Sunday 30 October 2011

Kisah Nabi Muhammad Dengan Wanita Kafir

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan

“Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). [al-Ahzab 33:21]

Saturday 29 October 2011

Tudung Sekolah Dikunyah Lembu

Nek, cucu ada cerita lucu masa zaman sekolah. Cucu harap nenek sudi membacanya. Kisah ini adalah pengalaman cucu sendiri ketika bersekolah agama dahulu.

Begini kisahnya nek. Satu pagi tu cucu terbangun lewat, ingat nak ponteng aje sekolah agama tapi mengenangkan ari tu cu ada peperiksaan, cucu tak jadi ponteng. Setelah bersiap2, cucu cari tudung sekolah cucu kat ampai (tempat sidai baju), sebab malam sebelum tu cucu basuh tudung sekolah tu. Cari punya cari tapi tak juga jumpa. Nak kata ada pencuri adalah sesuatu yang tak mungkin sebab sapalah nak curi tudung sekolah cucu tu. Bila tanya pada mak, mak kata dia tak angkat tudung tu dari ampaian. Lah! kemana pula tudung tu hilang?

Untuk pengetahuan nenek, cucu tinggal dirumah kampung. Dalam masa kelam kabut mencari tudung tersebut, anak saudara cucu yang berumur 1 1/2 tahun berkata sesuatu
"Nembu mamam" Dalam fikiran cucu, takkanlah lembu makan tudung sekolah cucu tu tapi pada masa yang sama cucu mencari juga bayang2 lembu dihalaman rumah. Sah! Cucu lihat lembu betina kesayangan ayah sedang mengunyah tudung sekolah cucu tu.. Ahhh...parah. apalagi, cucu pun dengan tergesa-gesa berlari kearah lembu tersebut dan menarik tudung tersebut. Selepas beberapa minit aksi tarik menarik, akhirnya tudung cucu tu berjaya juga diselamatkan tapi malangnya, tudung tersebut sudah koyak disana sini selain sudah renyuk seribu. Tanpa berfikir panjang cucu terus menyarung tudung tersebut kekepala dan terus kesekolah untuk mengambil peperiksaan.

Sesampai disekolah, kawan-2 cucu pelik mengapa tudung cucu berkeadaan seperti itu tapi cucu tak ada masa untuk menjawab soalan mereka kerana kertas soalan sudah mula diedarkan oleh cikgu. Selepas habis masa untuk kertas terbabit cucu terdengar, cikgu memanggil nama cucu dan bertanyakan kenapa tudung cucu berkeadaan seperti itu, Cucu jawablah lembu makan tudung cucu. Apalagi, satu kelas ketawakan cucu... Kemudian cikgu bertanya kenapa cucu tak pakai tudung lain, cucu cakaplah cucu tak sempat nak cari tudung lain dan itulah sebabnya cucu pakai tudung yang sudah renyuk seribu dan koyak rabak. Sekali lagi cucu diketawakan. cikgu cucu suruh cucu ceritakan bagaiman perkara itu terjadi. Bila cucu ceritakan, sekali lagi rakan sekelas cucu gelak sakan... Ada yang menekan2 perut sebab gelihati. Cucu buat muka seposen aje... Naka kata apa lagi..Nasib2, dahlah bangun lambat, tudung sekolah dimakan lembu, kemudian dikettawakan oleh kawan2 sekolah pula....

Thursday 20 October 2011

Bila Perempuan Menangis

Pernahkan anda tertanya-tanya 
kenapa seorang perempuan menangis 
hanya kerana seorang lelaki? 
Mungkin sebab anda sudah terbiasa 
dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis... 
Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, 
tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, 
dia mula merendahkan egonya 
semata-mata kerana anda. ... ... 

Apabila dia menangis di hadapan anda, 
Apabila dia menangis kerana anda, 
Pandanglah matanya, 
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa? 
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan… Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda, Hanya kerana anda?
Dia menangis bukan kerana dia lemah, 
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis, Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati, 
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan. 

