Tuesday, 7 June 2011
Khasiat Lavender
Minyak dari pati lavender mempunyai pelbagai kegunaan. Menurut Dr Gattefosse, salah seorang pengasas ilmu aromaterapi, mengatakan lavender blh memulihkan kesihatan kulit. Minyaknya boleh digunakan keatas kulit yang bermasalah, mencegah parut dan keberkesanan adalah menberangsangkan. Minyak lavender juga mengandungi antiseptik dan digunakan didalam pelbagai jenis produk kesihatan seperti ubat kumur, kosmetik, tonik utk kulit, dan losyen utk mata. Baunya menenangkan bagi pesakit yang menderita radang sendi dan rematik dan ia juga baik untuk masalah pernafasan dan pengsan selain menghilangkan sakit kepala. Sifat mengimbangi yg terdapat didalam lavender dapat memperbaiki masalah emosional. Untuk dapatkan tidur yang tenang dan nyenyak, cuba titiskan minyak lavender pada bantal dan lihatlah keberkesanannya.
Labels:
Khasiat Herba
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment