Nama Botani : Aloe vera Linn.
Famili : Liliaceae
Pengenalan
Kegunaan
Famili : Liliaceae
Pengenalan
Pokok aloe vera atau nama tempatannya, lidah buaya berasal dari Afrika utara. Ia hidup subur di kawasan tanah berpasir, bercuaca panas dan kering. Aloe vera juga mampu hidup dalam semua keadaan cuaca di seluruh dunia dan terdapat 500 jenis aloe vera. Aloe vera ditanam sebagai pokok hiasan dan kegunaannya dalam perubatan herba. Aloe vera hanya membiak melalui kaedah pembahagian rumpun(anak).
Kegunaan
Aloe vera mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein. Daun aloe vera atau lidah buaya akan mengeluarkan jeli jika diramas dan ia boleh digunakan untuk mengurangkan kedutan pada kulit muka dan tangan. Ia juga dapat dijadikan sebagai bahan pelembab dan pelembut untuk kulit dan rambut serta dapat digunakan untuk menyubur, menghitam dan mengurang keguguran rambut. Untuk mengatasi masalah keguguran rambut, jeli daripada aloe vera disapu pada kulit kepala dan penggunaan secara secara rutin dan berjadual akan menghasilkan kesan yang sangat baik.
Jeli aloe vera juga dapat digunakan untuk merawat luka-luka kecil, terbakar, bengkak, sembelit dan gatal-gatal pada kulit. Jeli aloe vera yang dimakan segar dikatakan boleh mengubati penyakit leukimia dan barah paru-paru. Ia juga boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada saluran pernafasan pada kanak-kanak. Jelinya dapat mengurangkan panas dan bahang dengan menyapu pada kulit. Daun aloe vera juga digunakan sebagai anti-biotik, anti-bakteria dan anti-kulat serta mengubati kecederaan tisu disebabkan oleh radiasi. Untuk merawat penyakit darah tinggi atau kolesterol, jeli daripada aloe vera dijadikan jus dan diminum(rasanya sangat pahit).
Alhamdulliah banyak ilmu dapat diteroka dalam halaman ini.
ReplyDeleteSejak melayari halaman ini,masa yang terluang rasa tidak sia-sia.Mudah-mudahan penulis halaman ini terus aktif bagi perkongsian ilmu kesihatan. AMZ
ReplyDeleteSaya berdoa mudah-mudahan penulis halaman ini terus sihat,selamat dan murah rezeki atas perkongsian maklumat kesihatan.AMZ
ReplyDeleteWahai teman-teman mari kita tingkatkan kesihatan. Badan yang sihat adalah anugerah yang tidak ternilai. AMZ
ReplyDelete