Cuba ambil masa untuk berfikir.
 Jika si dia menangis hanya kerana anda, 
Mungkin sudah tiba masanya 
anda fikir kembali di mana silap anda, 
Kerana hanya anda tahu jawapannya. 
Fikirkan, 

Kerana suatu hari nanti, 
Ianya mungkin terlalu lambat 
untuk menyesal, 
Atau terlalu lambat
untuk mengucapkan “maafkan saya…” 
kalau seorang perempuan menangis kerana anda, 
janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. 
Beradalah disisi dia, 
menemani dia, 
kerana dialah yang akan setia dengan anda 
sehingga akhir hayat anda. 

kalau seorang perempuan menangis kerana anda, 
janganlah anda meninggalkan dia 
selagi dia masih memerlukan anda. 
Kerana anda akan merosakkan hidup dia. 
jangan mengungkapkan rasa cinta anda
kepada seorang perempuan 
selagi anda belum benar-benar yakin 
dan sedia untuk bercinta. 
Kerana anda hanya akan membuatkan
si dia menangis dan sengsara..

Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura
melupakan cinta lamanya 
terutama cinta pertama, 
tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

Wednesday 19 October 2011

Memulihkan Puting Payudara Yang Retak-retak

Petua ini amat senang dilakukan ( senang dilakukan tapi bukan senang untuk menyediakan bahannya) tetapi jangan lakukan ketika anda menyusukan anda anda. Untuk memulihkan puting payudara yang retak adalah dengan mengambil minyak kelapa hijau ( Minyak dari kelapa yang berwarna hijau dan bukan kelapa tua yang kulitnya berwarna coklat). Kemudian campurkan dengan sedikit halba dan sapukan pada hujung payudara anda. Insya-Allah keretakan pada payudara akan hilang. Selamat mencuba

***** Cara mendapatkan minyak dari kelapa - ambil 2biji kelapa, parut, perah santannya dan masakkan santan tersebut sehingga keluar minyaknya.

Tuesday 18 October 2011

Petua kembali Gadis

Bagi wanita yang sudah lama berkawin ataupun bagi ibu yang sudah melahirkan pasti menghadapi masalah faraj yang tidak seperti mula-mula berkawin. Sila amalkan petua dibawah. Insya-Allah faraj akan kembali ketat seperti gadis.


Bahan-bahannya
1. Daun Inai ( kiri atas )
2. Daun Pegaga (kanan atas)
3. Daun Limau Purut (kiri bawah)
4. Pinang Muda (kanan bawah)

Cara-caranya
Tumbuk kesemua bahan diatas dan perahkan bagi mendapatkan airnya yang pekat. (Jika perlu campurkan sedikit air). Gunakan 'cotton bud' atau putik kapas dan celupkan kedalam cecair ini. Kemudian masukkan kedalam lubang faraj. Lakukan setiap hari, seelok-eloknya selepas mandi petang sehingga faraj kembali ketat.

Khasiat Tembikai

Bayangkan anda tengah memakan tembikai yang baru dikeluarkan dari peti sejuk. Dahlah cuaca sekarang agak panas. Ermmm.... sedapnya..Selain kesedapannya, tembikai sebenarnya adalah salah satu menu untuk anda kuruskan badan. Makan tembikai sebagai pembuka selera bukan sebagai pencuci mulut, ia pasti akan mematahkan selera anda untuk terus menikmati makanan yang pasti tidak sesuai untuk tubuh anda ( cuba amalkan, jika anda teringin makan makanan yang pasti mengemukkan badan anda, cuba makan tembikai sebelum itu. Jangan bimbang pasal kalori sebab tembikai rendah kalorinya. Lagipun tembikai mempunyai 92% air dan 8% gula.

