Monday 6 June 2011

Petua Untuk Pakaian

Anda ada masalah dengan pakaian anda? kotoran dipakaian tidak mahu tanggal atau baju baru anda merosakkan baju-baju yang lain kerana warnanya yg luntur. Mari nenek bagi petuanya untuk cucu cuba...:-
Agar Cucian Lebih Berkesan – Untuk mendapatkan cucian yang lebih berkesan disamping mengurangkan penggunaan sabun, rendamkan dahulu pakaian atau fabrik ke dalam air garam, sebelum dicuci dengan sabun biasa. Manfaat air garam itu ialah untuk melonggarkan kotoran supaya mudah dicuci.
Agar Pakaian Tidak Mudah Luntur – Kadang-kadang pakaian baru yang berwarna-warni akan luntur warnanya pada basuhan pertama. Untuk mencegahnya rendamkan dahulu dalam air kelapa selama satu hari.
Menghilangkan Kotoran Degil – Biasanya kita menggunakan peluntur untuk hilangkan kotoran degil, tetapi kalau tersilap langkah boleh merosakkan warna pakaian dan menjadikannya bertompok-tompok putih kehilangan warna. Sebagai alternatif, campurkan cuka dengan tepung penaik (baking soda) dan lumurkan pada bahagian pakaian. Biarkan beberapa minit sebelum dicuci.
Doa Amalan Supaya Pakaian Yang Dipakai Kelihatan Hebat – Semasa ingin memakai baju, bacalah  ayat ini: “Nasrumminallohi wafat-hun qoriibun wabashshiril mukminiin”. Insya-Allah.

2 comments: