Friday 10 June 2011

Petua Memakai Maskara

1. Semasa menyapu lapisan awal maskara, tumpukan pada bahagian akar/pangkal bulu mata untuk menebalkannya.
2. Lapik bawah bulu mata dengan tisu atau span untuk mengelakkan pemakaian maskara daripada comot.
3. Elakkan dari mengepam berus maskara keluar-masuk tiub, sebaliknya hanya masukkan dan pusing beberapa kali.
4. Bagi mengelakkan maskara bergumpal, lapkan hujung berus dengan tisu dan sapu dengan cermat. Penyikat bulu mata juga boleh membantu.
5. Sekiranya anda memakai kanta lekap, gunakan maskara kalis air dan selamat untuk pengguna kanta lekap.

No comments:

Post a Comment