Salam nek, saya nak syer cerita dengan nenek sikit. Kisah ni berlaku lebih kurang 20 tahun yang lepas. Ketika tu umur saya diawal 20-an. Saya bekerja di satu pulau di dalam negara ini, Kerja dibahagian perlancongan. Saya bekerja disitu lebih kurang 4 tahun. Mula-mula saya mengutarakan pada ibu untuk bekerja di pulau x, keluarga saya menasihati saya supaya berhati-hati kerana setahu mereka penduduk di pulau x masih mengamalkan sihir atau ' black magic'. Saya anggukkan kepala aje supaya tak mengecilkan hati ibu dan ayah saya sebab saya tidak mempercayai perkara yang saya kategorikan sebagai tahyul ini.
Oleh sebab sifat saya yang mudah mesra, saya ada kakak dan abang angkat disana. kakak angkat saya (kak K) seorang wanita yang sudah bekeluarga (bersuami dan anak empat) sementara abang angkat saya (abang M) masih solo. Suami Kak K amat menyayangi Kak K ini dan ini tak mengherankan saya sebab wajah Kak K yang sentiasa senyum, manis dan berseri-seri selalu. Satu hari saya bertanya pada Kak K apakah yang dipakai olehnya yang membuatkan wajahnya sentiasa berseri-seri. Kak K tersenyum dan mengatakan beliau mengamalkan seri muka dan dengan iklas hatinya Kak K memberikan saya ayat yang selalu dibacanya.
Setelah mengamalkan ayat tersebut dalam masa 2 bulan ramai yang memuji wajah saya sekarang dan saya mulai taksub dengan ayat-ayat tersebut. Dari jampi penyeri muka sehingga jampi penggoda semuanya saya belajar. Saya cuba keberkesanan setiap jampi-jampi yang Kak K ajarkan. Saya tukar kekasih hampir 2 bulan sekali. Ada yang sampai merayu-rayu supaya jangan tinggalkan mereka tapi saya tak peduli. Saya bosan ada kekasih yang menelefon saya 15min sekali sewaktu saya bekerja, maka saya tinggalkannya.
Disatu petang Kak K membawa saya ke kebun durian kawannya yang dikenali sebagai Kak J. Orangnya awal 50-an tapi apa yang mengejutkan saya suaminya agak muda lebih kurang 30-an dan tampan orangnya. Suaminya tidak memandang kami semasa berbual sebaliknya hanya menunduk aje. Dalam hati saya berkata baiknya suami Kak J ini. Untung Kak J, dapat suami handsome dan muda tapi tak memandang wanita lain, saya memuji kak J dan beliau hanya tersenyum mendengar pujian dari saya itu.
Nak dijadikan cerita, 2 bulan selepas berjumpa dengan Kak J saya dikejutkan dengan berita beliau telah pulang ke rahmatullah. Sebagai orang yang mengenali Kak J saya dengan Kak K pergilah melawat dan menghantar jenazahnya hingga ke tanah perkuburan. Ketika dirumah tadi, cuaca yang pada mulanya terang benderang bertukar mendung ketika kami sampai ketanah perkuburan. Dikhuatiri hujan maka pengkebumian jenazah tersebut cuba disegerakan dengan secepat mungkin. Sedang 3 orang didalam liang lahat sedang mengisi tanah disekeliling jenazah sementara suaminya menghulurkan tanah dari atas, tiba-tiba anaknya berlari-lari datang kearahnya dan berbisik-bisik sesuatu kepada suami Kak J.
Suami Kak J seperti terkejut malahan skop ditangannya juga terlepas dan kelihatan beliau ingin memusingkan badannya tiba-tiba ada tangan yang memegang kedua-dua kakinya dari liang lahat. Semua orang yang ada bertaburan kerana terkejut dan ketakutan dan saya dan Kak J tidak boleh bergerak. Seakan-akan kaki kami dipateri ke bumi, saya melihat wajah Kak J yang pucat lesi dan saya rasakan wajah saya juga begitu. Jelas kelihatan jenazah tersebut tergantung dan tidak jejak kebawah dan dengan mata terpejam. Orang ramai cuba melepaskan pegangan tersebut namun tindakan mereka itu sia-sia-sia belaka. Berbagai usaha telah dibuat tapi pegangan tersebut amat kuat untuk dileraikan oleh tenaga manusia.. Lama keadaan itu berlaku akhirnya kedengaran suara imam
" Aku rasa isteri kamu ingin memaafkan kamu dan aku tak tahu apakah dosanya kepada kamu tapi aku harap kamu maafkanlah dirinya". Tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulut suami Kak J dan orang yang lari pada mulanya mulai datang kembali dan melihat apa yang berlaku.
" Maaflahkan isteri kamu ini, tiada kesudahannya kita berdiri disini, dan dia tak akan lepaskan kaki kamu jika kamu tak maafkan dirinya. Baik kita segerakan jenazahnya, biar Allah yang menguruskan yang lain. Kita cuma makhluknya yang lemah" Imam bersuara lagi memujuk suami Kak J sementara anak-anak Kak J menangis sambil memujuk ayah mereka supaya memaafkan dosa mak mereka.
" Baiklah aku maafkan kau" sebaik perkataan itu terluncur dari bibir suaminya, jenazah tersebut jatuh keliang lahat seperti buah nagka yang jatuh aje bunyinya. Jenazah dikebumikan dan ditalkin dengan segera tapi suami Kak J telah meninggalkan tanah perkuburan itu selepas dia mengucapkan pengucapan maaf tadi. Gempar satu kampung berkenaan hal ini dan akhirnya ceritanya terbongkar pada malam kenduri arwah pada malam itu. Anaknya menceritakan, ketika dia ingin memasak nasi dan lauk, beliau mencari periuk dibawah para dan beliau terjumpa 'pad-pad' yang telah digunakan ada didalam periuk tanah dan yang paling memeranjatkan beliau terjumpa 'pad' yang dipenuhi dengan kuah kari dan kari ayam adalah lauk yang mereka makan tengahari semalam. Semua orang yang mendengar cerita tersebut dan merasa terperanjat.
Sebulan selepas peristiwa tersebut saya meninggalkan Pulau x termasuk dengan jampi-jampi yang saya pelajari. Saya bertaubat tidak akan membaca jampi serapah lagi dan telah berubah. Takut saya azab dari Allah...
Friday, 30 September 2011
Wednesday, 28 September 2011
Adakah Johor Negeri yang Tak Selamat?
Kenyataan Lim Guan Eng berkenaan Johor adalah tempat yang tak selamat untuk pelabur atau dengan perkataan yang lebih mudah orang yang melabur di Johor ada peluang untuk diculik. Adakah Lim Guan Eng yakin sesiapa yang melabur di Johor akan menerima nasib begini dan beliau pasti perkara begini tidak berlaku dinegeri jajahannya. Pernah dengar perkataan ini, "Dont Over Confident". Penjenayah tidak memilih tempat untuk berbuat sesuatu dan kita bukannya Tuhan yang boleh memastikan sesuatu itu berlaku atau tidak.
