Tuesday, 31 May 2011

Panduan Menjaga Alat Sulit Wanita

Dalam kehidupan seseorang wanita, penjagaan alat sulit atau alat kelamin amat penting kerana ia berkait rapat dengan pengeluaran darah haid, hubungan seks dan kehamilan.
Bahagian ini sensitif pada perubahan persekitaran terutamanya keasidan dan kealkalian (pH) kemaluan wanita. Perubahan ini samada disebabkan jangkitan kuman, penggunaan sabun atau faktor fizikal, persekitaran ataupun kebersihan diri. Seseorang wanita mungkin tidak selesa, gatal, mengeluarkan keputihan yang tidak normal atau berbau, bengkak alat kelamin dan kesakitan.
 Menurut Dr. Siti Zaleha Ab. Rahim dari salah sebuah hospital swasta, wanita yang mempunyai tanda-tanda tersebut mudah dijangkiti kuman.
"Ia juga akan menjejaskan hubungan seks dan menimbulkan konflik antara suami dan isteri."
"Disamping itu, jangkitan kuman tertentu yang berulang boleh merosakkan sistem peranakan menyebabkan saluran fallopio tersumbat dan menjadikan seseorang itu sukar mendapat zuriat," katanya.

Ada beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan untuk menjaga alat kelamin atau reproduktif wanita.
Langkah-langkah penjagaan alat kelamin yang disyorkan:


1) Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.

 2) Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya.
3) Elak daripada sering mengamalkan douching iatitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria lactobacilli dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

4) Elakkan menyabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.

5) Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optima.
 6) Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing (urinary tract infection). 

7) Elakkan memakai pakaian dalam sentetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

8)Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, elok memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

Tambah Dr. Siti Zaleha lagi, jangkitan kuman sering berlaku sekiranya alat sulit tidak dijaga dengan sempurna. Ini termasuk kuman bakteria, virus, kulat dan protozoa yang dapat ditularkan melalui hubungan seks (sexually transmitted disease). Wanita dan pasangan perlu berjumpa doktor sakit puan untuk ujian pengesahan dan rawatan spesifik. "Paling kerap berlaku ialah jangkitan kuman atau fungus yang dipanggil candida. Ia dapat dirawat dengan memasukkan ubat antifungus ataupun ubat pil ke dalam faraj." Ujar beliau.

Kumpulan kuman lain yang sering menyerang wanita ialah bacterial vaginosis. Pesakit akan mengadu mengeluarkan lendir busuk (fishyodour discharge) dan kegatalan teruk. Ini dapat dirawat dengan antibiotik spesifik.
Katanya, wanita juga terdedah penyakit bengkak pada alat kelamin yang dipanggil bartholin cyst.
"Ia terjadi bermula dengan pembengkakan setempat pada bahagian bawah bibir kemaluan. Pada peringkat awal, pesakit mungkin tidak perasan kerana saiznya kecil. Cyst ini terbentuk akibat kelenjar Bartholin tersumbat dan bengkak yang sering terbentuk disebabkan jangkitan kuman bakteria.

"Ia dapat dikawal melalui pembedahan kecil pada cyst untuk mengeluarkan cecair yang terkumpul di dalam kelenjar tersebut. Sekiranya ia kerap berulang, dinasihatkan dibedah dan dikeluarkan," jelas Dr. Siti Zaleha lagi.
Bengkak nanah (abcess) dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam. Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk mengeluarkan nanah dan pengambilan antibiotik.
Selain itu, bisul juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur. Oleh itu, kebersihan pencukur perlu dititikberatkan.

Penyakit lain yangg turut dikaitkan dalam masalah ini ialah barah pada bahagian luar alat kelamin (vulva dan vagina). Namun ia jarang terjadi berbanding barah pangkal rahim, rahim atau ovari. Ia merangkumi hanya 5 peratus daripada semua jenis barah sistem produktif wanita.
"Penyakit ini sering berlaku pada wanita yang telah menopaus dengan purata umur 60 tahun. Pesakit akan mengalami kegatalan berterusan yang teruk diikuti ketumbuhan atau ulser yang kerap bermula pada bibir luar kemaluan. Rawatan ini merangkumi pembedahan besar dan radioterapi," katanya.
Ketika mengulas mengenai kaitan penjagaan alat sulit dengan masalah keputihan, Dr. Siti Zaleha berkata keputihan kerap berlaku pada wanita dan penting sekali mereka tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit.

