Tuesday, 31 May 2011

Petua Untuk Melupakan Seseorang

1.Jika anda baru saja putus cinta dengannya, sememangnya anda akan bersedih. Itu perkara biasa atau normal.  Yang jadi tidak normalnya bila anda buat-buat tak sedih kononnya ingin tunjuk anda kuat  dan anda boleh lupakan seseorang itu dengan mudah.  Jikalau anda sedih untuk lupakan seseorang yang dicintai itu, keluarkan ia dengan sepenuh hati. Menangislah sepuas hati anda.Lama-lama kelamaan anda akan berasa lega sedikit  selepas beberapa hari. Apabila anda sudah biasa bersedih,  lama kelamaan anda akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan dia.

2.Terimalah realiti yang anda perlu lupakan dia dengan hati yang terbuka dan nekad. Berhentilah dari segala macam perkara seperti berharap, berangan, bermimpi atau yang seumpamanya. Realitinya, dia tidak memerlukan anda. Knp anda nak meyeksa diri menyintai org yg x memerlukan anda dlm hidupnya?

3.Elakkan atau jangan terus  berhubung dengan si dia itu. Kalau anda masih terhegeh-hegeh menghubungi dia lagi, sampai bila-bila pun anda tidak akan dapat melupakannya ( sesetengahnya blh dikatakan sebagai obsess)

4.Buang semua barang kenangan atau bukti fizikal si dia seperti no hp, alamat, gambar( kalau dia dlm list ym/skypee/fb-tlg delete)

5.Tanam dlm hati anda bahawa satu hari nanti tuhan akan temukan anda dengan org yg mencintai dan menghargai anda..Insya-Allah

No comments:

Post a Comment