Tuesday, 31 May 2011

Tips Untuk Para Isteri

RAHSIA PENGERAT SUAMI ISTERI

 satu tip untuk semua isteri,
 amalkan membaca ayat 200 dari surah ALI ‘IMRAN semasa memasak dan membancuh air,
 agar sentiasa disayangi dan diingati oleh sesiapa saja yang makan dan minum hasil air tangan kita.


Pertama sekali ialah mengenai hal membasuh pakaian.
Memang sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh,
ok tidak mengapa suruh maid basuh baju kita, tetapi yang ‘kecik-kecik’ terutama kita punya dan suami tu, sebaik-baiknya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin apabila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat,
masa melipat pun, kita pilih yang patut kita lipat dan uruskan sendiri. (ada rahsia tu).


Perkara kedua ialah tentang bilik tidur.
Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd pembantu rumah. NO ENTRY !!!!.
Apa pun yang ada didalamnya adalah hanya dalam pengetahuan kita dan suami.
Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yang bergelar ISTERI ini yang mengemasnya.
Usah sesekali dibiarkan pembantu yang menguruskannya. (ada rahsia juga tu).

“bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang-wenang,
rahsia suami isteri ada didalamnya terutama di katil (ranjang).
Jadi usahakan sedapat mungkin tangan isteri sendiri yang mengemasnya!


Begitu juga dlm hal makan minum,
kan sudah dipesan org tua bahawa mahu jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu.
Dan antara dua lututnya… (syahwatnya).
Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita.

AIR TANGAN! atau SENTUHAN TANGAN! Itulah rahsianya,
sentuhan tangan atau air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu ada aura ajaib.
Ada ‘ruh’. Ada keberkatan. Ada kasih sayang.
Tidak ada cara yang saintifik yang mampu menjelaskan kehebatan serta ‘powernya’ air tangan seorang ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tetapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah.

Kalau kita masih keliru dan kurang yakin,
cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu,
kemana pun kita pergi dan bertemu dengan masakan yang serupa,
namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yang terhidang hasil ‘air tangan ibu’.
Walaupun sekadar mee maggie!!!.

No comments:

Post a Comment