Showing posts with label Lain-lain Petua. Show all posts
Showing posts with label Lain-lain Petua. Show all posts
Sunday, 12 June 2011
Petua Suburkan Tanaman
Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.
Petua Menghilangkan Karat Kepada Pakaian
Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.
Petua Supaya Nasi Lambat Basi
- Ketika menanak nasi, masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih beserta secubit garam halus.
- Basuh beras hingga beras kelihatan putih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa.
Petua Menghilangkan Bau Hangit Nasi
- Masukkan beberapa tangkai cili kering dan tutup dengan daun pisang. Bau hangit akan hilang.
- Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan
- Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.
Petua Mengelakkan Nasi Yang Dimasak Hangit
Nasi yang dimasak akan menjadi kurang enak jika didapati hangit. Caranya, sebelum memasak nasi, masukkan satu sudu kecil marjerin ke dalam periuk.
Petua Jika Nasi Yang Dimasak Masih Mentah
Isi air di dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutup periuk dan perlahankan api hingga nasi masak.
Petua Memasak Nasi Yang Putih
Siapa cakap semua beras dan nasi adalah berwarna putih? Hanya beras yang bermutu tinggi sahaja yang berwarna putih bersih dan berulas cantik. Jika anda ingin nasi yg dimasak menjadi putih, sila cuba petua ini. Letakkan satu sudu kecil air limau nipis pada nasi yang hendak dimasak.
Petua Merasa Makanan di Bulan Puasa
- Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.
- Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuah tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis.
Petua Jika Masakan Anda Termasin
Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-
- Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
- Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.
Saturday, 11 June 2011
Petua Untuk Menghafal Al-Quran
- Harus mulakan niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah s.w.t.
- Menggunakan naskhah al Quran yang sama setiap kali membaca, menghafaz, dan membuat rujukan (semakan bacaan). Ini bertujuan mengelakkan kekeliruan tempat (kedudukan) ayat yang dihafaz.
- Gunakan naskhah al Quran mushaf Uthmani kerana kedudukan, struktur, dan susunan ayat nya diatur dalam bentuk yang mudah untuk dihafaz, dirujuk, dan diingati.
- Ayat atau surah yang hendak di hafal hendaklah di lancarkan bacaanya terlebih dahulu. Pastikan tajwidnya betul. Sebagai contoh jika hendak hafal surah ali-Imran. Mulakan dari muka surat yang pertama surah tersebut. Lancarkan muka surat yang pertama itu dahulu.
- Bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul-betul lancar. Pastikan tidak mula menghafaz ayat sebelum bacaan betul-betul lancar kerana ini akan menjadikan anda mudah lupa semula ayat tersebut, dan mungkin juga mengakibatkan hafalan anda bercelaru.
- Mulakan hafalan dari ayat ke ayat. Pastikan hafazan mengikut langkah. Hafaz dahulu ayat yang pertama sehingga hafaz (baca ayat pertama berulang-ulang kali sebagai satu cara menghafaz yang baik), barulah berpindah ke ayat yang kedua. Kemudian hafaz ayat ke kedua, ulang balik dari ayat yang pertama. Kemudian baru masuk ayat yang seterusnya.
- Pastikan ada kawan atau ustaz yang dipercayai ilmu tajwidnya dan baik bacaannya untuk anda tasmi’ (memperdengarkan atau semak) bacaan dan hafazan anda.
- Amalkan membaca ayat-ayat yang telah anda hafaz dalam solat-solat yang anda lakukan. Banyakkan solat sunat sebagai satu cara yang baik bagi melatih bacaan ayat-ayat yang telah dihafaz. Ini bertujuan membiasakan ayat-ayat yang telah di hafaz ke dalam amalan harian anda.
- Amalkan membaca ayat-ayat Quran yang telah anda hafaz di mana-mana sahaja sebagai zikir atau nyanyian hati atau mulut. Contohnya, ketika menunggang motosikal, ketika termenung, ketika hendak tidur, dan lain-lain yang difikirkan baik. Hal ini akan menambahkan lagi keupayaan anda untuk mengingati ayat-ayat hafazan tersebut.