Sebagai rakyat dinegara ini, tiada siapa yang suka mendengar kenyataan sedemikian rupa. Adakah Lim Guan Eng menganggap Johor bukan sebahagian dari Malaysia sampai sanggup memburukkan Johor sebegitu sekali ataupun beliau merasakan Pulau Pinang bukan terdiri dari Malaysia? Kami memahami setiap pemimpin ada cara masing-masing supaya rakyat menerima mereka dan pelabur, melabur dinegeri dibawah pimpinan mereka. Setiap pemimpin ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. Maka gunakan kekuatan tersebut sebaik mungkin dan jangan terang-terangan menunjukkan kelemahan dimata rakyat. Manusia memang tak lepas dari melakukan kesalahan atau kesilapan.
Kenyataan yang Lim Guan Eng keluarkan itu amat menyedihkan bagi seorang individu yang menetap di negara ini amnya. Lagi-lagi kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat. Pemimpin beginikah yang perlu dipilih oleh rakyat? Sebagai rakyat sudah tentulah amat sedih wujudnya pemimpin sedemikian rupanya. Seperti harapkan pagar, pagar yang makan padi ataupun seperti gunting didalam lipatan. Jangan sebab terlalu seronok berpolitik sampai mengabaikan semua aspek yang sepatutnya diambil kira. Jangan menganggap remeh sesuatu perkara yang sebenarnya amat penting dimata masyarakat Malaysia. Pesanan untuk Lim Guan Eng, jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.
Kenyataan yang dikeluarkan tidak sampaipun 10min tapi impak yang dibawa adalah besar kepada negara kita samada dari segi pelaburan, pelancongan serta pandangan orang luar terhadap Malaysia. Kami memerlukan pemimpin yang boleh menaikkan ekonomi dan pandangan orang luar terhadap negara kita bukan meruntuhkan ekonomi kita sebegini. Cadangan supaya Lim Guan Eng meminta maaf kepada rakyat Johor adalah tidak mencukupi sebaliknya beliau perlu meminta maaf dari semua rakyat di negara ini diatas kelancangan beliau berkata-kata supaya ini menjadi pengajaran untuk pemimpin lain supaya berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat apa-apa kenyataan dimasa hadapan.

Sunday, 25 September 2011
Warga Asing Monopoli Cyberjaya
Salam nek. saya nak cerita dengan nenek sikit. Ada satu hari tu saya pergi melawat kawan saya di Putrajaya dan oleh sebab dia tak bekerja pada hari tersebut dia mengajak saya untuk melihat rumah yang disewakannya di cyberjaya. Untuk pengetahuan nenek saya tak pernah jejakpun Cyberjaya lagi jadi perasaan ingin tahu berkobar-kobar. Sampai aje di Cyberjaya kawan saya ajak saya pergi minum dulu di kedai mamak yang terdapat di Cyberjaya tu. Pelbagai bangsa ada kat sini nek, rasa kagum saya simpan aje dlm hati sebab tak mau dikatakan jakun oleh rakan saya tu.
Lepas pekena teh tarik kami pergilah ke kawasan perumahan tersebut. Wah! disini lagi hebat, macam kat oversea aje rasanya. cuma kebanyakkan warga disini adalah warga kulit hitam. selepas meletak kereta kawan saya mengajak saya berjalan kaki kerumahnya itu. Sepanjang perjalanan kami kerumah sewanya mata saya ni disajikan dengan pelbagai kaum. Indonesia, Korea, Jepun dan lain-lain bangsa tapi yang banyaknya warga kulit hitam. sana-sini dipenuhi oleh mereka. Jika berselisih sikitpun tak mau beralah, kita yang kecik ni juga yang kena jalan dibirai jalan. Kadang2 sampai terlanggar nek, kita pulak yang dimarahnya. Terlupa pula nak tengok signboard tadi. Sini Nigeria atau Malaysia. Kalau tak silap Malaysia. Bila saya dimarah oleh warga kulit hitam tu, kawan saya pun naik anginlah sebab dia yang langgar saya. Akhirnya warga nigeria tu angkat kaki.
Sampai dirumah sewa kawan saya tu. Kawan saya menekan loceng. Lama juga nek. saya yang tengok ni pun naik lenguh dibuatnya. Ting tong ting tong, tapi tak ada orang buka. saya ajak kawan saya beredar aje. Dia berkeras tak mau, dia kata penyewanya ada didalam. Pelik, mana dia tau. Dia kata, dia tau sangat perangai penyewanya itu. Kalau ada perempuan dalam rumah tu dan mereka pula tau dia terpacak kat luar ni, mesti tak mau buka pintu. Owh....Macam tu pulak rupanya.. Lebih kurang 45min, melepak kat situ akhirnya pintu dibuka. Hah! kan ada orang, katanya kepada saya.
Penyewanya mengajak kami masuk, memang betul.. ada 2 orang gadis. kawan saya bertanya kenapa lambat buka pintu dan mereka mengatakan mereka tidak mendengar bunyi loceng. kawan saya terus bangun, menekan loceng rumahnya dan kedengaran bunyinya satu rumah dan dia mengangguk kepala dan muka penyewanya berubah sama sekali. Penyewanya, 5 warga indonesia dan 2 gadis ini adalah kekasih dari 2 penyewa tersebut dan gadis-gadis ini warga tempatan iaitu warga malaysia.
Kawan saya memberi 3 bulan notis kepada penyewanya tetapi mereka memujuknya dengan mengatakan susah nak cari rumah sewa tapi kawan saya tetap dengan keputusannya kerana kawan saya telah memberi amaran kepada mereka sejak dari awal lagi tidak dibenarkan perempuan masuk kedalam rumah tersebut kecuali ada ikatan persaudaraan. Mereka bukan saja melanggar peraturan yang kawan saya berikan bahkan kalau dilihat pada kedua-dua wanita itu anda akan mengetahui dengan amat jelas bahawa mereka bukan hanya berbual2 kosong aje (Malaslah saya nak cerita lengkap-lengkap nek)
Akhirnya kami beredar dari rumah sewa tersebut dan menuju ke arah tempat letak kereta. Kali ini kami disapa dengan kasar oleh seorang pengawal keselamatan kawasan kediaman tersebut. Warga Myanmar rupanya. Pendek kata, Warga Malaysia yang tinggal disini boleh dikira dengan jari aje nek. Sebelum sampai tadi ingat seronok rupanya jauh kuah dari nasilah nek...datang sekali-sekalapun rasa macam pendatang di tempat sendiri.
Baiklah nek, saya minta diri...saje-saje nak cerita kat nenek..kot-kot nenek teringin nak siarkan, boleh juga. cuma janganlah nenek siarkan nama dan alamat email saya sudah..Assalamualaikum nek.
Saturday, 24 September 2011
Kisah Nabi Musa dengan Seorang Wanita
Dosa yang lebih besar Dari zina..
Pada senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah menghantui hidupnya.
Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam
"Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala dia berkata,
"Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik.
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun bercerita, "Saya ......telah berzina."
Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... Cekik lehernya sampai......meninggal", ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut. "Nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?
" Ada !" jawab Jibril dengan tegas.
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa sesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.
Pada senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah menghantui hidupnya.
Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam
"Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala dia berkata,
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s terkejut. "Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik.
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun bercerita, "Saya ......telah berzina."
Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... Cekik lehernya sampai......meninggal", ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut. "Nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?
Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat.
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina Dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan itu?" " Ada !" jawab Jibril dengan tegas.
"Dosa apakah itu?" tanya nabi Musa.
