- Sagat sebiji timun dan campurkan dengan satu sudu besar yogurt serta satu sudu besar buah kranberi yang siap dilecek.
- Campurkan semua bahan-bahan tadi agar menjadi satu adunan.
- Sapukan bahan-bahan tadi menjadi masker pada wajah, leher dan dada yang kemerahan.
- Biarkan 5 hingga 10 minit dan bilas hingga bersih.
Saturday, 31 December 2011
Hilangkan Kemerahan (sunburn) dengan Masker Timun.
Friday, 30 December 2011
Khasiat Kentang
Selain mengandungi karbohidrat, kentang juga kaya dengan Vitamin C dan selain ia boleh mengurangkan atau mencegah Hipertension. Hanya dengan memakan 200 gram kentang, keperluan vitamin C sehari telah anda penuhi. Kentang memiliki kadar air yang cukup tinggi, iaitu sekitar 80%. Itulah yang menyebabkan kentang segar cepat rosak, sehingga ianya perlu disimpan dengan baik. Kentang boleh dihidangkan dengan berbagai cara, digoreng, direbus, dipanggang, disajikan bersama daging serta sayuran, atau sebagai campuran kuih-muih. Mempelbagaikan kentang menjadi kerepek, tepung dan lain-lain lagi adalah untuk memanjang daya guna kentang tersebut.
Di beberapa negara, tanaman yang mempunyai 200 spesies ini meniadi makanan pokok. Dengan bentuk yang sederhana, kentang memiliki manfaat yang banyak, hal ini dimungkinkan berkat kandungan yang ada di dalamnya. Misalnya kalsium yang tinggi yang terdapat didalam kentang bermanfaat untuk memelihara kesihatan tulang dan gigi.Kandungan air per 100 gram kentang ialah 82 gram, dengan nilai protein sebanyak 2 gram, kälori sebanyak 70kkal dan karbohidrat sebanyak 19 gram. Selain kandungan-kandungan tersebut, kentang juga memiliki kandungan lain seperti zat besi dan riboflavin yang penting bagi tubuh.
Demikian pula dengan vitamin yang ada pada kentang. Sebut saja vitamin C yang mengandung antioksidan yang baik untuk mengusir radikal bebas dalam tubuh. Untuk memperolehi vitamin C dengan maksima pilihlah kentang yang baik keadaannya, antaranya memilih yang tidak bertunas, kulitnya tidak berkedut, tidak ada bercak kehijauan, dan tidak ada lubang pada permukaannya.
Namun, disamping beberapa manfaat tadi, kentang juga mengandung solanium, yang masuk ke dalam tubuh akan menyebabkan mual, sakit perut, muntah serta sakit kepala. Jadi adalah disarankan supaya membasuh kentang sebelum dimasak supaya kamdungan solanium yang terdapat didalamnya dapat dikurangkan ataupun dihilangkan.
Mengamalkan memakan kentang samada secara direbus, dibakar (Tanpa minyak) dengan kerap dalam masa sekurang-kurang sebulan akan mengurangkan berat badan serta mengurangan tekanan darah tinggi.
Dihalau Bapa Tiri (2)
Dah tau ada bapa tiri yang macam singa lapar, aku dan abang aku buat hal lagi. kami lewat balik lagi petang ni. Kesudahannya macam biasa, kami dihalau kali entah ke berapa dan dengan muka tak malunya kami masih berlegar diperkarangan rumah kami walaupun tak boleh masuk ke rumah sebab pintu dan tingkap semuanya dah dikunci tadi.
Banyaklah pula nyamuk kat luar rumah maghrib-maghrib ni. Apalah kami nak buat, perut dahlah berkeroncong. Kalau duduk kat serambi nanti tertidur pulak. Mak aku kata, tak elok tidur maghrib macam ni. Hah..kami ronda ajelah kat dalam kawasan pagar rumah ni. Boleh juga buang masa dari duduk tercangguk aje. Lagipun kawasan rumah bapa tiriku ni agak besar juga dalam 1 1/4 ekar.
