Tuesday 4 October 2011

Kisah Nabi Hud (1)

Nabi Hud dipercayai berasal daripada kabilah kaum 'Ad'. Mereka adlah bangsa arab yang tinggal di bukit-bukit pasir yang terletak di Yaman anatara Oman dan Hadramaut, daerah yang mengarah ke laut yang diberi nama Ay-Syahar dan lembahnya adalah Mughits. Allah mengurniakan tanah yang subur lengkap dengan sumber saliran yang baik kepada kaum Ad. Sumber saliran ini penting untuk kegiatan pertanian kerana ia menyuburkan tanah pertanian bagi kaum Ad.  HAsil kegiatan pertanian, kaum Ad hidup makmur dan sejahtera sehingga mereka dapat membina rumah serta bangunan-bangunan yang indah.

Dalam tempoh yang singkat, mereka berkembang menjadi kaum yang kuat dan sejahtera dibandingkan dengan kaum-kaum lain. Kisah kaum Ad membangunkan negerinya banyak diceritakan dalam al-Quran antaranya: Surah al-A'raaf ayat 69, surah asy-SyuƔrak ayat 128, 129. 133 dan 134, surah Fussilat ayat 15, surah al-Anfal ayat 7 dan surah al-Fajr ayat 8. Didalam surah al-A'raaf ayat 69 berbunyi:-\

"Apakah kamu (tidak percaya) dan hairan bahawa datang kepadamu peringatan dari Tuhanmu yang dibawa oleh seorang laki-laki diantaramu untuk memberi peringatan kepadamu? Dan ingatlah oleh kamu sekalian di waktu Allah menjadikan kamu sebagai penganti-penganti (yang berkuasa) sesudah lenyapnya kaum Nuh, dan Tuhan telah melebihkan kekuatan tubuh dan perawakan (daripada kaum Nuh itu). Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah supaya kamu mendapat keberuntungan."

Sudah menjadi lumrah manusia yang seringkali lalai dan sombong. Apabila diuji oleh Allah dengan kemakmuran dan kemewahan, mereka menjadi lupa dan hanya mengikut hawa nafsu yang sebenarnya tidak pernah puas. Perkara ini disebut oleh Allah dalam al-Quran, Surah Fussilat, ayat 15:-

"Adapun kamu Ad maka mereka menyombongkan diri dimuka bumi tanpa alasan yang benar dan berkata, 'Siapakah yang lebih besar kekuatannya dari kami?'Dan apakah mereka itu tidak memperhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka adalah lebih besar kekuatan-Nya berbanding mereka? Dan adalah mereka mengengkari tanda-tanda (kekuatan) kami."

Kaum Ad tidak bersyukur dengan kemakmuran yang melimpah ruah yang Allah kurniakan kepada mereka. Mereka tidak menyembah dan beribadah kepada-Nya, sebaliknya mereka menyembah berhala-berhala buatan mereka sendiri. Mereka lupa kejadian yang menimpa nenek moyang mereka yakni kaum Nabi Nuh yang juga telah dimusnahkan oleh Allah kerana menyekutukan Allah dengan menyembah berhala.

No comments:

Post a Comment