"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa sesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.
"Jangan sesekali kita semua permudahkan solat, kerana terlalu besar nisbah dosa meninggalkan solat" kalau tertidur atau terlupa qada' je solat tu.. jangan sesekali tidak berasa bersalah,, yg mana ada yg tertinggal masa muda2 atau saje2 tak nak solat.. janganlah putus asa.. sesungguhnya allah itu maha pengampun.. penbanyakkan "solat sunat" untuk menampung semua solat yg kita tinggalkan insyaallah"
Friday, 23 September 2011
Monyet Di Hutan Disusukan, Anak Dirumah Mati Kelaparan
Assalamualaikum nek...
Tertarik dengan email-email yang nenek paparkan di blog nenek buat saya terpanggil untuk menghantar email buat nenek( harap nenek tak marah saya panggil nenek). Saya nak cerita dengan nenek satu kisah, bukan nak menyebarkan fitnah dan jauh sekali untuk memburukkan orang, cuma harap ianya dijadikan iktibar bagi sesiapa saja yang membacanya. Begini ceritanya, nek.
Dikampung saya ada seorang wanita yang kami semua panggil kak zah. Umurnya kalau tak silap saya awal 50-an, belum berkawin, tinggal seorang diri di rumah pusaka keluarganya. Kalau dilihat pada wajahnya sekarang saya rasa tentunya dia seorang yang agak cantik semasa mudanya. Orangnya tinggi, berkulit cerah serta bertudung. Saya jarang melihat ahli keluarganya datang melawatnya. Kalau saya balik bercuti, tak kiralah raya atau apa-apa cuti pun hanya terlihat abangnya yang tinggal dikuala lumpur balik menjenguknya. Itupun balik seorang. Setau saya adik-beradik kak zah ni ramai dan kak zah ni adik yang bongsu. Anak-anak saudaranya pun sudah besar panjang.
Disebabkan sifat ingin tahu ataupun sikap busy body yang ada dalam diri saya, saya bertanya pada kawan saya yang tinggal sekampung perihal kak zah. Menurut ceritanya, Kak zah ni mempunyai keluarga yang besar. Ada adik-beradik satu ayah (agak berada) dan adik-beradik satu ibu (kurang berada). Adik beradik satu ayah dengan kak zah tinggal berjauhan dari kak zah sementara adik-beradik satu ibunya pula tinggal dalam kampung yang sama. Sewaktu kak zah muda (Ibunya pun masih hidup lagi ketika itu), dia tak bekerja tapi menjaga anak-anak jirannya (3 budak(adik-beradik)).
Kak zah ni seorang yang pilih kasih. Kak Zah lebih baik dengan adik beradik sebelah ayahnya berbanding dengan adik beradik sebelah ibunya. Bukan setakat adik-beradik sebelah ibunya kurang dilayan olehnya tapi anak-anak kepada mereka pun menerima nasib yang sama. Lebih memburukkan lagi kak zah lebih sayangkan budak-budak yang dijaganya malah hubungannya dengan keluarga budak-budak yang dijaganya itu lebih baik dari adik beradiknya sendiri.
Jika pada waktu makan, budak yang dijaganya dan anak-anak saudaranya ada dirumahnya pada waktu yang sama. Kak zah akan melayan budak yang dijaganya tanpa menghiraukan anak-anak saudaranya. Makan budak itu berhidang sedangkan anak2 saudaranya mengambil makanan sendiri di dapur sambil dilayan oleh nenek mereka. Walaupun budak yang dijaga itu dah besar dan ibu-bapanya tidak lagi mengupah kak zah untuk menjaga anaknya tetapi anak-anaknya tetap pergi kerumah kak zah untuk makan dan lain-lain.
Jika anak saudaranya melihat tv pasti kak zah bising mengatakan bayaran elektrik akan banyak tetapi jika budak yang pernah dijaganya berbuat demikian, dia tak berkata apa-apa malahan tolong menemankan budak tersebut melihat rancangan yang ditayangkan di tv. Sampaikan budak itu berakpun kak zah basuhkan. kalau budak itu bersama ibubapanya, tau pula dia basuh berak sendiri. Lagipun budak itu dah berusia 14tahun. Kenapa kak zah perlu melayan sampai tahap macam tu. (Budak ini doktor kategorikan down sindrom tapi boleh bezakan yang mana baik dan yang mana tidak cuma IQ aje agak lemah). Sikap kak zah ini sudah banyak kali ditegur oleh ibunya dan abangnya tapi kak zah buat tak tau aje.
Dulu semasa hayat arwah neneknya, kak zah yang menjaganya tapi setiap kali masa untuk memandikan atau makan mesti kak zah bising. Tangannya buat kerja tapi mulutnya pun selincah tangannya. Bukan setakat itu, dengan mukanya pun masam mencuka dan tapak kaki yang dihentak kuat ke lantai. Nasib baiklah kak zah tinggal rumah batu.Ibunya tau kak zah memprotes tapi apa yang boleh dia buat, dia tak mampu untuk menguruskan mandi, makan minum maknya sebab diapun dah tua.
Bila ibunya meninggal, adik-beradik satu ayah dengannya sudah jarang melawatnya dan adik-beradik satu ibu dengannya pula sudah berpindah ketempat lain dan melawatnya bila ada waktu terluang saje. Tapi akhir-akhir ini tiada nampak keluarga baik adik-beradik sebelah ayah atau adik-beradik sebelah ibunya balik melawatnya walaupun ketika raya baru-baru. Ketika ibunya masih hidup, ketika raya menjelang pasti penuh depan rumahnya dengan pelbagai jenis kereta mewah. Namun sekarang, rumah tersebut sunyi sahaja. Kak zah hidup bagai sebatang kara. Kak Zah pernah menyatakan keluhannya pada kawan saya, katanya "kenapalah anak-anak saudaranya sisihkan dia, sedangkan dia tak buat apa-apa".

Balasan anak yang pernah menyisihkan ibu sendiri
Petang tadi rumah saya dikunjungi oleh nenek saudara sebelah ibu saya. Bila ternampak aje wajah saya beliau terus menangis teresak-esak. Saya tanya beliau apa yang terjadi, katanya anak lelaki kesayangannya tidak mempedulikannya lagi. Maka saya bertanya lagi, kenapa boleh jadi macam tu. Dengan air mata yang masih mengalir, beliau bercerita pada saya.
sambung tok cu lagi " tak adanya salah faham. Am tu bukan setakat raya balik rumah mak bini dia, hampir setiap bulan balik ke kampung bini dia. sedangkan aku ni tinggal sekampung pun tak dijengahnya. Masa kecik dulu, kemain payah nak berenggang dengan aku. sampai dah lepas SPM pun asyik berkepit dengan aku. Kalau berjalan dengan aku, mesti baju aku dipegangnya. Dulu semua orang cakap, beruntung aku sebab dapat anak yang sayangkan aku. Sekarang, hanya Tuhan yang tau." saya hanya diam, tak tau apa nak cakap.
Setelah menghirup kopi yang saya hidangkan. tok cu bersuara.