Jika anda menghidap kanser, tembikai sebenarnya merupakan agen untuk memerangi kanser didalam tubuh anda. Ia bolehlah dikategorikan sebagai makanan pencegah kanser. Vitamin didalam tembikai mampu memperbaiki sel-sel badan yang rosak juga berfungsi membunuh sel-sel kanser dan mampu mencegahnya dari terus tumbuh.

Jika anda seorang yang rabun ayam ( penglihatan tak jelas diwaktu malam), memakan tembikai adalah alternatif yang baik sebab tembikai akan membantu anda dalam masalah ini.

Bagi lelaki yang gemar memakan tembikai, mereka mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap kanser prostat.

Memakan tembikai juga akan merendahkan tekanan darah bagi yang menghidap darah tinggi. Pengambilan tembikai bagi ibu yang mengandung mampu menghalang bayi didalam kandungan dari mengalami kecacatan (kecacatan otak dan saraf tunjang) dan juga penyakit jantung.



Sunday 16 October 2011

Memerahkan Puting Payudara Yang Lebam

Masalah ini adalah masalah biasa bagi wanita yang sudah bersuami atau mempunyai anak. Puting payudara yang hitam dan lebam sebenarnya boleh dikembalikan kewarna asalnya. Cuba amalkan petua ini dan anda dan pasangan anda akan terkejut dengan kebekesanannya. Ambil beberapa helai daun sireh, tumbuh sehingga hancur ataupun sehingga keluar air yang berwarna merah. Perah daun sireh itu dan ambil airnya dan sapukan di sekitar puting payudara. Lakukan setiap malam sehingga berjaya memulihkan warna puting payudara anda. Selamat mencuba cu.

Petua Menguatkan Tenaga Batin Bagi Lelaki

Bagi menguatkan tenaga batin bagi lelaki :-
1. Apabila bangun dari tidur, ambil sedikit air liur dari lelangit kemudian sapukan dikepala zakar.
2. Lakukan senaman ini:-
a- Duduk bersila, tarik nafas sepenuhnya dan tahan nafas, kemudian bongkokkan badan sampai mencecah kaki anda. Kira sampai 7 ( 7 detik ), bangun dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan
b- Dalam keadaan duduk bersila tadi, lunjurkan kaki kiri, kemudian tarik nafas sepenuhnya, tahan nafas anda dalam kiraan 7 (kira dlm hati). bongkokkan badan dan sentuh hujung jari kaki kiri dengan hujung jari tangan kiri sebanyak 7 kali. kemudian ulang senaman ini dengan kaki yang sebelah lagi.

Selamat mencuba

Saturday 15 October 2011

Khasiat Manggis

Hitam-hitam sitampok manggis. Walaupun hitam dipandang manis.Nama jolokkannya adalah "queen of fruit" ini memiliki nama kimia "Garnicia mangostana". Tanaman yang berasal dari hutan tropika di kawasan Asia Tenggara, iaitu hutan belantara Malaysia atau Indonesia. Buah manggis memiliki banyak manfaat kerana ianya kaya dengan kandungan antioksidan pada kulit dan buahnya.

