Showing posts with label Malaysia Tanah Airku. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Tanah Airku. Show all posts

Wednesday, 28 September 2011

Adakah Johor Negeri yang Tak Selamat?

Kenyataan Lim Guan Eng berkenaan Johor adalah tempat yang tak selamat untuk pelabur atau dengan perkataan yang lebih mudah orang yang melabur di Johor ada peluang untuk diculik. Adakah Lim Guan Eng yakin sesiapa yang melabur di Johor akan menerima nasib begini dan beliau pasti perkara begini tidak berlaku dinegeri jajahannya. Pernah dengar perkataan ini, "Dont Over Confident". Penjenayah tidak memilih tempat untuk berbuat sesuatu dan kita bukannya Tuhan yang boleh memastikan sesuatu itu berlaku atau tidak.

Sebagai rakyat dinegara ini, tiada siapa yang suka mendengar kenyataan sedemikian rupa. Adakah Lim Guan Eng menganggap Johor bukan sebahagian dari Malaysia sampai sanggup memburukkan Johor sebegitu sekali ataupun beliau merasakan Pulau Pinang bukan terdiri dari Malaysia? Kami memahami setiap pemimpin ada cara masing-masing supaya rakyat menerima mereka dan pelabur, melabur dinegeri dibawah pimpinan mereka. Setiap pemimpin ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. Maka gunakan kekuatan tersebut sebaik mungkin dan jangan terang-terangan menunjukkan kelemahan dimata rakyat. Manusia memang tak lepas dari melakukan kesalahan atau kesilapan.

Kenyataan yang Lim Guan Eng keluarkan itu amat menyedihkan bagi seorang individu yang menetap di negara ini amnya. Lagi-lagi kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat. Pemimpin beginikah yang perlu dipilih oleh rakyat?  Sebagai rakyat sudah tentulah amat sedih wujudnya pemimpin sedemikian rupanya. Seperti harapkan pagar, pagar yang makan padi ataupun seperti gunting didalam lipatan. Jangan sebab terlalu seronok berpolitik sampai mengabaikan semua aspek yang sepatutnya diambil kira. Jangan menganggap remeh sesuatu perkara yang sebenarnya amat penting dimata masyarakat Malaysia. Pesanan untuk Lim Guan Eng, jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.

Kenyataan yang dikeluarkan tidak sampaipun 10min tapi impak yang dibawa adalah besar kepada negara kita samada dari segi pelaburan, pelancongan serta pandangan orang luar terhadap Malaysia. Kami memerlukan pemimpin yang boleh menaikkan ekonomi dan pandangan orang luar terhadap negara kita bukan meruntuhkan ekonomi kita sebegini. Cadangan supaya Lim Guan Eng meminta maaf kepada rakyat Johor adalah tidak mencukupi sebaliknya beliau perlu meminta maaf dari semua rakyat di negara ini diatas kelancangan beliau berkata-kata supaya ini menjadi pengajaran untuk pemimpin lain supaya berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat apa-apa kenyataan dimasa hadapan.

Sunday, 25 September 2011

Warga Asing Monopoli Cyberjaya

Salam nek. saya nak cerita dengan nenek sikit. Ada satu hari tu saya pergi melawat kawan saya di Putrajaya dan oleh sebab dia tak bekerja pada hari tersebut dia mengajak saya untuk melihat rumah yang disewakannya di cyberjaya. Untuk pengetahuan nenek saya tak pernah jejakpun Cyberjaya lagi jadi perasaan ingin tahu berkobar-kobar. Sampai aje di Cyberjaya kawan saya ajak saya pergi minum dulu di kedai mamak yang terdapat di Cyberjaya tu. Pelbagai bangsa ada kat sini nek, rasa kagum saya simpan aje dlm hati sebab tak mau dikatakan jakun oleh rakan saya tu.

Lepas pekena teh tarik kami pergilah ke kawasan perumahan tersebut. Wah! disini lagi hebat, macam kat oversea aje rasanya. cuma kebanyakkan warga disini adalah warga kulit hitam. selepas meletak kereta kawan saya mengajak saya berjalan kaki kerumahnya itu. Sepanjang perjalanan kami kerumah sewanya mata saya ni disajikan dengan pelbagai kaum. Indonesia, Korea, Jepun dan lain-lain bangsa tapi yang banyaknya warga kulit hitam. sana-sini dipenuhi oleh mereka. Jika berselisih sikitpun tak mau beralah, kita yang kecik ni juga yang kena jalan dibirai jalan. Kadang2 sampai terlanggar nek, kita pulak yang dimarahnya. Terlupa pula nak tengok signboard tadi. Sini Nigeria atau Malaysia. Kalau tak silap Malaysia. Bila saya dimarah oleh warga kulit hitam tu, kawan saya pun naik anginlah sebab dia yang langgar saya. Akhirnya warga nigeria tu angkat kaki.