" Kenapa tok cu cakap macam tu?" tanya saya
" Disebabkan tok cu jarang menjenguk mak tok cu. Abang atau kakak tok cu akan datang kerumah minta untuk tok cu datang menjenguk mak tok cu. Tapi tok cu tak pernah ambil pusing dengan permintaan mereka. Sekarang barulah tok cu rasa bagaimana perasaan mak tok cu ketika itu" kata tok cu sambil mengesat air matanya yang kembali tumpah
Nak mengiakan apa yang tok cu cuma akan membuatkan beliau bertambah sedih. Apa yang boleh saya buat adalah memberi sokongan dan meminta beliau berdoa semoga dosanya diampunkan oleh Allah dan memohon supaya anak lelakinya itu berubah.
* Ini adalah email yg dihantar kepada saya dan penghantar email telah membenarkan saya untuk menyiarkan kisah ini untuk dijadikan pengajaran. Nama telah diubah
" Sejak Am kawin dia tak pedulikan tok cu dah. Isteri dia tak bagi jenguk tok cu. Sampaikan kalau dia tau tok cu kat rumah mak alang kau, dia tak akan pergi rumah mak alang kau tu walhal kalau tok cu tak ada kat situ, itulah tempat tidur baring dia sementara tunggu bini dia balik dari mengajar."
" takkanlah macam tu tok cu, isteri dia kan cikgu sekolah agama. mungkin ada salah faham agaknya" kata saya untuk menyejukkan hati tua tersebut.
sambung tok cu lagi " tak adanya salah faham. Am tu bukan setakat raya balik rumah mak bini dia, hampir setiap bulan balik ke kampung bini dia. sedangkan aku ni tinggal sekampung pun tak dijengahnya. Masa kecik dulu, kemain payah nak berenggang dengan aku. sampai dah lepas SPM pun asyik berkepit dengan aku. Kalau berjalan dengan aku, mesti baju aku dipegangnya. Dulu semua orang cakap, beruntung aku sebab dapat anak yang sayangkan aku. Sekarang, hanya Tuhan yang tau." saya hanya diam, tak tau apa nak cakap.
Setelah menghirup kopi yang saya hidangkan. tok cu bersuara.
" Mungkin ini balasan kepada tok cu agaknya"
" Kenapa tok cu cakap macam tu?" tanya saya
" Yealah dulu masa arwah mak tok cu masih hidup, tok cu tak pedulikannya. Tok cu sibuk melayan suami dan anak-anak tok cu aje tanpa mempedulikan perasaan mak tok cu. Tok cu jarang menjengah mak tok cu walaupun jarak rumah tok cu bukannya jauh dari rumah mak tok cu tu. Adalah 5 minit kalau berjalan kaki."
" Disebabkan tok cu jarang menjenguk mak tok cu. Abang atau kakak tok cu akan datang kerumah minta untuk tok cu datang menjenguk mak tok cu. Tapi tok cu tak pernah ambil pusing dengan permintaan mereka. Sekarang barulah tok cu rasa bagaimana perasaan mak tok cu ketika itu" kata tok cu sambil mengesat air matanya yang kembali tumpah
Nak mengiakan apa yang tok cu cuma akan membuatkan beliau bertambah sedih. Apa yang boleh saya buat adalah memberi sokongan dan meminta beliau berdoa semoga dosanya diampunkan oleh Allah dan memohon supaya anak lelakinya itu berubah.
* Ini adalah email yg dihantar kepada saya dan penghantar email telah membenarkan saya untuk menyiarkan kisah ini untuk dijadikan pengajaran. Nama telah diubah
Thursday, 22 September 2011
Anak Angkat Tak Pedulikan Ibubapa Kandung Sendiri
Seminggu lepas ketika berjalan-jalan di pasar malam saya terjumpa dengan seorang kenalan lama. Beliau bersama isterinya dan Hani anak perempuannya Disebabkan sudah lama tidak berjumpa saya mengajak mereka berbual sambil minum kopi dan mereka bersetuju dengan cadangan saya itu. Setelah bertanya khabar berbual seketika, mulut saya ni gatal pula bertanya perihal salah seorang anak perempuan mereka yang telah diberikan kepada orang untuk dijadikan anak angkat lebih 30 tahun lepas. Air muka kedua mereka terus berubah sedih dan saya rasa bersalah dan menyesal kerana menanyakan soalan tersebut. Untuk menutup kesedihannya saya bercerita tentang kisah lama yang membuatkan mereka tersenyum lebar akhirnya.
Kemudian beliau membuka cerita. Pada hari raya yang lepas ni beliau bersama isteri dan Hani pergi kerumah ibubapa angkat anaknya (Saya namakan Huda selepas ini). Disitu mereka bertemu dengan Huda. Huda kelihatan terkejut dan tidak senang dengan kehadiran beliau tiga beranak. Usahkan nak meminta maaf, layan pun macam layan tetamu yang tak dikenali aje. Sedangkan sejak dari kecil lagi Huda dah diberitau oleh keluarga angkatnya bahawa kedua merekalah ibubapa kandungnya. Beliau menyerahkan Huda kepada orang lain kerana kesempitan hidup bukan sebab beliau suami isteri tak sukakan Huda. Almaklumlah, beliau dulu seorang nelayan, anak pula ramai dan bukan Huda seorang yang diberikan kepada orang lain untuk dibela tetapi 3 orang dari anaknya. Dua anaknya yang diberikan kepada orang lain ada melawatnya sekali sekala. Hanya Huda yang tak pernah berbuat demikian.
Beliau tak pernah salahkan Huda kerana bersikap demikian. Padanya, mungkin Huda masih terasa hati kepada mereka suami isteri kerana memberikan dirinya kepada orang lain ataupun Huda malu kerana mereka orang miskin bukan seperti keluarga angkat Huda yang kaya raya. Cuma beliau kesian dengan isterinya, isterinya selalu menangis kalau teringatkan Huda. Walaupun dalam keadaan yang cuba berselindung saya dapat lihat isterinya mengelap airmata yg turun dari bibir matanya. Ketika beliau memberi Huda kepada orang lain untuk dijadikan anak angkat, isterinya bentan sebab terlalu banyak menangis sebab tindakan beliau itu. Beliau tak tahu bagaimana untuk memujuk Huda untuk melawat ibunya sekali-sekala atau sekurang-kurangnya memaafkan mereka suami isteri sebab tidak membelanya.
Hani yang sedari tadi hanya mendiamkan dirinya, mencelah perbualan kami dan apa yang diperkatakan amat mengejutkan saya sama sekali.
Kenalan saya itu menegur Hani dan mengatakan apa yang disuarakan itu tidak baik tetapi Hani tetap bersuara,
Habis saja Hani bersuara tadi hinggalah kenalan saya memohon diri untuk balik, suasana senyap seperti tiada apa yang nak dibualkan. Mungkin kenalan saya dan isterinya sedih dengan apa yang kami bualkan tadi. Saya juga tak sangka Huda bersikap begitu. Cuma saya berharap Huda akan berubah satu hari nanti. Insya-Allah

"Kakak tu bukannya tak maafkan ayah atau mak tapi kakak tu sombong sebab ibubapa angkatnya orang kayalah makcik"
Kenalan saya itu menegur Hani dan mengatakan apa yang disuarakan itu tidak baik tetapi Hani tetap bersuara,
"Maaflah ayah, mak. Hani x boleh diamkan diri lagi. Hani bukan tak suka kakak tapi Hani tak suka sikap kakak tu. Harap aje pakai tudung labuh tapi sombong. Dari masa sekolah lagi Hani tahan aje. Bila Hani terserempak dengan kakak dulu, kakak selalu cakap Hani bukan adik dia dan tak layak jadi adik dia. Dia anak orang kaya sedangkam Hani anak orang miskin. Semua pelajar kat sekolah tau, kakak memang sombong walaupun kakak anak angkat. Kakak tak banyak kawan kat sekolah. Dahlah umur 30 lebih, kawin pun tak lagi, orang takut kot, sebab sombong sangat. Hani cuma rasa geram dengan perangai kakak. Maaflah Ayah, Mak, Makcik. Hani minta diri dulu, Hani nak beli barang kat sana" Hani terus meninggalkan kami dan hilang dicelah-celah pasar malam disitu.
