Assalamualaikum. Nama saya Mohd Idham bin Abdullah. Saya berbangsa India dan sudah berkawin. Maaf ya nek, saya kurang pandai berbahasa melayu. Email inipun saya minta isteri saya yang tuliskan. Saya nak cerita dengan nenek bagaimana saya terbuka hati ingin menganut agama islam. Saya harap apa yang saya ceritakan disini menjadi iktibar kepada pembaca nenek nanti.
Ibu dan bapa saya berbangsa india dan beragama buddha. Saya ada 8 adik beradik dan saya anak yang ke4. Sejak dari kecil lagi kami adik beradik sudah dibiasakan untuk bersembahyang dikuil bukan hanya diwaktu perayaan sahaja. Bila meningkat dewasa, banyak kuil yang kami lawati samada didalam negara atau diluar negara. Samaada Pagoda Shwedagon di Yangon, merupakan kuil Buddha tersuci di Burma atau Kek Lok Si, Kuil Buddha di Penang ataupun Kuil tergantung di Datong, China dan lain-lain kuil lagi, semuanya saya pergi.
Pada suatu malam saya rasa resah, tak sedap hati dan macam-macam lagi. Saya tak tau kenapa. Saya bangun dan bersembahyang untuk melegakan perasaan yang kurang senang yang bersarang didalam hati saya itu tapi malangnya perasaan tersebut tak juga hilang. Kesudahannya saya mengambil keputusan untuk ke kuil sahaja. Sudah menjadi kebiasaan bagi kami sekeluarga, kami akan pergi kekuil bila-bila masa sahaja untuk bersembahyang.Kuil yang berdekatan dengan rumah saya adalah Kuil Sri Sundararaja Perumal Devasthanam, Klang. Oleh kerana jaraknya yang tak begitu jauh saya mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja sambil menghirup udara malam. Lagipun jalan yang saya ambil adalah jalan yang biasa saya gunakan untuk ke kuil tersebut.
Didalam perjalanan kekuil tersebut saya, perjalanan saya terhalang oleh pohon kelapa yang tumbang. Belum sampai ke pokok kelapa tersebut saya disapa oleh rakan saya. Saya berbual-bual dengan Ramu dan mengatakan kami terpaksa melangkah pokok kelapa yang tumbang. Apabila saya nak memusingkan badan saya pohon kelapa yang tumbang tadi tiada disitu. Bukan tiada tetapi sudah berdiri tegak bukan seperti sebelumnya. Ramu tanyakan pada saya mana pokok kelapa yang tumbang tu, saya katakan padanya pokok kelapa disebelah perigi itulah yang tumbang tadi. Ramu ketawakan saya, dia kata saya bermimpi sebab pokok kelapa itu terpacak seperti biasa aje. Saya tak punya jawapan tapi difikiran saya terukir satu soalan. Kenapa Begitu?
Saya tanyakan sami dikuil, paderi digereja...kedua-duanya memberikan jawapan bahawa itu adalah kuasa Tuhan. Saya akui itu memang kuasa Tuhan tapi kenapa begitu? Mereka tak punya jawapan untuk soalan saya. Kemudian saya pergi ke masjid, Disitu saya disapa oleh seorang lelaki dan saya ceritakan apa yang terjadi. Yang peliknya lelaki tersebut tersenyum tapi tidak mahu menjawab soalan saya sebaliknya mengatakan dia tak layak untuk menjawab soalan saya itu walaupun dia rasa dia tahu apa yang terjadi sebenarnya. Saya dibawa kedalam masjid dan dikenalkan kepada imam dan saya ceritakan kepada imam tersebut apa yang terjadi. Imam tersebut mengatakan ketika saya terjumpa pohon kelapa itu tumbang, ia bukannya tumbang tapi sujud kebumi sebab malam tersebut adalah malam lailatul qadar. Mula-mula saya tak faham apa yang diperkatakan, kemudian imam tersebut menjelaskan segalanya pada saya. Barulah saya faham dan 2 bulan selepas itu saya menganut islam setelah saya membaca berbagai buku untuk memahami islam sebenar-benarnya. Bahkan imam yang saya jumpa pertama kali itu sekarang telah menjadi guru saya.
Terima Kasih Allah kerana Nur Mu
Wasalam Nek
No comments:
Post a Comment