

3. Untuk menurunkan berat badan anda perlu ada keyakinan diri yang tinggi. Bukan mudah untuk kita mengubah rutin harian kita. Kita mesti yakin yang kita mampu dan kita mesti tanamkan keazaman serta matlamat kenapa hendak kurus. Pastikan anda mempunyai diari anda sendiri.

4. Apabila kita dalam program diet rendah lemak atau bebas lemak, sudah tentu kita akan mengurangkan banyak perasa di dalam makanan kita. Anda digalakkan menggunakan herba dan rempah ratus. Sebagai contoh cuka, bawang, serbuk cili, serbuk kari, lada hitam atau apa sahaja rempah. Selain rasanya ia juga dapat meningkatkan metabolisma.

5. Makanan yang pedas dapat meningkatkan metabolisma anda. Tetapi jangan terlalu berlebihan kerana akan memudaratkan kesihatan anda.

6. Apabila anda ingin menurunkan berat badan, jauhkan rasa tertekan kerana dengan rasa tertekan berat badan anda sukar untuk turun.

7. Minuman berkafein dilarang sama sekali jika anda sedang berdiet. Ini kerana, kafein meningkatkan insulin di dalam badan anda dan menghentikan proses pembakaran lemak di dalam badan. Jika anda menghentikan pengambilan minuman berkafein sebanyak 50%, anda boleh lihat sendiri kesannya.

8. Makanlah makanan yang mempunyai serat yang tinggi kerana ia membantu untuk anda rasa kenyang lebih cepat.

9. Senaman adalah antara aktiviti yang boleh meningkatkan metabolisma dan juga membakar lemak dengan cepat, sekurang-kurangnya 30 minit tanpa henti. Senaman yang paling bagus adalah ketika perut kosong iaitu selepas 2 jam makan. Senaman yang paling efektif adalah  sebelum makan malam iaitu pada waktu petang, dan  waktu pagi sebelum sarapan. Tetapi sebelum senaman, anda mesti makan sedikit untuk mengaktifkan metabolisma. Kajian menunjukkan metabolisma kita akan menurun 8 jam selepas kita bangun tidur. Senaman selama 30 minit sebelum makan malam bukan sahaja membakar lemak, malah mampu meningkatkan metabolisma selama lebih 2 atau 3 jam lagi. Ia mampu membakar lemak anda walaupun anda berhenti bersenam.

10. Untuk menurunkan berat badan dengan cepat jangan tinggalkan waktu makan. Sarapan pagi penting untuk “mengejutkan” metabolisma anda dari tidur. Metabolisma anda akan perlahan selepas 8 jam. Untuk mengejutkan balik, anda hendaklah makan. Tetapi makanan yang betul amat penting iaitu makanan yang sihat dan tidak berlemak. Ia mampu mengaktifkan metabolisma anda. Jangan membazirkan masa anda dengan tidak makan, “kerana anda tidak akan mengejutkan metabolisma anda dari tidur.

Petua Untuk Panjangkan Bulu Mata

1. Amalkan multi-vitamin untuk merangsang pertumbuhan bulu mata. Vitamin E, selain baik untuk kulit dan rambut, juga boleh menstimulasi pertumbuhan bulu mata. Amalkan vitamin E secara rutin.
2. Sapukan minyak zaitun atau petroleum jelly pada bulu mata anda, agar bulu mata kuat dan sihat. Lakukannya pada malam hari dan bersihkan setelah bangun tidur esok paginya.
3. Terapkan minyak vitamin E pada bulu mata menggunakan sikat khusus yang bersih.
4. Rajinlah menyikat bulu mata setiap hari dengan sikat khusus, agar terhindar dari debu dan kotoran. Ia juga akan membuat bulu mata anda selalu rapi.
5. Jangan lupa bersihkan maskara dan eyeliner sebelum tidur. Partikel kimia yang terdapat dalam alat rias mata boleh membuat bulu mata rosak jika terlalu lama dibiarkan semalaman.

Petua Untuk Mencantikkan Bentuk Muka

1. Buat senaman muka – a e i o u setiap pagi/petang/malam sebanyak  40 kali semasa mengadap cermin.

ATAU

2. Tepuk dagu menggunakan belakang tangan – setiap pagi/petang/malam sebanyak 40 kali semasa mengadap
cermin – utk mengurangkan double chin

ATAU
3. Berteleku di bibir katil, topangkan telapak tangan utk menampung dagu – setiap bgn pagi selama 10 minit, siku di atas lutut – utk mengurangkan double chin

ATAU

4. Berteleku di bibir katil, tundukkan kepala dan tampung muka dgn telapak tangan (penuhkan muka dgn telapak tangan), siku di atas lutut, 10 minit – utk mengurangkan muka sembab dan menaikkan tulang pipi

Petua Mencantikkan Muka

1. Ambil kulit telur dan bersihkanlah. 2. Kemudian, kisar kulit telur  sehingga halus seperti debu. 3. Seterusnya,  campurkan dan kacau debu tersebut dengan bedak sejuk dan air suam hingga sebati. 4. Sapukanlah campuran tersebut ke muka anda. Tetapi, pastikan muka anda dibersihkan terlebih dulu.

