Thursday, 16 June 2011

Kisah Nabi Adam (2)

Kekhuatiran Para Malaikat

Ketika Allah s.w.t memutuskan untuk mencipta makhluk yang akan mendiami bumi itu, para malaikat gusar dan khuatir sekiranya makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t itu akan cuai serta lalai didalam mengerjakan ibadah dan sibuk dengan urusan di bumi sahaja nanti samada mereka sedari atau tidak.

Maka, berkatalah para malaikat itu kepada Allah s.w.t,:

"Wahai Tuhan kami, mengapa perlu dicipta makhluk lain selain dari kami, padahal kami tidak pernah lupa atau ingkar untuk beribadah kepadaMu, selain bertasbih, bertahmid dan mengagung-agungkan namaMu tanpa henti-hentinya. Sedangkan makhluk yang akan dicipta dan akan diturunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar diantara satu sama lain, saling berbunuhan, perebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat diatas atau terpendam didalamnya, sehingga terjadilah kerosakan serta kehancuran diatas bumi yang dicipta itu"

Allah Berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:

"Aku mengetahui apa yang kamu ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumiKu. Bila Aku telah menciptakannya dan meniup roh kepadanya, bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah kerana Aku melarang hambaku beribadah kepada sesama makhluk"

 Kemudian Allah s.w.t memerintahkan malaikatNya mengambil tanah dibeberapa bahagian bumi untuk mencipta Adam..

No comments:

Post a Comment