Beberapa khasiat buah manggis:
  • Mencegah penyakit yang serius, buah manggis memiliki kandungan zat xanthones yang bermanfaat untuk mengatasi penyakit-penyakit serius seperti kanser, diabetes, jantung, arthritis, alzheimer, dan lainnya. Zat xanthones yang di hasilkan manggis dapat menghindarkan pelbagai penyakit yang blh menyebabkan peradangan, seperti artritis dan alzheimer (merupakan salah satu penyakit disfungsi otak). Selain itu xanthone juga bermanfaat mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor. Kulit buah manggis juga multi khasiat yaitu antikanser, antioksi dan mujarab mengatasi koroner jantung, HIV, dan sebagainya. Ekstrak kulit manggis bersifat antiproliferasi dapat menghindar pertumbuhan sel kanser. Selain itu ekstrak tersebut juga bersifat apotosis penghancur sel kanser. Kandungan zat xanthone yang terdapat padanya mampu merawat beberapa jenis penyakit kanser seperti kanser hati, pencernaan, paru-paru dan sebagainya. Xanthone dalam kulit manggis juga mampu mengatasi penyakit tuberkulosis (TBC), asma, leukimia, antiinflamasi, dan antidiare.
  • Menghilangkan rasa sakit, seorang doktor di Amerika Syarikat mengaku telah mengganti ubat-ubatan penghilang rasa sakit yang diderita di lehernya dengan mengambil buah manggis secara rutin. Buah manggis juga berkhasiat mengurangi rasa sakit.
  • Melawan radikal bebas, buah manggis mengandung catechins yang terbukti lebih efektif dan lebih berdaya guna dibandingkan vitamin C atau vitamin E dalam melawan radikal bebas yang ada di dalam tubuh kita. Doktor Frederc Templeman yang menulis buku “A Doctor Challenge, A Mangosteen Solution” menyarankan mengambil buah manggis setiap hari sebagai makanan tambahan (suplemen), akan mendapatkan zat antioksidan lebih banyak dibandingkan suplemen lain yang ditawarkan dalam ubat-ubatan. Selain itu kandungan alpha-mangostin dan gamma-maostin pada buah manggis juga bersifat sebagai antibakteria. Alpha-magodtin juga diketahui mempunyai efek yang sama bagusnya dengan antibiotik yang berada di pasaran seperti amphicillin dan minocycline.
  • Mengurangi tekanan darah tinggi, hypertension atau tekanan darah tinggi juga terjadi kerana adanya gangguan pada pembuluh darah, dan risiko terhadap penyakit jantung dan stroke. Buah manggis boleh mengatasinya, terutama untuk menormalkan berat badan.

Petua Merawat Asma

Hati kita pasti terusik dan sedih bila melihat anak sekecil ini menghidap sakit asma. Semua pesakit asma bergantung kepada penggunaan 'inhaler'. mari cuba petua ini untuk mengurang serta merawat asma.

Ambil 5 @ 6 helai daun buah keras laut kemudian ramaskan daun tersebut dengan air mineral/air masak. Tapiskan sehingga jadi 1/2 gelas saja. Embunkan semalaman. Apabila bangun dari tidur, campurkan air tersebut dengan satu sudu madu lebah (jangan guna madu lebah tiruan) dan diminum. Untuk mendapatkan hasil yang baik sila amalkan petua ini. Insya-Allah.

Friday 14 October 2011

Khasiat Aloe Vera

Nama Botani : Aloe vera Linn.
Famili : Liliaceae

Pengenalan

Pokok aloe vera atau nama tempatannya, lidah buaya berasal dari Afrika utara. Ia hidup subur di kawasan tanah berpasir, bercuaca panas dan kering. Aloe vera juga mampu hidup dalam semua keadaan cuaca di seluruh dunia dan terdapat 500 jenis aloe vera. Aloe vera ditanam sebagai pokok hiasan dan kegunaannya dalam perubatan herba. Aloe vera hanya membiak melalui kaedah pembahagian rumpun(anak).

Kegunaan
Aloe vera mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein. Daun aloe vera atau lidah buaya akan mengeluarkan jeli jika diramas dan ia boleh digunakan untuk mengurangkan kedutan pada kulit muka dan tangan. Ia juga dapat dijadikan sebagai bahan pelembab dan pelembut untuk kulit dan rambut serta dapat digunakan untuk menyubur, menghitam dan mengurang keguguran rambut. Untuk mengatasi masalah keguguran rambut, jeli daripada aloe vera disapu pada kulit kepala dan penggunaan secara secara rutin dan berjadual akan menghasilkan kesan yang sangat baik.