Koleksi Petua Awet Muda

Lindungi Kulit Daripada Matahari – Pendedahan terhadap pancaran cahaya matahari menjadi antara faktor berlakunya proses penuaan. Anda perlu menggunakan krim perlindungan matahari setiap hari. Penggunaan krim perlindungan itu menghalang proses penuaan sekali gus bertindak ke atas prapenuaan.

Jangan Merokok – Asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana asap tersebut akan menyerap kandungan oksigen pada kulit dan melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan pucat serta mengundang garis-garis halus pada mata.

Pencucian Dalaman – Kebanyakan wanita tidak mengamalkan pencucian wajah sehingga bersih secara dalaman. Pencucian yang tidak bersih dipercayai akan mengundang kekeringan kulit dan kedutan. Anda tidak perlu menggunakan pencuci wajah yang mahal, sebaliknya pencuci biasa yang berbentuk krim boleh menanggalkan kekotoran apabila dikesat dengan kain kapas. Manakala, untuk kulit kering pula urut wajah dengan pencuci yang berminyak, biarkan selama beberapa minit dan cuci dengan air suam.

Pelembapan 2 Kali Ganda – Selain pelembapan seharian, anda juga boleh meningkatkan tahap pelembapan kulit sama ada menggunakan topeng muka atau menyapu krim pelembap mahupun krim malam dalam lapisan tebal pada seluruh wajah. Biarkan lapisan tebal itu selama lima hingga 10 minit dan lap dengan tisu.

Aktifkan Peredaran Darah – Penggunaan skrab wajah 2 kali seminggu dapat membantu melembutkan permukaan kulit. Skrab juga dapat mengaktifkan peredaran darah pada lapisan atas kulit. Dengan ini, ia membantu membentuk sel-sel baru pada wajah.

Penggunaan Bedak Asas -  Garis-garis halus dan kedutan dapat dihilangkan buat sementara waktu dengan penggunaan produk kosmetik yang sesuai. Misalnya, bedak asas dan bedak compact atau bedak halus membantu menutup garis-garis tersebut.

Kerap Membelai Wajah – Walaupun saban hari, anda menggunakan produk penjagaan kulit untuk memiliki kulit yang cantik tetapi rawatan wajah sebulan sekali amat membantu dalam menangani masalah kulit dan melambatkan proses penuaan. Gunakan rawatan wajah yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

Pengendalian Lembut – Ketika menggunakan produk penjagaan kulit atau solekan, anda perlu oles secara lembut supaya ia tidak merosakkan kulit wajah. Kulit sekeliling mata disifatkan lebih lembut berbanding di bahagian lain. Maka ia perlu dibelai secara lembut ketika menyapu krim pencuci atau krim mata. Semasa menyapu krim pada mata atau wajah, anda dinasihatkan menyapu krim tersebut menghala ke atas dan bukan ke bawah.

Solekan Sempurna – Beli produk kosmetik yang mengandungi perlindungan UV kerana bahan-bahan tersebut dapat melindungi kulit daripada pancaran matahari. Buat sedikit penyelidikan sebelum membeli produk kosmetik terutamanya pembayang mata, maskara dan pengalit mata.

Petua Penyeri Muka

Petua 1:
1. Cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam.
2. Sapukan teh tersebut ke muka. 10 minit kemudian basuhlah dengan air bersih.

Petua 2:
1.  Sapukan muka anda dengan putih telur.
2. Biarkan selama 10 minit. Kemudian bersihkan dengan air.
3. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.

Petua Untuk Kecantikan Semulajadi

Pisang sememangnya kaya dengan potassium dan mengandungi bahan pelembap yang menakjubkan apabila digunakan untuk merawat rambut dan kulit. Amalkan petua ini:
1. Satu biji pisang masak
2. 1 sudu madu
3. 1/2 sudu minyak jojoba
4. 1 sudu yoghurt
5. Putih telur
6. 1 sudu tanah liat putih
a. Pukul putih telur, kemudian campur yogurt, minyak jojoba, madu dan tanah liat sehingga menjadi adunan berkrim dan lembut.
b. Dalam mangkuk berasingan, lecek pisang dan masukkan ke dalam campuran bahan pertama.
c. Sapu adunan tersebut di muka, leher dan bahu. Urut perlahan dan biarkan selama 20 minit sebelum dibersihkan. Petua dan ramuan  ini membantu melembut dan menganjalkan kulit.