"Keputihan yang normal boleh berlaku pada keadaan berikut iaitu beberapa hari sebeluim tiba haid, ketika keghairahan seks, kehamilan dan klimakterik atau selepas menopaus.
"Begitu juga sebelum tiba haid dan ketika hamil atau belaku perubahan paras hormon yang meningkat. Semua ini menyebabkan banyak keputihan atau cecair jernih yang melekit keluar dari faraj," ujar Dr. Siti Zaleha.

Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih, putih ke kuning atau kehijauan atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak, kadang-kadang ia keluar secara berketul-ketul kecil, gatal dan berbau. Tanda-tanda adalah seperti bengkak, pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke rahim atau sistem peranakan, wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.
"namun begitu, seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit serius," tambah beliau.

Dr. Siti Zaleha juga menjelaskan, kebanyakan wanita tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan tadi diikuti dengan bijak. Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.
"“Ada segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Mereka dinasihatkan memikir bahan pencuci yang tidak alergik, yang tidak mengubah pH faraj dan telah diuji kebersihannya.
"Sekiranya selepas menggunakan produk tersebut dan timbul rasa pedih, gatal atau kemerahan, wanita itu dinasihatkan tidak menggunakannya lagi dan berjumpa dengan doktor," katanya lagi.
sumber: Ibu November 2001 ms 34 - 35

13 comments:

  1. Nice sharing here... Bagus utk peringatan dan amalan
    agar jgn menggunakan sabun atau gel pd pembersihan
    wanita... Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 cu...ilmu tu untuk dikongsi cu... kesihatan kan perlu dijaga... samada luaran atau dalaman.. dan ini adalah salah satu organ penting dan juga salah satu punca kebahagian..

      Delete
    2. salam sya nk tnya... mcm mna pula dgn kes saya?? selepas bersama suami
      ... saya melihat air mani yg keluar dari faraj saya ada darah? salepas itu saya merasa tdk selesa
      dan terasa pedih??

      Delete
    3. salam cu..maaf sebab lewat balas komen cucu... nenek tak sihat la cu...maklumlah...dah berumur...berkenaan masalah cucu tu berkemungkinan besar faraj cucu terluka ketika melakukan hubungan kelamin.

      Delete
  2. Anda mengalami masalah faraj longgar? Faraj berair,becak, keputihan,haid tak teratur,senggugut ? CUBALAH PRODUK SERI DEWI MALAM :
    1. JAMU DEWI SUCI RM 65.
    Jom hubungi 0102870590.
    Berfungsi
    Merapatkan/mengetatkan faraj
    Mengembalikan dalaman faraj yg berpasir ( meningkatkan kegelian ketika bersama )
    Meningkatkan kemutan
    Menyerap & mengeluarkan kotoran/keputihan/darah beku
    Mengecutkan rahim
    2. Feminine wash RM 48
    Jom hubungi saya 0102870590(sms/call/whatapps)
    Trdpt dlm 2 jenis iaitu arabic spices dan rose
    BERFUNGSI
    Merawat keputihan
    Membunuh kuman dan fungus
    Mencegah bau vagina
    Menyamankan vagina
    Anti bakteria
    Menghilangkan kegatalan
    Sesuai utk wanita dtg haid dan hamil
    3. Susukan qalbu RM 40
    Jom hubungi saya 0102870590( call/sms/whatapps)
    Berfungsi
    Mencairkan dan mengeluarkan keputihan
    Merapatkan vagina seperti dara
    4. MASKER INTIM RM 30
    Jom hubungi saya 0102870590 (call/sms/whatapps)
    Berfungsi
    Merawat masalah kegatalan di bhgian intim
    Menegangkan dan merapatkan bibir faraj
    Mengebukan pipi vagina
    Memberi keselesaan di bhgian intim ketika berpeluh/berlendir
    Mengembalikan warna asal vagina ( kemerahan )
    5. MrZ Power Bro RM 69
    Memberi tenaga dan membantu masalah sukar tegang dan krg mantap
    Membantu meransang dan meningkatkan tahap kesihatan keseluruhan sistem badan
    Meningkatkan pengeluaran hormon lelaki
    Membantu meningkatkan tahap kesuburan
    6. JAMU DEWI DARA RM 48
    Jom hubungi saya 0102870590 (call/sms/whatapps)
    Berfungsi
    Memberikan tenaga
    Merawat masalah keputihan
    Memecahkan angin dalam badan
    Memanaskan urat yg sejuk&ngilu
    Melancarkan peredaran darah
    Membuang toksik dalam badan