Habis saja Hani bersuara tadi hinggalah kenalan saya memohon diri untuk balik, suasana senyap seperti tiada apa yang nak dibualkan. Mungkin kenalan saya dan isterinya sedih dengan apa yang kami bualkan tadi. Saya juga tak sangka Huda bersikap begitu. Cuma saya berharap Huda akan berubah satu hari nanti. Insya-Allah
* Ini adalah email yg dihantar kepada saya dan penghantar email telah membenarkan saya untuk menyiarkan kisah ini untuk dijadikan pengajaran. Nama telah diubah
"Malaysia Truly Asia"
"Malaysia Truly Asia", tentu semua orang biasa mendengar ucapan ini walaupun ketika anda diluar negara. Iklan mengenai keindahan Malaysia amat membanggakan seluruh rakyat malaysia amnya. Apatah lagi jika anda berada diluar negara ketika itu. mesti anda tersenyum jika orang asing menyapa anda dengan mengatakan ungkapan itu jika beliau tau anda dari Malaysia. Apakah maksud ungkapan tersebut, "Malaysia Truly Asia"? Mari kita sama-sama mencari jawapannya.
Mari kita pergi kepada sungai dimalaysia. Apakata kita lihat blog "Dialog Rakyat: Sungai Tong Sampah (Sg. Kerayong berhampiran Kg Seri Indah, Sg Besi)", blog "New Straits Times : Dirty River Threaten Fishermen's Income (Sg. Cengkih Di Pontian)", blog "Love Hijau : Pencemaran Sg Di Malaysia (Sg. Juru, Sg. Jelutong, Sg. Junjung dlll di Pulau Pinang, Sg Sepang, Sg Langat dlll di Selangor dan beberapa sungai lain lagi di Malaysia). Sehingga pencemaran di Sg Juru ditabalkan sungai yg terburuk dari segi pencemarannya. Adakah jabatan yg terbabit peka didalam hal pencemaran ini? Allahualam...
Selain dari pencemaran sungai, malaysia juga mempunyai masalah dalam menandatangani masalah pencemaran laut dan udara yang semakin berleluasa ataupun bolehlah dikategorikan Pencemaran Alam Sekitar. Pencemaran Laut dengan tumpahan minyak yang tidak dapat disekang serta sikap individu yang tiada kesedaran sivik membuang sampah sarap tidak kira tempat. Masalahnya yang dibuang merata-rata itu bukan setakat puntung rokok tetapi botol-botol plastik yang dijamin tidak akan hancur sama sekali. Pergilah ke luar negara dan perhatikan rakyat di negara itu, bagaimana kesedaran sivik diserap didalam kehidupan mereka seharian. Tolong jangan bandingkan dengan negara-negara yg rakyatnya tiada kesedaran sivik juga tapi cubalah bandingkan dengan negara yang betul seperti UK ataupun Australia. Puntung rokok yang kita buang disebabkan kebiasaan berbuat demikian di sinipun akan dikutip oleh mereka untuk dibuang didalam tong sampah yang pertama mereka jumpa. Inilah budaya yang patut kita terapkan kepada warga kita. Tugas siapa pula kali ini?
Bercakap berkenaan pencemaran udara, marilah kita jengah kepada kilang-kilang gas dan minyak (petroleum) yang berlambak di negara ini. Jika kita lihat hampir setiap kilang petroleum ini melakukan pembakaran atas sebab-sebab tertentu, Lihat sahaja api yang membakar di corong-corong kilang terbabit yang membakar 24jam sehari tanpa gagal. Adakah nyalaannya berwarna biru seperti yang sepatutnya? Malangnya tidak, ia berwarna kekuning-kuningan dan ini hanya terdapat di negara kita, Malaysia yang tercinta. Mungkin ia tidak memberi kesan hari ini, minggu depan atau tahun depan satu hari nanti bila semuanya sudah terlambat. Yang pasti lihatlah kereta-kereta yang ada berdekatan dengan kawasan kilang terbabit yang mungkin sudah bertahun-tahun digunakan oleh penduduk tempatan. Terdapat bintik2 yang melunturkan warna cat kereta, bukan satu tapi berdozen-dozen kereta . Bayangkan pula paru-paru warga malaysia yang menghidu udara dikawasan terbabit. Jika pekerja di jabatan tertentu yang sepatutnya memantau hal ini menganggap kerja itu satu ibadah, maka sudah tentulah perkara ini tidak akan berlaku kerana sudah tentulah mereka akan bekerja dengan telus dan ikhlas.
Sejuk mata memandang apabila melihat senyuman manis kelima-lima gadis disebelah tapi adakah rakyat malaysia murah senyuman seperti yang digambarkan oleh gadis-gadis cantik ini? Jawapanya, sudah tentulah ya terutamanya pekerja-pekerja yang terbabit didalam industri perhotelan dan pelancongan di malaysia dan jawapannya tidak jika ditanya secara umumnya. Rasanya tidak perlulah kita menidakkan fakta, pergilah kemana-mana kedai kopi, kedai makan atau pasaraya pasti pekerjanya yang berurusan dengan kita mukanya lebih masam dari asam kecut. Cakappun hendak tidak hendak aje. Bukan setakat kita dilayan begitu, pelancong pun mendapat layanan yang sama. Pekerja begini bolehlah kita kategorikan sombong tak bertempat. Apa yang patut kita buat berkenaan hal ini?
Adakah kita ingin mendengar pelancong-pelancong yang datang melawat negara kita mengatakan negara kita kotor, tercemar dan rakyatnya sombong tapi itulah realiti apa yang terdapat di negara kita. Adakah kita nak digambarkan sebagai negara asia yang mempunyai banyak kepincangan seperti ini? Usaha merealisasikan "Malaysia Truly Asia" bukan diatas bahu seorang insan di Malaysia sahaja tapi dibahu semua rakyat Malaysia. Setiap orang ada peranan masing-masing untuk memperbaiki semua kelemahan yang ada. Biarlah negara kita dikenali kerana kebersihannya, keramahan rakyatnya dan segala nilai positif yang boleh ditonjolkan dan kita boleh berbangga sebab kita adalah sebahagian darinya. Tiada siapa boleh mengubah kaum tersebut melainkan kaum itu sendiri, renungkanlah.

Wednesday, 21 September 2011
Kisah Nabi Musa (9)
Kaum Bani Israel keluar dari Mesir
Bani Israel yang cukup menderita akibat tindasan Firaun dan kaumnya cukup merasakan penganiayaan dan hidup dalam ketakutan di bawah pemerintahan Firaun yang kejam dan bengis itu, pada akhirnya sedar bahwa Musalah yang benar-benar dikirimkan oleh Allah untuk membebaskan mereka dari cengkaman Firaun dan kaumnya. Maka berduyun-duyunlah mereka datang kepada Nabi Musa memohon pertolongannya agar mengeluarkan mereka dari Mesir.