Sampai dirumah sewa kawan saya tu. Kawan saya menekan loceng. Lama juga nek. saya yang tengok ni pun naik lenguh dibuatnya. Ting tong ting tong, tapi tak ada orang buka. saya ajak kawan saya beredar aje. Dia berkeras tak mau, dia kata penyewanya ada didalam. Pelik, mana dia tau. Dia kata, dia tau sangat perangai penyewanya itu. Kalau ada perempuan dalam rumah tu dan mereka pula tau dia terpacak kat luar ni, mesti tak mau buka pintu. Owh....Macam tu pulak rupanya.. Lebih kurang 45min, melepak kat situ akhirnya pintu dibuka. Hah! kan ada orang, katanya kepada saya. 

Penyewanya mengajak kami masuk, memang betul.. ada 2 orang gadis. kawan saya bertanya kenapa lambat buka pintu dan mereka mengatakan mereka tidak mendengar bunyi loceng. kawan saya terus bangun, menekan loceng rumahnya dan kedengaran bunyinya satu rumah dan dia mengangguk kepala dan muka penyewanya berubah sama sekali. Penyewanya, 5 warga indonesia dan 2 gadis ini adalah kekasih dari 2 penyewa tersebut dan gadis-gadis ini warga tempatan iaitu warga malaysia. 

Kawan saya memberi 3 bulan notis kepada penyewanya tetapi mereka memujuknya dengan mengatakan susah nak cari rumah sewa tapi kawan saya tetap dengan keputusannya kerana kawan saya telah memberi amaran kepada mereka sejak dari awal lagi tidak dibenarkan perempuan masuk kedalam rumah tersebut kecuali ada ikatan persaudaraan. Mereka bukan saja melanggar peraturan yang kawan saya berikan bahkan kalau dilihat pada kedua-dua wanita itu anda akan mengetahui dengan amat jelas bahawa mereka bukan hanya berbual2 kosong aje (Malaslah saya nak cerita lengkap-lengkap nek)

Akhirnya kami beredar dari rumah sewa tersebut dan menuju ke arah tempat letak kereta. Kali ini kami disapa dengan kasar oleh seorang pengawal keselamatan kawasan kediaman tersebut. Warga Myanmar rupanya. Pendek kata, Warga Malaysia yang tinggal disini boleh dikira dengan jari aje nek. Sebelum sampai tadi ingat seronok rupanya jauh kuah dari nasilah nek...datang sekali-sekalapun rasa macam pendatang di tempat sendiri.

Baiklah nek, saya minta diri...saje-saje nak cerita kat nenek..kot-kot nenek teringin nak siarkan, boleh juga. cuma janganlah nenek siarkan nama dan alamat email saya sudah..Assalamualaikum nek.

Thursday, 22 September 2011

"Malaysia Truly Asia"

"Malaysia Truly Asia", tentu semua orang biasa mendengar ucapan ini walaupun ketika anda diluar negara. Iklan mengenai keindahan Malaysia amat membanggakan seluruh rakyat malaysia amnya. Apatah lagi jika anda berada diluar negara ketika itu. mesti anda tersenyum jika orang asing menyapa anda dengan mengatakan ungkapan itu jika beliau tau anda dari Malaysia. Apakah maksud ungkapan tersebut,  "Malaysia Truly Asia"? Mari kita sama-sama mencari jawapannya.

Mari kita pergi kepada sungai dimalaysia. Apakata kita lihat blog "Dialog Rakyat: Sungai Tong Sampah (Sg. Kerayong berhampiran Kg Seri Indah, Sg Besi)", blog "New Straits Times : Dirty River Threaten Fishermen's Income (Sg. Cengkih Di Pontian)", blog "Love Hijau : Pencemaran Sg Di Malaysia (Sg. Juru, Sg. Jelutong, Sg. Junjung dlll di Pulau Pinang, Sg Sepang, Sg Langat dlll di Selangor dan beberapa sungai lain lagi di Malaysia). Sehingga pencemaran di Sg Juru ditabalkan sungai yg terburuk dari segi pencemarannya. Adakah jabatan yg terbabit peka didalam hal pencemaran ini? Allahualam...