Jeli aloe vera juga dapat digunakan untuk merawat luka-luka kecil, terbakar, bengkak, sembelit dan gatal-gatal pada kulit. Jeli aloe vera yang dimakan segar dikatakan boleh mengubati penyakit leukimia dan barah paru-paru. Ia juga boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada saluran pernafasan pada kanak-kanak. Jelinya dapat mengurangkan panas dan bahang dengan menyapu pada kulit. Daun aloe vera juga digunakan sebagai anti-biotik, anti-bakteria dan anti-kulat serta mengubati kecederaan tisu disebabkan oleh radiasi. Untuk merawat penyakit darah tinggi atau kolesterol, jeli daripada aloe vera dijadikan jus dan diminum(rasanya sangat pahit).

Tak Jumpa Pusara Nenek dan Moyang

Assalamualaikum nek,
nek, ini kisah yang berlaku pada saya beberapa bulan lepas. Ibu saya meninggal beberapa bulan yang lepas dan sejak itu saya akan menziarahi pusaranya jika saya balik ke kampung. Jika tak balikpun tapi saya melalui kampung saya untuk ke mana-mana saya tak lupa untuk menziarahi pusara ibu walaupun sebentar. Kadang-kadang saya ziarah pusara ibu bersama ayah dan adik-adik. Kalau saya seorang pun saya tetap akan ziarah juga. Jika dah menziarah pusara ibu tak lengkap jika tak menziarahi pusara-pusara ahli keluarga yang lain.

Nak jadi cerita, baru-baru ni saya melalui kampung saya dan sudah menjadi kebiasaan,  saya akan mengambil kesempatan untuk menziarahi pusara ibu tersayang. Ayah meminta saya siramkan air dari bacaan yasin dan ayat-ayat al-Quran lain ke tanah pusara ibu yang telah dibacanya berminggu-minggu yang lepas. Seperti kebiasaanya, setelah membaca surah Yasin, menabur bunga dan menyiram air dipusara ibu saya pergilah kepusara nenek. Malangnya, nama yang tertera adalah Aminah binti Abdullah. Saya berasa pelik sebab saya pasti sangat itu adalah pusara nenek saya. Untuk memastikan bahawa saya tidak bermimpi saya pergi ke pusara moyang saya dan sekali lagi saya terkejut sebab nisan disitu juga tertera nama Aminah binti Abdullah. Saya pergi ke pusara nenek saya semula. Kali ini saya benar-benar pasti bahawa saya tidak bermimpi tadi sebab memang nisan itu tertulis nama Aminah.

Kemudian saya mengucap 2 Kalimah Syahadah, membaca fatihah dan ayat kursi dan saya pergi semula kedua-dua pusara tersebut. Malangnya nama yang tertera di batu-batu nisan itu tetap Aminah. Saya mulai pelik dengan apa yang berlaku dan saya mula memeriksa setiap batu nisan disitu dan setiap batu nisan perempuan tertulis nama yang sama iaitu Aminah kecuali batu nisan ibu saya. Setelah setengah jam mencari dan tak jumpa pusara nenek dan moyang saya, saya pun beredar dari situ. Tiga empat hari kemudian saya balik kerumah dan saya ceritakan apa yang berlaku kepada ayah saya. Ayah saya kata dia terlupa untuk memesan saya membawa air lain untuk disiram ke pusara-pusara lain sebab air yang dia kirim tu memang diniatkan untuk disiramkan ke pusara ibu saya tapi dia tak sangkalah sampai saya takjumpa kubur lain disebabkan niatnya itu.

Begitulah ceritanya nek. Kalau nenek nak siarkan, saya benarkan. Assalamualaikum sekali lagi nek.

Khasiat Daun Kemunting

Nama Botani : Rhodamyrtus tomentosa
Famili : Myrtaceace
Pengenalan 
Pokok kemunting merupakan tumbuhan yang hidup meliar di kawasan belukar dan tanah lapang terbiar. Pokok kemunting mencapai ketinggian hanya 2m di kawasan terlindung dengan pokok-pokok besar dan sekitar 1m di kawasan terbuka. Pokok kemunting berbunga dan mengeluarkan buah sepanjang tahun. Bunga kemunting mekar cantik dan berwarna merah jambu(rujuk foto). Buah kemunting yang masak boleh dimakan. 