Kemudian bertolaklah rombongan kaum Bani Israel di bawah pimpinan Nabi Musa meninggalkan Mesir menuju Baitul Maqdis. Dengan berjalan kaki dengan cepat karena takut tertangkap oleh Firaun dan bala tenteranya yang mengejar mereka dari belakang akhirnya tibalah mereka pada waktu fajar di tepi lautan merah setelah selama semalam suntuk dapat melewati padang pasir yang luas.
Rasa cemas dan takut makin mencekam hati para pengikut Nabi Musa dan Bani Israel ketika melihat laut terbentang di depan mereka sedang dari belakang mrk dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya yang akan berusaha mengembalikan mereka ke Mesir. Mereka tidak meragukan lagi bahwa bila mrk tertangkap, maka hukuman matilah yang akan mereka terima dari Firaun yang zalim itu.
Berkatalah salah seorang dari sahabat Nabi Musa, bernama Yusha bin Nun: "Wahai Musa, ke mana kami harus pergi?" Musuh berada di belakang kami sedang mengejar dan laut berada di depan kami yang tidak dapat dilintasi tanpa sampan. Apa yang harus kami perbuat untuk menyelamatkan diri dari kejaran Firaun dan kaumnya?"
Nabi Musa menjawab: "Janganlah kamu khuatir dan cemas, perjalanan kami telah diperintahkan oleh Allah kepadaku, dan Dialah yang akan memberi jalan keluar serta menyelamatkan kami dari cengkaman musuh yang zalim itu."
Pada saat yang genting itu, di mana para pengikut Nabi Musa berdebar-debar ketakutan, seraya menanti tindakan Nabi Musa yang kelihatan tenang sahaja, turunlah wahyu Allah kepada Nabi-Nya dengan perintah agar memukulkan air laut dengan tongkatnya. Maka dengan izin Allah terbelah laut itu, tiap-tiap belahan merupakan seperti gunung yang besar. Di antara kedua belahan air laut itu terbentang dasar laut yang sudah mengering yang segera di bawah pimpinan Nabi Musa dilewatilah oleh kaum Bani Israil menuju ke tepi timurnya.
Setelah mereka sudah berada di bahagian tepi timur dalam keadaan selamat terlihatlah oleh mereka Firaun dan bala tenteranya menyusuri jalan yang sudah terbuka di antara dua belah gunung air itu. Kembali rasa cemas dan takut mengganggu hati mereka seraya memandang kepada Nabi Musa seolah-olah bertanya apa yang hendak dia lakukan selanjutnya. Dalam pada itu Nabi Musa telah diilhamkan oleh Allah agar bertenang menanti Firaun dan bala tenteranya turun semua ke dasar laut. Kerana takdir Allah tela mendahului bahwa mrk akan menjadi bala tentera yang tenggelam.
Berkatalah Firaun kepada kaumnya tatkala melihat jalan terbuka bagi mereka di antara dua belah gunung air itu: "Lihat bagaimana lautan terbelah menjadi dua, memberi jalan kepada kami untuk mengejar orang-orang yang melarikan diri itu. Mrk mengira bahwa mrk akan dpt melepaskan dari kejaran dan hukumanku. Mrk tidak mengetahui bahwa perintahku berlaku dan ditaati oleh laut, jgn lagi oleh manusia. Tidakkah ini semuanya membuktikan bahwa aku adalah yang berkuasa yang harus disembah olehmu?" Maka dengan rasa bangga dan sikap sombongnya turunlah Firaun dan bala tenteranya ke dasar laut yang sudah mengering itu melakukan gerak-cepatnya untuk menyusul Musa dan Bani Israil yang sudah berada di tepi bahagian timur sambil menanti hukuman Allah yang telah ditakdirkan terhamba-hamba-Nya yang kafir itu.
Demikianlah maka setelah Firaun dan bala tenteranya berada di tengah-tengah lautan yang membelah itu, jauh dari ke dua tepinya, tibalah perintah Allah dan kembalilah air yang menggunung itu menutupi jalur jalan yang terbuka di mana Firaun dengan sombongnya sedang memimpin barisan tenteranya mengejar Musa dan Bani Israil. Terpendamlah mrk hidup-hidup di dalam perut laut dan berakhirlah riwayat hidup Firaun dan kaumnya untuk menjadi kenangan sejarah dan ibrah bagi generasi- akan datang.
Pada detik-detik akhir hayatnya, seraya berjuang untuk menyelamatkan diri dari maut yang sudah berada di depan matanya, berkatalah Firaun: "Aku percaya bahwa tiada tuhan selain Tuhan Musa dan Tuhan Bani Israel. Aku beriman pada Tuhan mereka dan berserah diri kepada-Nya sebagai salah seorang muslim."
Berfirmanlah Allah kepada Firaun yang sedang menghadapi sakaratul-maut: "Baru sekarangkah engkau berkata beriman kepada Musa dan berserah diri kepada-Ku? Tidakkah kekuasaan ketuhananmu dapat menyelamatkan engkau dari maut? Baru sekarangkah engkau sadar dan percaya setelah sepanjang hidupmu bermaksiat, melakukan penindasan dan kezaliman terhadap hamba-hamba-Ku dan berbuat-sewenang-wenang, merusak akhlak dan aqidah manusia-manusia yang berada di bawah kekuasaanmu. Terimalah sekarang pembalasan-Ku yang akan menjadi pengajaran bagi orang-orang yang akan datang sesudahmu. Akan Aku apungkan tubuh kasarmu untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang meragukan akan kekuasaan-Ku."
Bani Israel pengikut-pengikut Nabi Musa masih meragukan kematian Firaun. Mrk masih terpengaruh dengan kenyataan yang ditanamkan oleh Firaun semasa ia berkuasa sebagai raja bahwa dia adalah manusia luar biasa lain drp yang lain dan bahwa dia akan hidup kekal sebagai tuhan dan tidak akan mati. Khayalan yang masih melekat pd fikiran mrk menjadikan mrk tidak mahu percaya bahwa dengan tenggelamnya, Firaun sudah mati. Mrk menyatakan kepada Musa bahwa Firaun mungkin masih hidup namun di alam lain.
Nabi Musa berusaha menyakinkan kaumnya bahwa apa yang terfikir oleh mrk tentang Firaun adalah suatu khayalan belaka dan bahwa Firaun sebagai orang biasa telah mati tenggelam akibat pembalasan Allah atas perbuatannya, menentang kekuasaan Allah mendustakan Nabi Musa dan menindaskan serta memperhambakan Bani Israil. Dan setelah melihat dengan mata kepala sendiri, tubuh-tubuh Firaun dan orang-orangnya terapung-apung di permukaan air, hilanglah segala tahayul mrk tentang Firaun dan kesaktiannya.
Menurut catatan sejarah, bahwa mayat Firaun yang terdampar di pantai diketemukan oleh orang-orang Mesir, lalu diawet hingga utuh sampai sekarang, sebagai mana dpt dilihat di muzium Mesir.