Sedang kami bertiga merayau-rayau. Oh terlupa pula nak bagitau, kali ini sepupu kami pun sekapal dengan kitaorg kerana sebab dialah kitaorg balik lambat. Rayau punya rayau, kami terdengar satu suara parau. Suara binatang. Yang pasti bukan suara kambing atau lembu. Kami bertiga terjengah-jengah cuba mengenalpasti suara apakah itu. Tiba-tiba, dari hujung semak di depan rumah kami terlihat satu binatang seakan beruang tapi bukan beruang menuju kearah kami.
Kami pun apa lagi, ambil langkah seribu. Oppss. bukan kami tapi abang aku dan sepupu aku. dan aku yang berumur 6 tahun tercicir di belakang.
"Cepat Ta, panjat pokok tu"Suara abangku kedengaran.
Rupa-rupanya dia sedang memeluk sebatang pokok kelapa didepan rumah sementara sepupuku dah duduk mencangkung di dahan pokok mangga. Aku pun terus memanjat pokok mangga sambil menangis sebab aku tau paras ketinggian yang dipanjat oleh aku mampu dicapai oleh binatang tersebut.
"tak boleh panjatlah, tariklah aku"
"mu cuba naik lagi, cepat Ta, bahaya tu.."
"aku kata tak boleh, tak bolehlah bengong" kataku sambil menangis
Nasib aku baik sebab binatang seakan beruang itu tidak menuju kearah aku sebaliknya menuju kearah pintu belakang rumah kami. Dari arah kami menyorok dapat kami lihat binatang tersebut berdiri dan mencakar-cakar pintu belakang. Lama juga kami lihat ia mencakar pintu belakang rumah. Adalah dalam 10-15min.
Kemudian ia memusingkan badannya dan berlari menuju kearah kami dan aku bernasib baik kali kedua, bila binatang tersebut terus berlari kearah semak-semak di tepi pagar rumah kami. Pelik sungguh kami bertiga. Pagar rumah sudah ditutup, bagaimana binatang itu masuk dan apakah binatang tersebut. Nak kata beruang, bukan beruang. Lebih kurang 1 jam selepas kejadian itu, kami perlahan-lahan turun dari pokok dan berlari kearah serambi didepan rumah dan pintu depan hanya ibu kami buka pada pukul 11.00 malam selepas bapa tiriku tidur.

Thursday, 29 December 2011
Senaman Untuk Kempiskan Perut
Lakukan senaman berikut untuk mengempiskan perut anda:-
1. Baring di atas permukaan rata. Bengkokkan kedua belah kaki dengan tapak kaki terletak di atas permukaan. Angkat punggung perlahan-lahan sambil menahan nafas. Angkat setinggi yang boleh. Amalkan 2 kali sehari. Hasilnya akan kelihatan.
2. Selain itu, amalkan juga memakan satu biji tomato yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum.
Wednesday, 28 December 2011
Khasiat Durian Belanda
RAMAI yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden. Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan
yang inginkan zuriat.
Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.
Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit
hati.
Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh. Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit. Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut. Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.
Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese,sukrosa, reticuline dan tannin.
Kisah Nenek Pemungut Daun
Dahulu di sebuah kampung, ada seorang nenek tua penjual bunga. Ia menjual bunganya di pasar. Jaraknya rumahnya ke pasar agak jauh dan sdah menjadi kebiasaan pada nenek tersebut berjalan kaki saban hari.
Selesai berjualan, ia akan singgah di masjid di pekan tempatnya tinggal, ia berwudhu, masuk masjid, dan melakukan solat zuhur.
Setelah membaca wirid sekadarnya, ia keluar dari masjid dan membongkok-bongkok di halaman masjid. Rupanya ia mengumpulkan dedaunan yang berteraburan di halaman masjid.
Sehelai demi sehelai dikutipnya. Tidak satu helaipun yang tertinggal. Sudah pasti agak lama dia membersihkan halaman masjid dengan cara itu. Sedangkan sinaran matahari di waktu itu panas membahang. Peluh tuanya membasahi seluruh tubuhnya. Ramai pengunjung masjid jatuh hiba melihatkannya.