Selain dari pencemaran sungai, malaysia juga mempunyai masalah dalam menandatangani masalah pencemaran laut dan udara yang semakin berleluasa ataupun bolehlah dikategorikan Pencemaran Alam Sekitar. Pencemaran Laut dengan tumpahan minyak yang tidak dapat disekang serta sikap individu yang tiada kesedaran sivik membuang sampah sarap tidak kira tempat. Masalahnya yang dibuang merata-rata itu bukan setakat puntung rokok tetapi botol-botol plastik yang dijamin tidak akan hancur sama sekali. Pergilah ke luar negara dan perhatikan rakyat di negara itu, bagaimana kesedaran sivik diserap didalam kehidupan mereka seharian. Tolong jangan bandingkan dengan negara-negara yg rakyatnya tiada kesedaran sivik juga tapi cubalah bandingkan dengan negara yang betul seperti UK ataupun Australia. Puntung rokok yang kita buang disebabkan kebiasaan berbuat demikian di sinipun akan dikutip oleh mereka untuk dibuang didalam tong sampah yang pertama mereka jumpa. Inilah budaya yang patut kita terapkan kepada warga kita. Tugas siapa pula kali ini?

Bercakap berkenaan pencemaran udara, marilah kita jengah kepada kilang-kilang gas dan minyak (petroleum) yang berlambak di negara ini. Jika kita lihat hampir setiap kilang petroleum ini melakukan pembakaran atas sebab-sebab tertentu, Lihat sahaja api yang membakar di corong-corong kilang terbabit yang membakar 24jam sehari tanpa gagal. Adakah nyalaannya berwarna biru seperti yang sepatutnya? Malangnya tidak, ia berwarna kekuning-kuningan dan ini hanya terdapat di negara kita, Malaysia yang tercinta. Mungkin ia tidak memberi kesan hari ini, minggu depan atau tahun depan satu hari nanti bila semuanya sudah terlambat. Yang pasti lihatlah kereta-kereta yang ada berdekatan dengan kawasan kilang terbabit yang mungkin sudah bertahun-tahun digunakan oleh penduduk tempatan. Terdapat bintik2 yang melunturkan warna cat kereta, bukan satu tapi berdozen-dozen kereta . Bayangkan pula paru-paru warga malaysia yang menghidu udara dikawasan terbabit. Jika pekerja di jabatan tertentu yang sepatutnya memantau hal ini menganggap kerja itu satu ibadah, maka sudah tentulah perkara ini tidak akan berlaku kerana sudah tentulah mereka akan bekerja dengan telus dan ikhlas.

Sejuk mata memandang apabila melihat senyuman manis kelima-lima gadis disebelah tapi adakah rakyat malaysia murah senyuman seperti yang digambarkan oleh gadis-gadis cantik ini? Jawapanya, sudah tentulah ya terutamanya pekerja-pekerja yang terbabit didalam industri perhotelan dan pelancongan di malaysia dan jawapannya tidak jika ditanya secara umumnya. Rasanya tidak perlulah kita menidakkan fakta, pergilah kemana-mana kedai kopi, kedai makan atau pasaraya pasti pekerjanya yang berurusan dengan kita mukanya lebih masam dari asam kecut. Cakappun hendak tidak hendak aje. Bukan setakat kita dilayan begitu, pelancong pun mendapat layanan yang sama. Pekerja begini bolehlah kita kategorikan sombong tak bertempat. Apa yang patut kita buat berkenaan hal ini?

Adakah kita ingin mendengar pelancong-pelancong yang datang melawat negara kita mengatakan negara kita kotor, tercemar dan rakyatnya sombong tapi itulah realiti apa yang terdapat di negara kita. Adakah kita nak digambarkan sebagai negara asia yang mempunyai banyak kepincangan seperti ini? Usaha merealisasikan "Malaysia Truly Asia" bukan diatas bahu seorang insan di Malaysia sahaja tapi dibahu semua rakyat Malaysia. Setiap orang ada peranan masing-masing untuk memperbaiki semua kelemahan yang ada. Biarlah negara kita dikenali kerana kebersihannya, keramahan rakyatnya dan segala nilai positif yang boleh ditonjolkan dan kita boleh berbangga sebab kita adalah sebahagian darinya. Tiada siapa boleh mengubah kaum tersebut melainkan kaum itu sendiri, renungkanlah.