Thursday, 9 June 2011

Tanda-Tanda Suami Mulai Curang

1. Menjadi Panas Baran – Jika sebelum ini suami sentiasa berkata dengan lemah lembut tetapi secara tiba-tiba mulai bengis dan sering marah-marah. Malah, isteri dimarahi dengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelum ini suami tidak bersikap demikian.

2. Tiba-Tiba Menjadi Sibuk - Perubahan ketara suami yang sentiasa bertugas di luar dengan pelbagai alasan. Malah, dalam keadaan tertentu, suami hanya menyatakan dia sibuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa mahu bertemu dengan anda.

3.  Sering Berahsia - Segalanya tidak mahu dikongsi bersama. Baik hal di pejabat mahupun kisah peribadi. Tambah mencurigakan, suami sering ‘lari’ sebaik menerima khidmat pesanan ringkas (SMS). Bila handphone berbunyi pula, suami menjawab di tempat jauh dan berbisik-bisik.

4.  Semakin Bergaya - Penampilan suami yang dulunya biasa-biasa bertukar dengan drastik. Rambut baru, pakaian baru dan siap dengan minyak wangi mengalahkan zaman bujang. Penting bagi isteri menyelidiki suami mereka yang bersikap sedemikian.

5. Menjadi Bertambah Penyayang - Memang pelik. Jika sebelum ini hendak mendapat peluk manja bukan main payah, tetapi sikap suami agak keterlaluan berbanding kebiasaan. Malah, dia juga sering memeranjatkan anda dengan pelbagai hadiah untuk mengaburi mata anda. Berhati-hati.

4 comments:

  1. sebenarnya kalau kita ikhlas dalam perkahwinan...taat suami kerana Allah taala..insyallah kecurangan suami akn tampak jelas tanpa penyampai dr luar...satu2 rahsia terbongkar ngan sendiri...malah secara xsengaja suami akan mendedahkannya...bukan kehendaknya tp xsengaja...JUJURnya seorang isteri rahsia pecahnya tembelang suami...

    ReplyDelete
  2. Salam cu,
    Nenek sokong apa yg cucu cakapkan tu tapi kadang-kadang lain padang, lain belalangnya cu.

    ReplyDelete
  3. salam nenek,

    sebenarnya saya baru tahu yg suami saya curang ngan saya hampir 5 tahun.. peluang kedua telah diberi tapi suami sya masih mengadakan hubungan sulit dengan janda yg sama.. pedih hati saya mendapat tahu suami saya curang untuk kali ke-2. saya mencari bukti segala gambar kemesraan suami saya bersma janda tersebut hanya allah yg tahu bagaimana gelapnya dunia saya ketika itu. hanya anak2 yg memberi sinar terhadap saya. saya sungguh kesal apa yg terjadi. kini suami bagai orang tersepit kedua-dua dia cintai.
    sia-sia saya mencintai suami, setia dan percayakan suami ini balasan suami terhadap saya.. jiwa saya kosong hanya tinggal kesan-kesan luka... tolong bantu saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf yea cu.. Nenek x perasan mesej cucu ni. almaklumlah bila dah senja2 ni byk yang mis. Cu, memang nenek akui pedih hati mengetahui suami yang kita cintai ada perempuan lain tapi cu setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ia buruk pada pandangan kita tapi ia baik dari pandangan Allah. Jangan bersedih tapi sebaliknya redha dengan apa yang berlaku, maafkan suami cucu kerana kemaafan itulah penawar yang paling baik, dekatkan diri dengan Allah dan pohon petunjuk darinya cu, Hati cucu akan lebih tenang dan Insya-Allah Allah akan menolong orang yang dizalimi.

      Cu, maafkan nenek. Pada nenek tiada istilah kedua-dua dicintai sebab hati bukan sepotong kuih yang kalau dibahagi dua dapat separuh dan dibahagi empat dapat suku. Pesanan nenek untuk cucu, sedekahkah al-fatihah kepada suami serta wanita tersebut setiap kali selepas sembahyang. Cucu cuba dulu yea...Insya-Allah, Allah akan bantu cucu

      Delete