Kisah Nabi Musa (8)
Firaun menghina dan mengejek Musa
Selain tindakan kekerasan yang ditimpakan ke atas Bani Israel kaumnya Nabi Musa, Firaun melontarkan penghinaan dan kata-kata ejekan terhadap Nabi Musa dalam usahanya memerangi dan membendung pengaruh Nabi Musa yang semakin beertambah semenjak ia keluar sebagai pemenang dalam pertandingan melawan tukang-tukang sihir kaum Firaun.
Berkata Firaun kepada pembesar-pembesar kerajaannya: "Biarkanlah aku membunuh Musa dan biarlah ia memohon dari Tuhannya untuk melindunginya. Aku ingin tahu sampai sejauh mana ia dapat melepaskan diri dari kekuasaanku dan biarlah ia membuktikan kebenaran kata-kata, bahwa Tuhannya akan melindunginya dari segala tipu daya musuh-musuhnya."
Dalam lain kesempatan Firaun berkata kepada rakyatnya yang sudah diperhambakan jiwanya, terbiasa memuja-mujanya, mengiakan kata-katanya dan mengaminkan segala perintahnya: "Hai rakyatku! Tidakkah kamu melihat bahwa aku memiliki kerajaan Mesir yang megah dan besar ini di mana sungai-sungai mengalir dibawah telapak kakiku, sungai-sungai yang memberi kemakmuran hidup dan kebahagiaan hidup bagi rakyatku? Dan tidakkah kamu melihat kekuasaanku yang luas dan ketaatan rakyatku yang bulat kepadaku? Bukankah aku lebih baik dan lebih agung dari Musa yang hina-dina itu yang tidak cekap menguraikan isi hatinya dan menerangkan maksud tujuannya. Megapa Tuhannya tidak memakaikan gelang emas, sebagaimana lazimnya orang-orang yang diangkat menjadi raja, pemimpin atau pembesar? Atau mengapa ia tidak diiringi oleh malaikat-malaikat sebagai tanda kebesarannya dan bukti kebenarannya bahwa ia adalah pesuruh Tuhannya?"
Kelompok orang yang mendengar kata-kata Firaun itu dengan serta-merta mengiyakan dan membenarkan kata-kata rajanya serta menyatakan kepatuhan yang bulat kepada segala titah dan perintahnya sebagai warga yang setia kepada rajanya, namun zalim dan fasiq terhadap Tuhannya.
Dalam pada itu kesabaran Nabi Musa sampai pd puncaknya, melihat Firaun dan pembantu-pambantunya tetap berkeras kepala menentang dakwahnya, mendustakan risalahnya dan makin memperhebatkan tindakan kejamnya terhadap kaum Bani Israel terutama para pengikutnya yang menyembunyikan imannya karena ketakutan daripada kejaran Firaun dan pembalasannya yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Maka disampaikan oleh Nabi Musa kepada mrk bahwa Allah tidak akan membiarkan mereka terus-menerus melakukan kekejaman, kezaliman dan penindasan terhamba-hamba-Nya dan berkufur kepada Allah dan Rasul-Nya. Akan ditimpakan oleh Allah kepada mereka bila tetap tidak mahu sedar dan beriman kepada-Nya, bermacam azab dan seksa di dunia semasa hidup mereka sebagai pembalasan yang nyata!
Berdoalah Nabi Musa, memohon kepada Allah: "Ya Tuhan kami, engkau telah memberi kepada Firaun dan kaum kerabatnya kemewahan hidup, harta kekayaan yang meluap-luap dan kenikmatan duniawi, yang kesemua itu mengakibatkan mereka menyesatkan manusia, hamba-hamba-Mu, dari jalan yang Engkau redhai dan tuntunan yang Engkau berikan. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta-benda mereka dan kunci matilah hati mereka. Mrk tidak akan beriman dan kembali kepada jalan yang benar sebelum melihat seksaan-Mu yang pedih."
Berkat doa Nabi Musa dan permohonannya yang diperkenankan oleh Allah, maka dilandakanlah kerajaan Firaun oleh krisis kewangan dan makanan, yang disebabkan mengeringnya sungai Nil sehingga tidak dapat mengairi sawah-sawah dan ladang-ladang disamping serangan hama yang ganas yang telah menghabiskan padi dan gandum yang sudah menguning dan siap untuk diketam.
Belum lagi krisis kewangan dan makanan teratasi datang menyusul bala banjir yang besar disebabkan oleh hujan yang turun dengan derasnya, sehingga menghanyutkan rumah-rumah, gedung-gedung dan membinasakan binatang-binatang ternak. Dan sebagai akibat dari banjir itu berjangkitlah bermacam-macam wabak dan penyakit yang merisaukan masyarakat seperti hidung berdarah dan lain-lain. Kemudian datanglah barisan kutu-kutu busuk dan katak-katak yang menyerbu ke dalam rumah-rumah sehingga mengganggu ketenteraman hidup mereka,menghilangkan kenikmatan makan, minum dan tidur, disebabkan menyusupnya binatang-binatang itu ke dalam tempat-tempat tidur, hidangan makanan dan di antara sela-sela pakaian mereka.
Pada waktu azab menimpa dan bencana-bencana itu sedang melanda berdatanglah mereka kepada Nabi Musa minta pertolongannya demi kenabiannya, agar memohonkan kepada Allah mengangkat bala itu dari atas mereka dengan perjanjian bahwa mrk akan beriman dan menyerahkan Bani Israel kepada Nabi Musa sekirannya mereka dpt ditolong dan terhindar dari azab bala itu.
Akan tetapi apabila bala-bala itu hilang dari atas mrk dan hilanglah gangguan yang diakibatkan olehnya, mrk mengingkari janji mereka dan kembali bersikap memusuhi dan menentang Nabi Musa, seolah-olah apa yang terjadi bukanlah karena doa dan permohonan Musa kepada Allah tetapi karena hasil usaha mrk sendiri.

Kisah Nabi Musa (7)
Firaun tetap keras kepala dan semakin bingung
Nabi Musa yang telah mengalahkan ahli-ahli sihir istana dengan kedua mukjizatnya semakin meluas pengaruhnya, Firaun sedih dengan kekalahan ahli sihirnya dan merasa kewibawaannya semakin merosot dan dia makin kurang dihormati. Dia khuatir jika dakwah Musa tidak segera dipatahkan akan mengancam kerajaannya serta kekuasaannya. Para penasihat dan pembantu-pembantu terdekatnya tidak berusaha menghilangkan rasa kebimbangan dan kekhuatirannya, sebaliknya mereka semakin membakar api kemarahannya dan semakin menakut-nakutkannya. Mrk berkata kepadanya: "Apakah engkau akan terus membiarkan Musa dan kaumnya bergerak secara bebas dan meracuni rakyat dengan macam-macam kepercayaan dan ajaran-ajaran yang menyimpang dari apa yang telah kita warisi dari nenek-moyang kita? Tidakkah engkau sedar bahwa rakyat kita makin lama makin terpengaruh oleh hasutan-hasutan Musa. sehingga lama-kelamaan nescaya kita dan tuhan-tuhan kita akan ditinggalkan oleh rakyat kita dan pada akhirnya akan hancur binasalah negara dan kerajaanmu yang megah ini."
