Tuesday, 31 May 2011

Petua Awet Muda

Siapalah yang tidak akan memandang jika wajah yang dilihatnya itu cantik dan awet muda? Pasti ramai yang tertarik dengan wajah menawan tersebut. Hingga kadang-kadang tidak cukup dengan sekali pandang, ingin di toleh lagi. Tetapi, kesalahan dalam pola hidup, makan ataupun penyebab lain dapat membuat kita stress dan membuat wajah kita tidak cerah. Maka, agar Anda dapat terus terlihat awet muda dan segar, berikut tips-tips yang dapat Anda terapkan.

Petua 1-Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. InsyaAllah.. 

Petua 2-Amalkan memakan Ulam-ulaman serta sayur-sayuran jenis daun. cthnya:,
Ulam Raja (Cosmos Caudatus)Ulam raja atau Cosmos Caudatus agak sinonim dengan masyarakat Melayu sejak dulu lagi. Biasanya ia dijadikan baik sebagai pembuka mahupun penambah selera. Namun, fungsinya tak terbatas setakat itu saja.

Khasiat lain ulam raja adalah menambahkan kandungan oksigen dalam darah. Penambahan oksigen ni akan melancarkan peredaran darah secara tak langsung.

Seterusnya, apabila kandungan oksigen telah mencapai keseimbangan, badan anda tentu akan terasa segar-bugar. :) dan apa kaitannya pula dengan awet muda?

Begini, bila badan dah segar; kulit anda tentunya akan sihat dan tegang. Jadi, ketegangan kulit inilah yang menampakkan anda awet muda. Tak gitu? :)

Untuk itu, jika anda ingin kekal awet muda, ikutilah petua berikut;

1. Amalkan memakan ulam raja setiap hari.
2. Anda boleh memakannya secara mentah, dicelur dan kemudian cecah dengan sambal belacan, campurkan dalam masakan tertentu ataupun dibuat kerabu.
3. Namun begitu, pastikan anda memakannya kurang daripada secekak setiap hari. Ambillah ia secara sederhana saja ya.

Petua 3-Sentiasa senyum adalah salah satu petuanya. 
 



Petua 4-Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini. 

Petua 5-Amalkan solat malam seperti Tahjud dsb…InsyaAllah wajah berseri dan nampak muda.
Tapi solat tu kenalah ikhlas… 

Petua 6-Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.
Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
Amalkan solat tahajud
Sentiasa tenang dan bersikap positif
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
Maafkan semua orang sebelum tidur.

Petua 7-Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab

Petua 8-
8.1 Berfikiran positif
8.2 Pilih Produk Kosmetik yg sesuai
8.3 Elakkan terlalu terdedah kpd sinar UV (menyebabkan flek dan kerutan pd wajah)
8.4 Banyakkan makan buah dan sayur
8.5 Pastikan tidur yg cukup setiap hari
8.6 Bersenam walaupun 5 min setiap hari

2 comments:

  1. terima kasih...moga ilmu ini akan meluas tersebar...moga Allah membalas jasa dan usaha anda ini...

    ReplyDelete
  2. salam...
    terima kasih kembali cu..
    wasalam

    ReplyDelete