Kegunaan
Pucuk dan daun kemunting yang direbus dan diminum air rebusannya dipercayai dapat melegakan sakit perut. Pucuk pokok kemunting juga boleh digunakan untuk rawatan selepas bersalin. Pucuk kemunting direbus bersama-sama daun inai, daun ati-ati dan daun jambu batu dan airnya diminum untuk mengecutkan rahim. Akar dan daun pokok kemunting yang direbus dan diminum boleh digunakan untuk merawat keputihan pada wanita.

Wednesday 12 October 2011

Khasiat Daun Cekur

Nama Botani : Kaempferia galanga
Famili : Zingiberaceae


Pengenalan
Cekur merupakan tumbuhan dalam famili halia iaitu zingiberaceae. Pokok cekur terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur dan bunganya berwarna putih keunguan. Cekur membiak melalui isinya @ rizom. Tempoh matang rizom cekur adalah diantara 8 hingga 10 bulan selepas ditanam.

Kegunaan
Rizom cekur mempunyai aroma yang lembut. Rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Daun cekur digunakan sebagai ulam dan ramuan dalam penyediaan nasi ulam. Rizomnya boleh digunakan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti kembung perut, batuk, perut memulas, bengkak, muntah, sakit urat saraf dan lain-lain. Untuk tujuan tersebut biasanya bahagian rizom dimakan secara segar. Rizom cekur juga digunakan dalam ramuan ubatan herba dan jamu yang terdapat dipasaran. Masyarakat jawa di Malaysia pula biasa menggunakan rizom cekur untuk kuih rempeyek.

Orang Melayu zaman dahulu menggunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati demam malaria. Rizom cekur, cekur jerangau dan akar bunga susun kelapa juga dijadikan ubat penyakit resdung. Di Indonesia, cekur digunakan oleh wanita selepas bersalin untuk memanaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot. Di Filipina rizom cekur digunakan untuk menyembuhkan penyakit selesema dengan cara menghidu rizomnya. Air rizom cekur juga digunakan untuk menyembuhkan luka dalam perut dan sebagai ramuan dalam tonik.

Petua Menegangkan Payudara


Petua 1 : Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah buah dada menjadi kendur tidak bermaya seperti dahulu.Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu , ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali.
Menurut orang tua yang memberikan petua ini , petua ini dipanggil ‘Petua Sayang Suami’. Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan.

Petua 2 : Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut tika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan 2 kali seminggu.


Petua 3: Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.


Petua 4 :Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.



Doa dan Amalan Untuk Mendapatkan Cahayamata

Bagi pasangan yang yang mengharapkan kehadiran cahayamata didalam kehidupan mereka suami isteri. Samada bagi pasangan yang sudah lama berkahwin ataupun masih baru bolehlah mengamalkan doa/wirid asmaul husna ini. Jadikan doa/wirid ini sebagai wirid harian anda. Insya-Allah...

 
1. Silalah baca sebagai Ya Khaliq








2. Silalah baca sebagai Ya Bari








3. Silalah baca sebagai Ya Musawir

**** Bacalah Ya Khaliq Ya Bari Ya Musawir. Janganlah baca sekali sehari jea cu.

Tuesday 11 October 2011

Doa dan Amalan Akibat Sengatan Lipan atau Serangga Lain

Akibat sengatan binatang seperti lipan akan membuatkan kita merasa sakit (bisa) ditempat yang digigit. Untuk mengurangkan rasa sakit tersebut silalah cuba doa dan amalan berikut:-

1-Bacakan surah al-Kafirun ( 1 kali )


2-Bacakan surah al-Falaq ( 1 kali )


3-Bacakan surah al-Nas ( 1 kali )