- Amalkan memakan manisan seperti kurma atau madu bagi tujuan menguatkan daya ingatan.
- Jauhi amalan maksiat. Jaga bicara lidah, jaga kewajipan dan adab sebagai seorang Muslim.
- Tanamkan semangat yang kuat untuk menghafaz bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Cuba hafaz sebanyak mungkin, InsyaAllah sehingga hafiz. walaupun memakan masa yang lama.
- Banyakkan memohon doa kepada Allah s.w.t. supaya dipermudahkan hati dan minda untuk menerima al-Quran.
- Pilih waktu yang sesuai untuk menghafaz. Sebagai contoh, waktu selepas solat fardhu. Utamakan sebelum waktu SUBUH atau selepas SUBUH, kerana waktu ini tenang dan damai. Pastikan waktu yang anda gunakan untuk menghafaz adalah istiqamah.
- Tidak perlu menghafaz secara terburu-buru. Biar sedikit-sedikit, asalkan istiqamah dan berkesan.
Koleksi Petua Memasak
Merangupkan Ayam Goreng
Nasi Tidak Berbau Hangit
Untuk mengekalkan kerangupan ayam goring, masukkan sebiji telur ayam ketika mengaul ayam bersama garam dan kunyit. Selepas itu, gorenglah ayam seperti biasa.
Untuk memastikan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3 ulas bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan pada ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan angkat.
Nasi Tidak Berbau Hangit
Sekiranya anda memasak nasi tanpa menggunakan periuk nasi elektrik, kemungkinan masalah nasi berbau hangit akan berlaku. Bagi mengatasi masalah ini, basuh setangkai cili kering dan masukkan ke dalam periuk nasi panas berkenaan. Tutup periuk tersebut untuk beberapa minit sebelum nasi dihidangkan. Bau hangit akan hilang.
Sebelum menggoreng, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali setelah minyak dipanaskan. Kuali anda tidak akan melekat. Juga, kuali baru hendaklah selalu digunakan untuk menumis atau menggoreng.
Tambahkan majerin dan air kapur bersama tepung beras. Cucur anda akan menjadi rangup dan menyelerakan.
Koleksi Petua Halau Semut Di Rumah
Petua 1 - Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.
Petua 2 -Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
Petua 3 -Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.
Petua 4 -Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.
Petua 5 -Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.
Petua 6 -Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
Friday, 10 June 2011
Petua Mengasah Pisau atau Senjata
Jangan diasah senjata seperti parang dan pisau sewaktu perut terlalu kenyang. Semasa mengasahnya, mata hujungnya jangan dihalakan ke badan kita.
Monday, 6 June 2011
Petua Untuk Pakaian
Anda ada masalah dengan pakaian anda? kotoran dipakaian tidak mahu tanggal atau baju baru anda merosakkan baju-baju yang lain kerana warnanya yg luntur. Mari nenek bagi petuanya untuk cucu cuba...:-
Agar Cucian Lebih Berkesan – Untuk mendapatkan cucian yang lebih berkesan disamping mengurangkan penggunaan sabun, rendamkan dahulu pakaian atau fabrik ke dalam air garam, sebelum dicuci dengan sabun biasa. Manfaat air garam itu ialah untuk melonggarkan kotoran supaya mudah dicuci.

Agar Pakaian Tidak Mudah Luntur – Kadang-kadang pakaian baru yang berwarna-warni akan luntur warnanya pada basuhan pertama. Untuk mencegahnya rendamkan dahulu dalam air kelapa selama satu hari.
Menghilangkan Kotoran Degil – Biasanya kita menggunakan peluntur untuk hilangkan kotoran degil, tetapi kalau tersilap langkah boleh merosakkan warna pakaian dan menjadikannya bertompok-tompok putih kehilangan warna. Sebagai alternatif, campurkan cuka dengan tepung penaik (baking soda) dan lumurkan pada bahagian pakaian. Biarkan beberapa minit sebelum dicuci.
Doa Amalan Supaya Pakaian Yang Dipakai Kelihatan Hebat – Semasa ingin memakai baju, bacalah ayat ini: “Nasrumminallohi wafat-hun qoriibun wabashshiril mukminiin”. Insya-Allah.
