Sudah tahu pelbagai jenis penyakit kelamin? Jika tidak, semoga maklumat dibawah ini berguna untuk mengenali berbagai penyakit kelamin, penularan dan penyembuhannya.
Penyakit kelamin merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kuman yang disebarkan melalui hubungan seks oral atau melalui hubungan antara jantina. Untuk mengelakkan penyakit ini dianjurkan agar tidak melakukan hubungan seks secara rawak dan tidak membabi buta. Setia pada pasangan atau menggunakan alat keselamatan seperti kondom adalah alternatifnya.
Sebahagian besar penyakit kelamin hingga saat ini sudah ditemui ubatnya, kecuali penyakit Aids yang memang tidak hanya menular melalui hubungan kelamin tapi sebahagian besar disebarkan melalui jarum suntikan.
Ini adalah beberapa penyakit kelamin dan bakteria yang menyebakannya dan sekilas cara pencegahan dan pengobatannya, yang dikemukan Dr. Taylor dari Health Awareness Connection (HAC), Broklyn USA:
Gonorrhea & Chlamydia
* Disebabkan oleh bakteria. Jangkitan bermula beberapa hari sampai beberapa minggu selepas hubungan intim dengan orang yang dijangkiti penyakit ini;
* Pada lelaki, penyakit ini menyebabkan keluarnya cairan dari kemaluan lelaki. Buang air kecil dapat terasa sakit. Gejala-gejala ini dapat terasa berat atau tidak terasa sama sekali;
* Gejala-gejala gonorrhea pada wanita biasanya sangat ringan atau tidak terasa sama sekali, tetapi kalau tidak diubati penyakit ini boleh menjadi parah dan menyebabkan kemandulan;
* Penyakit ini dapat disembuhkan dengan antibiotik bila ditangani secara dini.
HERPES
* Disebabkan oleh virus, boleh diubati tetapi tidak dapat disembuhkan;
* Gejala timbul antara 3 hingga 10 hari selepas berhubungan intim dengan penderita penyakit ini;
* Gejala awal muncul seperti lecet yang kemudian terbuka menjadi lubang kecil dan berair;
* Dalam 5 sampai 10 hari gejala hilang;
* Virus menetap dalam tubuh dan dapat timbul lagi sesuatu saat, dan kadang-kadang sering;
* Wanita kerap kali tidak sedar bahawa ia menderita herpes kerana lecet terjadi di dalam vagina.
Jangkitan kulat
* Disebabkan oleh kulat;
* Menyebabkan kegatalan berwarna merah di bawah kulit lelaki yang tidak disunat;
* Pada wanita akan ke luar cairan putih kental yang menyebabkan rasa gatal;
* Dapat disembuhkan dengan krim anti jamur.
Syphilis
* Disebabkan oleh bakteria. Lesi muncul antara 3 minggu sampai 3 bulan selepas berhubungan intim dengan penderita penyakit ini;
* Luka terlihat seperti lubang pada kulit dengan tepi yang lebih tinggi. Pada umumnya tidak terasa sakit;
* Luka akan hilang setelah beberapa minggu, tetapi virus akan menetap pada tubuh dan penyakit dapat muncul berupa lecet-lecet pada seluruh tubuh Lecet-lecet ini akan hilang juga, dan virus akan menyerang bahagian tubuh lain;
* Syphilis dapat disembuhkan pada tiap tahapan dengan penicillin;
* Pada wanita lesi boleh tersembunyi pada vagina.
VAGINISTIS
* Jangkitan pada vagina yang biasanya menyebabkan keluarnya cairan dari vagina yang berbau dan menimbulkan ketidakselesaan;
* Disebabkan oleh pelbagai jenis bakteria (bakteria gonorrhea, chlamydia) atau cendawan;
* Juga boleh disebabkan oleh pelbagai bakteria tidak berbahaya yang memang menetap pada vagina;
* Dapat diselidiki dengan meneliti cairan vagina tersebut dengan mikroskop;
* Pada umumnya dapat disembuhkan dengan ubat yang tepat sesuai dengan penyebabnya.
BISUL PADA ALAT KELAMIN
* Disebabkan oleh virus (Virus Human Papilloma atau HPV);
* Muncul berupa satu atau banyak bisul atau benjolan antara sebulan sampai setahun selepas berhubungan intim dengan penderita penyakit tersebut;
* Pada umumnya tidak dapat dilihat pada wanita kerana terletak di dalam faraj, atau pada lelaki kerana terlalu kecil. Dapat diuji dengan lapisan cuka;
* Dapat berakibat serius pada wanita kerana boleh menyebabkan kanser cervix;
* Bisul pada kelamin ini dapat disembuhkan, wanita harus menjalankan pap smear setiap kali berganti pasangan intim.
KUTU KELAMIN
* Sangat kecil (lebih kecil atau sama dengan 1 / 8 inch), berwana kelabu kecoklatan, menetap pada rambut kemaluan;
* Dapat disembuhkan dengan ubat cair yang digosokkan pada rambut kelamin.
KUTU DI BAWAH KULIT
* Mirip dengan kutu kelamin, tetapi ukurannya lebih kecil dan hidup di bawah kulit;
* Menyebabkan luka-luka kecil dan gatal di seluruh tubuh badan;
* Diubati dengan ubat cecair yang disapukan ke seluruh tubuh badan;
* Pakaian,tuala perlu dicuci selepas rawatan, kerana kutu dapat melekat pada kain-kain tersebut.
terebut.
AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome) / HIV DISEASE
* Penyakit akibat hubungan kelamin yang paling serius, menyebabkan sistem kekebalan tubuh lumpuh;
* Tidak ada gejala yang nyata. Ujian darah diperlukan bagi mengesahkannya
* Boleh menyebabkan kematian setelah sepuluh tahun selepas dijangkiti virus HIV, tetapi rawatan (red: tidak menyebuhkan secara total) telah ditemui;
* Disebarkan melalui hubungan kelamin serta penggunaan jarum suntikan secara beramai-ramai.

Itulah sekilas jenis-jenis penyakit kelamin, baik yang boleh disembuhkan mahupun yang tidak. Satu hal yang pasti: "Mencegah tentunya lebih baik dari pada mengubati!" - Jadi, waspadalah!
Nenek akan cuba publishkan samada petua, jenis perubatan ataupun ayat-ayat Al-Quran bagi penyakit diatas di post yang akan datang