Monday, 16 January 2012

Khasiat Kacang Tanah

Kacang tanah adalah makanan yang cukup digemari di Malaysia. Samada dijadikan kacang rebus, kacang goreng ataupun dimasukkan didalam hidangan seperti nasi lemak ataupun rojak. Keenakan rasanya membuatkan hampir semua golongan suka menikmatinya terutamanya ketika menonton wayang, tv ataupun perlawan bola sepak.


Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks serta fosforus. malahan kandungan protin yang terdapat didalam kacang tanah jauh lebih tinggi dari daging, telur ataupun kacang soya. Kacang juga mengandungi asid amino yan tinggi sementara minyak dari kacang tanah adalah salah satu sumber yang terbaik pencuci perut. Bagi ibu yang menyusukan anak digalakkan mengambil hidangan kacang tanah yang dipanggang (goreng tanpa minyak) beserta dengan susu kambing untuk menambahkan kandungan susu badan.


Kandungan yang terdapat didalam kacang tanah mampu membina ketahan tubuh badan bagi menentang penyakit terutamanya batuk kering. Memakan segenggam kacang tanah setiap hari amat digalakkan bagi pesakit kencing manis untuk menambahkan zat di badan.


Apakah khasiat kacang tanah? Ramai orang tidak mengetahui bahawa kacang tanah mampu meningkatkan ghairah terutamanya pada sang jejaka. Seseorang yang mengamalkan memakan kacang tanah hampir setiap hari akan mengurangkan risiko mati pucuk. Kenapa perlu berbelanja lebih untuk membeli viagra sedangkan anda boleh dapatkan khasiat yang sama dari kacang tanah?


Kacang tanah juga mengandungi lemak yang baik untuk melebarkan pembuluh darah jadi bila anda memakan kacang tanah, ia akan mengurangkan risiko pembuluh darah menjadi sempit ataupun tersumbat. Secara automatiknya mengurangkan risiko sakit jantung. Cadangan hidangan adalah sebanyak satu auns lima kali seminggu. Selamat mencuba..



No comments:

Post a Comment