**** Tiupkan pada air yang berisi sedikit garam dan jirus di tempat yang kena gigitan itu. Semoga sakit cucu berkurangan. Insya-Allah

Sunday 9 October 2011

Suami Mualaf Tidak Mahu Mendalami Islam

Nek, saya nak ceritakan sesuatu pada nenek dan saya harap nenek boleh beri pandangan nenek. Saya sudah berkawin 3 tahun dan tidak mempunyai anak. Suami saya seorang mualaf. Dia masuk islam sebab nak kawin dengan saya (dia akuinya baru-baru ini). Agamanya sebelum ini adalah kristian. Beberapa tahun lepas sepatutnya saya yang mengajarnya tentang islam tetapi sebaliknya saya hanyut mengikut budaya hidupnya yang selalu minum dan lain-lain lagi.

Awal tahun ini saya rasa hidup saya kosong dan saya kembali ke laluan saya yang sepatutnya (kembali hidup secara islam, berpuasa, sembahyang. menutup aurat dan lain-lain lagi). Saya minta suami saya pelajari islam melalui perkim. Dia menolak cadangan saya dan dia mahukan saya yang mengajarnya. Permintaannya tidak menjadi masalah buat saya kerana saya memang tahu selok belok agama walaupun tidak terlalu 'expert' ( saya habis sekolah agama cuma tidak melanjutkan pelajaran ke maahad sahaja).

Saya beli buku lengkap berkenaan fardu ain, munakahat, jinayat dlll dan mulai mengajar sedikit demi sedikit. Dia tidak ada masalah untuk menangkap apa yang diajar oleh saya bahkan dia cepat faham. Malangnya apabila saya minta dia menghafal ayat-ayat tertentu ( niat mandi wajib, niat sembahyang, dll). Dia anggukkan kepalanya tapi dia tak menghafalnya. Bila saya tanya dia buat bodoh aje dan cakap dia belum hafal. Saya tahu dia sengaja buat macam tu. Entahlah mungkin untuk buat saya marah atau saja untuk berlengah-lengah. Kalau saya tanya dan cakap banyak kali, saya akan rasa sakit hati dan nak marah dan ini akan membuatkan saya berdosa padanya pula. Kalau saya tak tanya, saya pula berdosa sebab tak ajarnya apa yang patut dia pelajari. Keluarga saya minta saya buat keputusan, samada ingin terus bersamanya dan terus-terusan menanggung dosa sebab dia tidak melaksanakan tuntutan agama ataupun bercerai sahaja. Entahlah nek, saya tak tahu apa nak buat. Tolonglah nek, cakaplah dengan saya apa yang perlu saya buat...

Saturday 8 October 2011

Doa dan Amalan Supaya Dimudahkan bersalin

Jika anda adalah bakal bapa atau bakal atuk, bolehlah membaca doa dan amalan dibawah dan dihembuskan kedalam sebotol air. Kemudian bolehlah diberikan kepada isteri atau menantu yang mengandung supaya boleh diminum olehnya ketika beliau mula sakit nak bersalin kelak. Selain dari itu, bakal ibu hanya dibenarkan membaca doa ini sendiri jika beliau sudah mulai sakit sikit-sikit untuk bersalin. Doanya adalah seperti berikut:-

1- Bacakan ayat al-Kursi ( Surah al-Baqarah, ayat 255)

2- Bacakan surah al-A'raaf, ayat 54

***Bakal ibu dinasihatkan perbanyakkan membaca tasbih dan zikir dibawah ketika sakit hinggalah bersalin.. Didoakan kepada para ibu semoga selamat bersalin dan mendapat cahayamata yang sihat dan soleh/solehah.

3- Subhanallah

4-Astaqfirullah

Doa Untuk Menghentikan Darah Yang Mengalir Disebabkan Luka

Ini adalah iktiar untuk menghentikan darah yang mengalir disebabkan luka, bacakan ayat ini sambil menekan di tempat yang luka. Insya-Allah...