    ReplyDelete
  3. Saya seorang suami dan mempunyai seorang isteri yang sangat baik. Beberapa tahun kebelakangan ni saya dapti miss v isteri saya sangat berbau dan mematikan nafsu saya. Dah berbagai produk digunakan untuk luaran dan dalaman. Tapi masalah ini masih ada lagi. Harap dapat pandangan tuan untuk mengatasi masalah ini/

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf yea cu.. nenek lambat balas... nenek tak sihat dan tak larat nak menjenguk blog ni...masalah alat sulit isteri cucu yang berbau adalah disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam alat sulit isteri cucu..nenek cadangkan dua cara.. cara pertama, cucu bawalah isteri cucu berjumpa dengan doktor sakit puan, buat pemeriksaan dan minta pendapatnya... cara kedua pula, ambil 3 helai daun sireh.... carik2kan daun sireh tersebut dan campur dengan air paip satu gayung...ramas2kan daun sireh tersebut dan gunakan air tersebut untuk mencuci alat sulit...sila amalkan sekurang2nya 3 hari dan untuk mendapatkan tindakbalas yang terbaik sila amalkan selama 7 hari... Insya Allah cu...

      Delete
  4. Wah.. perkongsian yg sangat menarik sekali. tips wangikan miss V

    ReplyDelete
  5. salam nenek kebaya, nak tanya kan..
    1)penggunaan daun sireh tu memang kene number ganjil ke?
    2) Selepas bila dengan air daun sireh tu, kene cuci dengan air paip biasa lagi ke ataupun biarkan camtu je?
    3) Daun sireh tu tak perlu rebus ke? Ataupun boleh ramas & campur air camtu je?

    Hopefully nenek jawab eh soklan saya. Pernah try guna daun sireh tu tapi lepas tu bilas dengan air paip lagi. Tak tahu penggunaan sebenar macamana. Saya letak bukan 3 daun sireh, tapi banyak! hehe.. =)

    Thanks for sharing. Wassalam.

    ReplyDelete
  6. salam nenek kebaya, nak tanya la..camana lak klu faraj berair dan berbau tetapi tidak gatal..camana nk setel ye..trima kasih

    ReplyDelete
  7. Salam nenek kebaya..nk tnya..cmne pula klu bibir faraj menggeleber dan berkedut?cmne nk normalkan balik?

    ReplyDelete
  8. Salam.admin...alat sulit sy ada benjol dkt blah knan..sakit tp blh than lg..dh p jmpa dktr tp dktr ckp xdk apa2 cma xbersih katanya..tp sy rsa sy dh bsh bersih...apa pnca trjdinya benjol tu n mcm mna nk hilngkn nya...sila pm sy 01129183896

    ReplyDelete
  9. Salam.admin...alat sulit sy ada benjol dkt blah knan..sakit tp blh than lg..dh p jmpa dktr tp dktr ckp xdk apa2 cma xbersih katanya..tp sy rsa sy dh bsh bersih...apa pnca trjdinya benjol tu n mcm mna nk hilngkn nya...sila pm sy 01129183896

    ReplyDelete