Thursday, 23 June 2011

Kisah Nabi Adam (5)

Proses Kejadian Nabi Adam

1. Ketika Allah menjadikan Adam, tanah itu dicampur dengan pelbagai jenis air (air tawar, air masin, air hanyir/busuk) serta angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran ke dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, tanah yang dijadikan "tubuh Adam" adalah dari tanah pilihan. Tanah tersebut dicampurkan juga dengan rempah-rempah serta wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

4.1 Tubuh Adam terdiri dari 9 rongga/liang. Rongga/Liang tersebut adalah seperti berikut:-

-2 liang mata,
-2 liang telinga
-2 liang hidung
-1 liang mulut.
-1 liang kemaluan dan
-1 liang dubur.

4.2 terdiri dari 5 pancaindera (deria):
i. Mata - melihat
ii. Hidung - menghidu
iii. Telinga - mendengar
iv. Mulut - merasa (manis, masin dan sebagainya).
v. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan - sentuhan (merasa halus, kasar dan sebagainya)

5 .Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi tubuh Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itu pun masuk dan menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya.

5.1 Bagaimana roh memainkan peranan didalam kewujudan Adam?

Roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Beginilah perjalanan roh tersebut..

5.1.1 Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna.


5.1.1.1 Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.


5.1.1.2 Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

5.1.1.3 Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah".

5.1.2 Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).

Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

5.1.3 Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar.

5.1.4 Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

6. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah ke langit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

No comments:

Post a Comment