Tuesday, 31 May 2011

Khasiat Daun Kaduk

KHASIAT DAUN KADUK
Daun kaduk atau nama saintifiknya piper sarmentosum mempunyai rupa seperti daun sirih tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan. Daun kaduk sesuai dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi. Daun kaduk mempunyai khasiatnya tersendiri terutamanya dalam bidang perubatan melayu.
Daun kaduk sesuai digunakan untuk mengubati sembelit, sakit gigi, demam malaria, cacing, lemah badan dan lenguh tulang, batuk dan juga panau. cara rawatannya ialah dengan merebus terlebih dahulu daun kaduk tersebut dan air rebusan tadi diberi minum kepada mereka yang mengalami masalah dan penyakit yang disebutkan di atas…

Daun Kaduk Mengurangkan Keputihan
Pucuk kaduk selain dibuat ulam yang menyelerakan samada di makan mentah atau di celur, daun yg tua saya akan rebus, sejukan dan di buat air basuhan selepas membuang air kecil atau selepas habis haid.
Khasiatnya ialah dapat menjadikan awet muda, mengurangkn keputihan, menghilangkan gatal dan kerengsaan pada bahagian sulit.

Khasiat-Khasiat lain Anda juga boleh mencuba mengambil sekeping pinang dan dikunyah bersama akar pokok kaduk ini. Telan cecair yang keluar bersama untuk merawat batuk dan menghilangkan asma.Untuk rawatan sakit gigi dan gusi pula,anda boleh cuba kunyah daun kaduk bersama halia, ia juga berupaya mengurangkan sakit tersebut.

Bagi sesetengah orang yang dijangkiti kulat pada bahagian kaki,anda boleh mengambil air rebusan akar dan daun kaduk dan rendamkan kaki anda.

Jika anda mengalami masalah penghadaman, ambil air rebusan daun kaduk dan minum. la juga boleh merawat masalah usus dan mengeluarkan angin dalam perut. Anda juga boleh makan daun kaduk ini bersama nasi dan ia berupaya membantu proses penghadaman di samping dapat mengatasi masalah angin dalam perut. Ambil beberapa helai daun kaduk dan panaskannya. Kemudian tampal pada bahagian dada untuk menghilangkan sakit dada.

Jika anda menggunakan seluruh bahagian daun kaduk dan ia dijadikan ubat minum, ia berupaya merawat batuk dan kahak, melancarkan proses penghadaman dan menghilangkan senak perut.

Daun kaduk Cina, Daun kaduk kategori, Daun kaduk alias, sumber Daun kaduk, Daun kaduk tanaman, tanaman Daun kaduk morfologi, Daun kaduk Cina mengumpulkan dan memproses, Daun kaduk cina ciri-ciri, komposisi kimia Daun kaduk cina, Daun kaduk selera seksual, fungsi Daun kaduk cina, Indikasi Daun kaduk, Daun kaduk rincian, Daun kaduk informasi, Daun kaduk foto, cina Daun kaduk gambar, video Daun kaduk Cina, Daun kaduk studio, lycium barbarum, Cina Daun kaduk, Daun kaduk buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman

- Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau itu.(Ambil daunnya dan gosok pada bahagian yang mengalami kesakitan seperti pada kulit.)

2 comments:

  1. Assalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pelbagai pokok herba & ulaman beserta herba kering. Antara yang ada :-


    Rerama hijau

    Stevia
    
Halia bara
    
Lempoyang

    Turi
    
Ulam raja

    Sambung nyawa

    Tenggek burung

    Tebengau

    Belalai gajah

    Kemunting
    Pokok2 buah

    DAN BANYAK LAGI


    lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor (search Google: D'Kaduk Herbs & Floral ) 

Harga berpatutan..perkhidmatan penghantaran dan pos juga disediakan..
hubungi utk sbrg pertanyaan & maklumat lanjut:
    0122440099 -Azizi @
 0123106846 -Faizal

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang baik dan amat berguna

    ReplyDelete