Tips Khusyuk Dalam Solat
Memahami tujuan solat iaitu satu bentuk komunikasi formal dengan Allah. Justeru wajarlah kita menghadirkan hati dan fikiran semasa sedang berkomunikasi dengan Allah.
Contoh: Kita menghadiri satu temuduga memohon pekerjaan. Lazimnya kita akan berpakaian kemas kerana mahu menjaga imej dan penampilan yang meyakinkan penemuduga. Kemudian kita akan jaga tata tertib masuk ke bilik temuduga, berdiri dan duduk. Seterusnya kita akan mendengar dengan teliti apa yang dikata dan ditanya. Kita juga akan menjawab dengan berhati-hati dan penuh mengharap. Pendekata, kita memusatkan seluruh perhatian kita pada proses temuduga tanpa berfikir lagi tentang perkara-perkara lain.

Kalau sesama manusia pun begitu sekali kita berusaha agar memperolehi sesuatu, bagaimana dengan Allah yang kita harapkan hidayah, pertolongan dan perlindungan dariNya? Iya, kita harus menjaga tatatertib solat menurut sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Bagi menambah penghayatan solat, kita perlu memahami makna bacaan solat serta memahami makna perbuatan (rukun dan wajib) solat
Selain menjaga tertib solat yang kita istilahkan dengan fikah ibadah, perkara lain yang mesti dijaga bagi mendapatkan solat yang khusyuk ialah meminimumkan dosa antara waktu-waktu solat. Segera beristighfar setiap kali tersalah atau terlupa melakukan perkara dilarang seperti memandang dan mendengar perkara yang diharamkan. Termasuk jugalah memohon maaf dari manusia yang berkecil hati dengan kita selagi kita menyedarinya. Dosa-dosa akan menghijab hati dari merasa kehadiran Allah di dalam solat.
Antara perkara yang sering dicuaikan oleh muslim yang mahu mendirikan solat ialah mengambil wuduk dengan air yang berlebihan. Sedangkan membazir itu sahabat syaitan.
Ayat 27 surah al-Isra’ memberitahu,
“ Sesungguhnya orang-orang yang suka membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”
Mengelakkan dari makan terlalu kenyang. Nabi Muhammad S.A.W berpesan,

ما ملأ آدمي وعاء شرا من بطن بحسب بن آدم أكلات يقمن صلبه فإن كان لا محالة فثلث لطعامه وثلث لشرابه وثلث لنفسه
Maksudnya;
Tiada satu bekas dipenuhi anak Adam lebih buruk dari perutnya. Memadai bagi anak Adam beberapa suapan sekadar menyambung hidupnya. Jika ia tidak mencukupi, maka hendaklah sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk pernafasannya.
Hadis direkod oleh Sunan al-Tirmizhi
Sebagai alternatif meninggalkan perbuatan-perbuatan haram itu tadi, kita digalakkan membanyakkan zikrullah, bertasbih dan bertahmid. Apabila di luar solat, kita sudah melazimi mengingati Allah, maka lebih mudahlah bagi kita untuk khusyuk di dalam solat.
Contoh: Kita menghadiri satu temuduga memohon pekerjaan. Lazimnya kita akan berpakaian kemas kerana mahu menjaga imej dan penampilan yang meyakinkan penemuduga. Kemudian kita akan jaga tata tertib masuk ke bilik temuduga, berdiri dan duduk. Seterusnya kita akan mendengar dengan teliti apa yang dikata dan ditanya. Kita juga akan menjawab dengan berhati-hati dan penuh mengharap. Pendekata, kita memusatkan seluruh perhatian kita pada proses temuduga tanpa berfikir lagi tentang perkara-perkara lain.