( Surah Yasin, ayat 38)

Puisi - Apabila Jiwa Kosong

Apabila jiwa kosong
maka kehidupan 

umpama lorong duka lara,
simpang siurnya 

adalah kekeliruan  dan kekecewaan
sedangkan deru anginnya 

adalah nyanyian kedukaan.

 


 
Tidak ada lagi keindahan pada mahligai tersergam
juga kebahagiaan pada segala kemewahan dan solekan dunia.

Jiwa adalah sarang kebahagiaan,
taman ketenangan dengan seribu janji senyuman.

 


Kemanakah perginya kelazatan
pada sajian hebat yang terhidang dimeja kehidupan.
Dari manakah datangnya kepanasan
di ruangan berhawa dingin yang membekukan hati.

Manusia tetap manusia,
memerlukan hidayah untuk diisikan pada jiwanya
agar dirinya mengenal erti takut dan tunduk.
Kerana takut itulah yang akan mengajarnya erti keberanian
dan tunduk itulah yang akan mengajarnya erti ketinggian.

Keberanian untuk menempuh pahit dan getirnya kehidupan
serta ketinggian untuk memetik buah kebahagian
dalam rimbunan pepohon keimanan

Friday 7 October 2011

Doa dan Amalan Untuk Mengubati Demam Campak

Islam tidak melarang manusia berikhtiar dengan berjumpa doktor atau mengubati penyakit dengan pelbagai cara asalkan kaedah perubatan itu tidak membawa unsur mensyirikkan Allah. Segala ikhtiar lahiriah harus disusuli pula dengan doa dan dengan harapan pada Allah agar menyembuhkan demam campak yang dialami, hakikat-Nya Dialah Yang Maha Penyembuh. Untuk menurunkan panas badan dan mengeluarkan segala campak dibadan, sila cuba amalan berikut :-

1. Baca surah al-Fatihah (sekali)

2- Baca selawat syifa (sekali)


3- Baca surah al-Hasyr (ayat 21-24)


******Tiupkan diatas air sejuk atau air kelapa muda lalu diberi minum kepada pesakit diatas 
******Jika campak tidak juga keluar sehingga habis dengan kaedah ini, ulangkan ikhtiar ini tetapi dengan susunan bacaannya (1), (3) dan (2). Selamat mencuba dan semoga cepat sembuh cu.

Thursday 6 October 2011

Doa dan Amalan Untuk Menurunkan Demam Panas

Sebelum cuba mengambil ubat paracetamol ( Acetaminophen) 500mg (ubat ini utk org dewasa). Bolehlah cuba dibaca ayat-ayat dan doa dibawah untuk mengurangkan/menurunkan panas badan akibat demam (samada kanak-kanak atau dewasa). Sila cuba amalan berikut:-


1- Baca surah al-fatihah (sekali)


2- Baca selawat syifa (sekali)


3- Baca doa ini ( Jangan lupa baca Bismillah)




Ertinya : "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dengan Nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan peluh yang mendidihkan darah dan kejahatan kepanasan neraka


***** Caranya:- Dihembuskan kedalam segelas air dan diberi minum kepada pesakit. Pesakit juga boleh dilapkan dengan sebahagian air ini..

HIKMAH SAKIT DEMAM SUNNAH RASULULLAH SAW 
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: ”Sesungguhnya penyakit demam (panas) adalah berasal dari panas neraka jahanam. Kerana itu dinginkanlah dengan air.”(HR. Imam al-Bukhari rahimahullah) 

Dan sabda beliau shallallahu 'alaihi wasallam ketika disebutkan kata demam di hadapan beliau dan ada seseorang laki-laki yang mencelanya: ” Jangalah engkau mencelanya (demam), kerana sesungguhnya ia membersikan dosa sebagaimana api membersihkan kotoran dari besi."(HR. Muslim)