Pada suatu hari Bilal masjid memutuskan untuk membersihkan dedaunan itu sebelum perempuan tua itu datang. Pada hari itu, ia datang dan langsung masuk masjid. Seperti biasa selepas solat, ketika ia ingin melakukan pekerjaan rutinnya, ia terkejut.Tidak ada satu pun daun yang berselerak di situ. Ia masuk ke dalam masjid dan menangis teresak-esak. Dalam keadaan teresak-esak dia bertanyakan bilal masjid tersebut, mengapa daun-daun itu sudah disapukan sebelum kedatangannya.Bilal menjelaskan padanya bahawa mereka kasihan kepadanya dan nenek itu menjawab,
“Jika kasihankan aku. Berikan kebenaran untukku membersihkannya seperti biasa.”
Jawapan dari nenek tersebut membuatkan bilal tersebut terdiam.
Dipendekkan cerita, sejak hari itu nenek itu dibiarkan mengumpulkan dedaunan itu seperti biasa.
Seorang alim di pekan tersebut diminta untuk menanyakan kepada perempuan itu mengapa ia begitu bersemangat membersihkan dedaunan itu.
Sekarang ia sudah meniggal dunia, dan inilah yang diperkataan kepada orang alim tersebut:-
“Saya ini perempuan bodoh, ustaz,” tuturnya.
“Saya tahu amalan saya yang kecil itu mungkin tidak disempurnakan dengan cara yang betul. Saya tidak mungkin akan selamat pada hari akhirat tanpa syafaat Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam.
Setiap kali saya mengambil selembar daun, saya ucapkan satu selawat kepada Rasulullah. Kelak jika saya mati, saya ingin Nabi junjungan kita menjemput saya.Biarlah semua daun itu bersaksi bahwa saya membacakan selawat kepadanya.”
Perempuan tua dari kampung itu bukan saja mengungkapkan cinta Rasul dalam bentuknya yang tulus. Ia juga menunjukkan kerendahan hati, kehinaan diri, dan keterbatasan amal dihadapan Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Lebih dari itu, ia juga memiliki hati yang luhur. Ia tidak menganggapkan mudah amalannya. Ia sangat bergantung pada rahmat Allah. Dan siapa lagi yang menjadi rahmat semua alam selain Rasulullah saw.

Perempuan tua itu menjelaskan sebabnya dengan dua syarat, pertama, hanya orang alim itu seorang sahaja yang boleh tah kenapa dia berbuat demikian dan, kedua, rahsia itu tidak boleh disebarkan ketika ia masih hidup.
Sekarang ia sudah meniggal dunia, dan inilah yang diperkataan kepada orang alim tersebut:-
“Saya ini perempuan bodoh, ustaz,” tuturnya.
“Saya tahu amalan saya yang kecil itu mungkin tidak disempurnakan dengan cara yang betul. Saya tidak mungkin akan selamat pada hari akhirat tanpa syafaat Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam.
Setiap kali saya mengambil selembar daun, saya ucapkan satu selawat kepada Rasulullah. Kelak jika saya mati, saya ingin Nabi junjungan kita menjemput saya.Biarlah semua daun itu bersaksi bahwa saya membacakan selawat kepadanya.”
Perempuan tua dari kampung itu bukan saja mengungkapkan cinta Rasul dalam bentuknya yang tulus. Ia juga menunjukkan kerendahan hati, kehinaan diri, dan keterbatasan amal dihadapan Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Lebih dari itu, ia juga memiliki hati yang luhur. Ia tidak menganggapkan mudah amalannya. Ia sangat bergantung pada rahmat Allah. Dan siapa lagi yang menjadi rahmat semua alam selain Rasulullah saw.
Monday, 12 December 2011
Bapa tiri yang zalim
Aku dan abgku tak pernah dilayan sebagai seorang anak kepada bapa tiriku. Ada saja silap kami dimatanya. Petang itu aku bermain dengan si comel, anak kucing kesayanganku yang berusia sebulan setengah. Si comel gemuk dan pendek mungkin sebab kuat minum susu kot, itulah sebabnya kadang2 aku lihat perutnya pun dah jejak ke lantai. Tengah aku bermain2 dengan si comel, datang ayah tiriku merampas si comel dari tanganku. Dilambungnya sicomel ke udara. Terkejut aku dengan tindakannya tapi apakah yang mampu ku lakukan. Kalau aku berkata sesuatu pasti aku pula yg menjadi mangsa selepas si comel.
