Saturday, 11 June 2011

Petua Untuk Wanita Tampil Menawan

1. Jangan Keterlaluan – Anda tidak perlu mengenakan solekan yang keterlaluan untuk kelihatan cantik kerana ia akan mencacatkan penampilan anda. Elakkan memakai penggaris mata yang terlalu gelap dan tebal kerana anda akan kelihatan keterlaluan dan merosakkan solekan anda. Selain itu, memakai maskara juga perlu bersesuaian dengan mata. Terlalu banyak maskara boleh membuat bulu mata anda kelihatan seperti palsu. Begitu juga dengan bedak asas, ia perlu sesuai dengan warna kulit muka, supaya anda tidak akan kelihatan terlalu gelap atau terlalu cerah daripada warna sebenar kulit anda.
2. Gunakan Gincu Dengan Betul – Gincu perlu disesuaikan dengan bentuk bibir dan warna kulit. Untuk sapuan gincu kelihatan cantik, gariskan bibir anda dengan penggaris bibir agar ia terbentuk dengan sempurna dan pastikan garisan bibir tersebut tidak kelihatan. Jangan mengenakan garisan di luar bibir jika inginkan bibir anda kelihatan tebal kerana ia akan nampak tidak semula jadi.
3. Sesuaikan Solekan Dengan Majlis – Jika anda menghadiri sesuatu majlis atau sebarang aktiviti, anda perlu mengenakan solekan yang berbeza. Anda perlu bijak dalam mengenakan solekan supaya tidak akan kelihatan pelik ketika menghadiri majlis atau aktiviti tersebut. Jangan mengenakan solekan yang tebal untuk melakukan aktiviti riadah di tepi pantai. Selain itu, anda perlu bijak membezakan antara solekan siang dan solekan malam.
4. Jangan Ragu-Ragu – Ada sesetengah wanita yang masih ragu-ragu untuk mengenakan sebarang solekan kerana khuatir akan kelihatan pelik atau keterlaluan. Jangan bimbang kerana anda hanya mulakan dengan solekan yang nipis dan gunakan warna yang lembut. Solekan yang nipis lebih baik daripada tidak mengenakan sebarang solekan langsung.
5. Kenalpasti Keseluruhan Penampilan Anda – Pilih solekan yang sesuai dengan warna kulit agar ia kelihatan semula jadi. Contohnya, jika berkulit gelap anda perlu mengenakan solekan dengan warna yang gelap. Selain itu, kenal pasti jenis kulit anda sama ada berminyak atau kering. Kulit yang berminyak memerlukan pemakaian pelembab yang mengawal minyak.
6. Pilih Warna Rambut Yang Sesuai – Warna rambut juga perlu disesuaikan dengan warna kulit anda . Warna kulit yang cerah perlu disesuaikan dengan warna rambut yang cerah.

No comments:

Post a Comment