Kalau sesama manusia pun begitu sekali kita berusaha agar memperolehi sesuatu, bagaimana dengan Allah yang kita harapkan hidayah, pertolongan dan perlindungan dariNya? Iya, kita harus menjaga tatatertib solat menurut sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Bagi menambah penghayatan solat, kita perlu memahami makna bacaan solat serta memahami makna perbuatan (rukun dan wajib) solat
Selain menjaga tertib solat yang kita istilahkan dengan fikah ibadah, perkara lain yang mesti dijaga bagi mendapatkan solat yang khusyuk ialah meminimumkan dosa antara waktu-waktu solat. Segera beristighfar setiap kali tersalah atau terlupa melakukan perkara dilarang seperti memandang dan mendengar perkara yang diharamkan. Termasuk jugalah memohon maaf dari manusia yang berkecil hati dengan kita selagi kita menyedarinya. Dosa-dosa akan menghijab hati dari merasa kehadiran Allah di dalam solat.Antara perkara yang sering dicuaikan oleh muslim yang mahu mendirikan solat ialah mengambil wuduk dengan air yang berlebihan. Sedangkan membazir itu sahabat syaitan.
Ayat 27 surah al-Isra’ memberitahu,
“ Sesungguhnya orang-orang yang suka membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”
Mengelakkan dari makan terlalu kenyang. Nabi Muhammad S.A.W berpesan,

ما ملأ آدمي وعاء شرا من بطن بحسب بن آدم أكلات يقمن صلبه فإن كان لا محالة فثلث لطعامه وثلث لشرابه وثلث لنفسه
Maksudnya;
Tiada satu bekas dipenuhi anak Adam lebih buruk dari perutnya. Memadai bagi anak Adam beberapa suapan sekadar menyambung hidupnya. Jika ia tidak mencukupi, maka hendaklah sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk pernafasannya.
Hadis direkod oleh Sunan al-Tirmizhi
Sebagai alternatif meninggalkan perbuatan-perbuatan haram itu tadi, kita digalakkan membanyakkan zikrullah, bertasbih dan bertahmid. Apabila di luar solat, kita sudah melazimi mengingati Allah, maka lebih mudahlah bagi kita untuk khusyuk di dalam solat.
Friday, 3 June 2011
Petua/Tips Penjagaan Tayar Kereta
1. Pilihlah tayar yg bersesuaian dengan keupayaan kereta anda. Contohnya kereta yg berenjin 1.3, anda blh menggunakan rim/tayar asal yg dibekalkan ataupun memilih rim yg lebih besar seperti 'sport 'rim'berukuran 14 inci (35sentimeter). Jangan sesekali menggunakan 'sport rim bersaiz 15 inci kerana anda akan menyusahkan diri anda sendiri juga nanti kerana kekuatan pecutan kereta anda akan menurun, 'speedometer' kereta anda pasti tidak merekodkan bacaan yang tepat selainia akan memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak dan meningkatkan penggunaan bahan bakar.3. Mengenai saiz tayar, perhatikan pula rangkaian nombor dan huruf yang bercetak timbul pada permukaan tepi tayar. Sebagai contoh, cetakan 205/50 VR 16 membawa maksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 milimeter (mm), ketebalan tayar daripada rim ke permukaan jalan adalah 50 peratus dari kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim berdiameter 16 inci. VR bermaksud tayar sesuai untuk kelajuan sehingga 240 kilometer per jam (km/j) tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.
4. Terdapat pelbagai jenama dan harga ditawarkan dipasaran seperti Michellin, Yokohama dan Falken. Penting untuk pembeli memikirkan pelbagai kebarangkalian dan faktor cuaca serta jangka hayat kereta. Biarpun sesetengah tayar dijual sedikit mahal, amat berbaloi untuk berbelanja lebih jika mengambil kira faktor kualiti dan iklim. Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-heti semasa hujan.5. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.
6. Perhatikan juga keadaan bunga tayar sekali-sekala. Jika bunga tayar pada bahagian tepi tayar lebih cepat haus (menipis), ini bermakna tekanan udara dalam tayar tidak bersesuaian. Jika bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan udara terlalu tinggi dan jika haus pada bahagian luar saja, ini bermakna keselarian tayar perlu diperbetulkan. Jika bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka penyerap hentakan (absorber) perlu diganti.
Tuesday, 31 May 2011
Tips Berhenti Merokok
1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda rokok membunuh setiap kali anda ingin merokok.
2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.
3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
5. Mengunyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.
6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.
8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya

Subscribe to:
Posts (Atom)