Sicomel jatuh ke tanah, mengelepar kesakitan. Hanya Allah yg tahu betapa sedihnya aku disaat itu. Kalaulah sicomel jatuh ke lantai tadi tentu kepala si comel dah pecah. Kemudian kedengaran suara bapa tiriku berbunyi seakan petir.
"Hah, apa yg tercengang2 lagi tu, pergilah ambil air, bagi kat kucing tu" ku lihat wajah bapa tiriku seperti org yg terkejut bila dilihatnya sicomel masih mengelepar kesakitan.
Aku dengan pantas pergi kedapur dan berlari kearah si comel dan mendukungnya sambil menangis dan menuangkan air kemulutnya. kesian si comel.
"Maafkan aku si comel, kalau bukan sebab kau kucing kesayangan aku tentu kau tak menerima nasib seperti ini. Maafkan aku si comel, aku bersalah pada kau" kataku dalam tangis yang masih memeluk si comel.
Aku ingat si comel akan meninggalkan aku pada ari tu tapi Allah yang menentukan segalanya. Sicomel masih hidup sehingga sekarang, walaupun sudah dikategorikan sebagai kucing warga emas tetapi ayah tiriku yang dijemput Ilahi dulu rupanya.
Sunday, 11 December 2011
Dihalau Bapa Tiri (1)
Aku dengan abang aku memang selalu dihalau bapa tiri kami. Sebab aku dan abg aku kecil masa tu, walaupun kami dihalau kami tetap tak berambus dari rumah tu. Tetap juga berlegar-legar keliling rumah ataupun duduk didepan pagar, paling terukpun menumpang dirumah jiran sehingga bapa tiri kami tu tidur, barulah kami masuk kerumah.
Kami tak tahu mengapa kami dilayan dengan teruk oleh bapa tiri kami tu. Ibu mengahwini bapa tiri kami setelah beberapa tahun ayah meninggal dunia. Sudahlah adik beradik tiri kami bencikan kami, bapa tiri kami pun dua kali lima aje. Petang tu sebab terlampau asyik bermain dibelakang rumah kami balik lewat dari biasa, bukanlah lewat sangat pun, adalah dalam pukul 6 petang. Entah hantu mana yang merasuk bapa tiri kami ari tu, kami dihalau keluar rumah lagi kali ini. Yang lebih parah sepupu tiri kami pun jadi mangsa sekali. Join the club.
Umur aku masa tu baru 6 tahun dan abang aku 9 tahun. Sebab tak tau nak pergi kemana, abang aku dan sepupu tiri kami tu duduk didepan pintu pagar sementara aku duduk mencangkung di tepi jalan. Jarak antara kami bukannya jauhpun, adalah dalam 8 kaki aje. Waktu tu kedengaran azan maghrib berkumandang dari surau berdekatan. Dari kejauhan ku lihat seorang lelaki tua berkopiah putih, berbaju melayu dan berkain pelikat mengayuh basikal dari arah kanan jalan. Pasti pakcik ni nak ke surau, kata hatiku sebab pakcik tu baru lalu depan aku dan menuju kearah surau.
Selepas pakcik tersebut berlalu, kedengaran abang aku dan sepupu tiri aku tu memanggil aku.
"ppsst...psst.."
"Apa psst..psst?"
"Apasal mu duduk situ , marilah duduk sini, mu tak takut ke?"
"Takut apa? Tengok org tua naik basikal pergi surau pun takut ke?"
"Eh..bukan orang tualah, poconglah baru lalu depan mu tu bodo"
"pocong kebendenya, pakcik tu pakai kopiah, baju melayu dengan kain pelikat lah"
"Eii bodo.. poconglah baru lalu.. terlompat-lompat lagi. kitaorang nampak. marilah sini"
"Bengong mu ni, pakcik tu pakai kain pelikat kotak-kotak lagi, mana ada pocong"
"Suka atimu ah, kalau mu nak duduk sana, mu duduk ah"
Sampai ke hari ini aku masih tak pasti. Adakah pocong yang lalu sambil terlompat-lompat didepan aku ataupun orang tua yg lengkap berpakaian seperti yang aku nampak. Allahualam..

Subscribe to:
Posts (Atom)