Petua Untuk Wanita Tampil Langsing

Ada banyak cara yang boleh dilakukan para wanita supaya kelihatan langsing. Selain mengamalkan cara diet, berolah raga atau mengambil ubat-ubatan bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal dan langsing lagi seksi, amat penting bagi anda melakukan sesuatu pada penampilan anda.  Panduan berpakaian yang perlu dilakukan para wanita supaya kelihatan langsing :

1. Pilih pakaian dalam warna-warna senada.
2. Elakkan corak yang besar.
3.Sebaiknya untuk baju berwarna cerah, pilih yang tekstur dan potongannya membuat tubuh kelihatan tampak lebih tinggi.
4. Pilih baju yang tidak banyak kancing dan aksesori. Jangan beli baju yang terlalu kecil atau besar.
5. Pilih bahan atau material yang sesuai di badan dan mata, misalnya linen. Hindari material yang lembut dan berkilat kerana anda akan lebih kelihatan berisi.
6. Pilih baju dengan potongan leher yang berbentuk V untuk kelihatan lebih tinggi.
7. Gunakan motif garis vertikal, tapi terlalu banyak garis vertikal malah membuat anda tampak lebih lebar. Garis vertikal atau diagonal yang tidak terlalu rapat lebih menguntungkan. Gaya yang memanjang ke bawah membuat anda kelihatan lebih langsing.
8. Pilih seluar panjang yang lurus. Seeloknya, pilih seluar yang tiada poket yang banyak.
9. Agar kaki nampak lebih panjang, sesuaikan warna stoking dan kasut.

Petua Menghilangkan Dagu Berlapis

Dagu berlapis bukan saja terbentuk daripada kesan makan berlebihan. Banyak faktor lain yang membantu, menyumbang  atau menyebabkan ianya terjadi termasuk cara duduk dan berjalan yang tidak betul.
1. Jangan membongkok atau tunduk ketika duduk, berdiri atau berjalan. Pastikan belakang tegak mendagu sentiasa.
2. Jaga pemakanan supaya tidak berlebihan. Orang gemuk lebih mudah mendapat dagu berlapis.
3. Urut dagu menggunakan pergerakan dari bawah ke atas. Urutan boleh membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah.
4. Lakukan senaman dagu dan leher bila-bila ada waktu yangg terluang. Waktu yang terbaik ialah pagi sebaik bangun dari tidur, malam ketika menonton tv , atau ketika di pejabat.

PANDUAN UNTUK WANITA
1. Pastikan anda menyertakan bahagian dagu dan leher setiap kali membersih, menyegar dan melembap.
2. Solekan juga perlu terselaras ke leher dan bahagian bawah dagu. Pastikan bedak alas disapukan rata hingga ke bahagian ini.
3. Jangan sapukan bedak alas di bahagian leher dengan menggunakan teknik dari atas ke bawah. Gunakan pergerakan dari bawah ke atas.
4. Dagu adalah antara bahagian muka yang paling berminyak dan banyak terdapat pundi minyak di situ. Masalah minyak terkumpul di bahagian dagu adalah perkara biasa. Pastikan ia dibersihkan dan dijaga dengan betul.

SENAMAN DAGU
1. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Menggunakan belakang telapak tangan, lakukan pergerakan menyepak bergilir-gilir dengan tangan kiri dan kanan. Lakukan sebanyak 40 kali.
2. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Jelirkan lidah sepanjang yg boleh. Ulangi sebanyak 10 kali. Pasti anda akan alami kesannya kerana otot di bahagian leher akan berasa tegang dan ketat.
3. Menggunakan otot muka dan leher, cuba angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh yang  boleh. Ulangi sebanyak 10 kali.
1. Buat senaman muka – a e i o u setiap pagi/ptg/mlm 40 kali semasa mengadap cermin  untuk mencantikkan bentuk muka

ATAU

2. Tepuk dagu menggunakan belakang tangan – setiap pagi/ptg/malam 40 kali semasa mengadap cermin, untuk mengurangkan dagu berlapis

ATAU

3. Berteleku di bibir katil, topangkan telapak tangan untuk menampung dagu, setiap kali bangun pagi selama 10 minit, siku di atas lutut – untuk mengurangkan dagu berlapis.

ATAU

4. Berteleku di bibir katil, tundukkan kepala dan tampung muka dengan telapak tangan (penuhkan muka dengan telapak tangan), siku di atas lutut, 10 minit untuk mengurangkan muka sembab dan menaikkan tulang pipi

Petua Kekal Langsing Untuk Ibu Dalam Pantang

Bahannya:
5cm halia bara
10 biji lada hitam
30 ekor ikan bilis
Sedikit perahan limau nipis

Cara Penyediaan:
Tumbuk kesemua bahan tersebut dan campur dengan perahan limau nipis. Sedap dihidang bersama nasi panas.

Petua Untuk Segarkan Muka

Ambil sedikit madu dan masukkan bersama minyak zaitun, sebiji putih telur, perahan sebiji limau nipis, bunga melur dan buah badam ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati. Sapukan pada muka seperti memakai mask dan biarkan selama 25 minit. Bilas dengan air bersih.