Firaun menjawab: "Apa yang kamu huraikan itu sudah menjadi perhatiku sejak dikalahkannya ahli-ahli sihir kita oleh Musa. Dan memang kalau kita membiarkan Musa terus melebarkan sayapnya dan meluaskan pengaruhnya di kalangan pengikut-pengikutnya yang makin lama makin bertambah jumlahnya, pasti pada akhirnya akan merosakkan adab hidup masyarakat negara kita serta membawa kehancuran dan kebinasaan bagi kerajaan kita yang megah ini. karenanya aku telah merancang akan bertindak terhadap Bani Israel dengan membunuh setiap orang lelaki dan hanya wanita sahaja akanku biarkan hidup."
Rancangan jahat firaun diterapkan oleh pegawai dan kaki tangan kerajaannya. Aneka ragam gangguan dan macam-macam tindakan kejam ditimpakan atas Bani Israel yang memang menurut anggapan masyarakat, mereka itu adalah rakyat kelas kambing dalam kerajaan Firaun yang zalim itu. Dengan makin meningkatnya kezaliman dan penindasan yang mereka terima dari konco-konco Firaun, datanglah Bani Israel kepada Nabi Musa, mengharapkan pertolongan dan perlindungannya.
Nabi Musa tidak dpt berbuat apa-apa pada masa itu bagi Bani Israel yang tertindas dan teraniaya. Ia hanya menenteramkan hati mereka, bahwa akan tiba saatnya kelak,di mana mrk akan dibebaskan oleh Allah dari segala penderitaan yang mrk alami. Nabi Musa mwncadangkan agar mereka bersabar dan bertawakkal serta memohon kepada Allah agar Allah memberikan pertolongan dan perlindungan-Nya kerana Allah telah menjanjikan akan mewariskan bumi-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang soleh, sabar serta bertakwa!
Firaun bertujuan melemahkan kedudukan Nabi Musa dengan tindakan kejamnya terhadap Bani Israel yang merupakan kaumnya, bahkan tulang belakang Nabi Nusa. Akan tetapi gerak dakwah Nabi Musa tidak sedikit pun terjejas oleh tindakan Firaun itu. Demikian pula tidak seorang pun drp pengikut-pengikutnya yang terpengaruh dengan tindakan Firaun itu. Tidak menjadi luntur iman dan keyakinan mrk yang sudah bulat terhadap Musa.
Kerana sasaran yang dituju dengan tindakan kekejaman yang tidak berperikamanusiaan itu tidak tercapai dan keatas Nabi Musa dan para pengikutnya bahkan Nabi Musa semakin bersemangat menyebarkan ajaran iman dan tauhid, maka Firaun tidak mempunyai pilihan selain harus menyingkirkan orang yang menjadi pengikutnya, serta membunuh Nabi Musa.
Firaun memanggil para penasihat dan pembesar-pembesar kerajaannya untuk bermesyuarat dan merancang pembunuhan Musa. Di antara mereka yang di undang itu terdapat seorang mukmin dari Keluarga Firaun yang merahsiakan imannya.
Di tengah-tengah perdebatan dan perundingan yang berlangsung dalam pertemuan yang diadakan oleh Firaun untuk membincangkan cara pembunuhan Nabi Musa itu, bangkitlah berdiri mukmin itu mengucapkan pembelaannya terhadap Nabi Musa dan nasihat serta tuntunan bagi mereka yang hadir. Ia berkata: "Apakah kamu akan membunuh seseorang lelaki yang tidak berdosa, hanya berkata bahwa Allah adalah Tuhannya? Padahal ia menyatakan iman dan kepercayaannya itu kepada kamu bukan tanpa dalil dan hujjah. Ia telah mempertunjukkan kepada kamu bukti-bukti yang nyata untuk menyakinkan kamu akan kebenaran ajarannya. Jika andainya dia seorang pendusta, maka dia sendirilah yang akan menanggung dosa akibat dustanya. Namun jika ia adalah benar dalam kata-katanya, maka nescaya akan menimpa kepada kamu bencana azab yang telah dijanjikan olehnya. Dan dalam keadaan yang demikian siapakah yang akan menolong kamu dari azab Allah yang telah dijanjikan itu?"
Firaun memotong pidato orang mukmin itu dengan berkata: "Rancanganku harus terlaksana dan Musa harus dibunuh. Aku tidak mengemukan kepadamu melainkan apa yang aku pandang baik dan aku tidak menunjukkan kepadamu melainkan jalan yang benar, jalan yang akan menyelamatkan kerajaan dan negara."
Berucap orang mukmin dari keluarga Firaun itu melanjutkan: "Sesungguhnya aku khuatir, jika kamu tetap berkeras kepala dan enggan menempuh jalan yang benar yang dibawa oleh para nabi-nabi, bahwa kamu akan ditimpa azab dan seksa yang membinasakan , sebagaimana telah dialami oleh kaum Nuh, kaum Aad, kaum Tsamud dan umat-umat yang datang sesudah mereka. Apa yang telah dialami oleh kaum-kaum itu adalah akibat kebongkakan dan kesombongan mereka kerana Allah tidak menghendaki berbuat kezaliman terhadap hamba-hamba-Nya".
Mukmin itu meneruskan nasihatnya:"Wahai kaumku! Sesungguhnya aku khuatir kamu akan menerima seksa dan azab Tuhan di hari qiamat kelak, di mana kamu akan berpaling kebelakang, tidak seorang pun akan dapat menyelamatkan kamu itu dari seksa Allah. Hai kaum ikutilah nasihatku, aku hanya ingin kebaikan bagimu dan mengajak kamu ke jalan yang benar. Ketahuilah bahwa kehidupan di dunia ini hanya merupakan kesenangan sementara, sedangkan kesenangan dan kebahagiaan yang kekal adalah di akhirat kelak."
Orang mukmin dari keluarga Firaun itu tidak dpt mengubah sikap Firaun dan pengikut-pemgikutnya, walaupun ia telah berusaha dengan menggunakan kecekapan berpidatonya dan susunan kata-katanya yang rapi, lengkap dengan contoh-contoh dari sejarah umat-umat yang terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah kerana perbuatan dan pembangkangan mereka sendiri.
Firaun dan pengikut-pengikutnya bahkan mencadangkan kepada orang mukmin itu, agar meninggalkan sikapnya yang membela Musa dan menyetujui rancangan jahat mereka. Ia dinasihat untuk melepaskan pendiriannya yang pro Musa dan mengabungkan diri dalam barisan mereka menentang Musa dan segala ajarannya. Ia diancam dengan dikenakan tindakan kekerasan bila ia tidak mahu mengubah sikap pro kepada Musa secara suka rela.
Berkata orang mukmin itu menanggapi anjuran Firaun: "Wahai kaumku, sgt aneh sekali sikap dan pendirianmu, aku berseru kepada kamu untuk kebaikan dan keselamatanmu, kamu berseru kepadaku untuk berkufur kepada Allah dan mempersekutukan-Nya dengan apa yang aku tidak ketahui, sedang aku berseru kepadamu untuk beriman kepada Allah, Tuhan YAng Maha Esa, Maha Perkasa, lagi Maha Pengampun. Sudah pasti dan tidak dapat diragukan lagi, bahwa apa yang kamu serukan kepadaku itu tidak akan menolongku dari murka dan seksa Allah di dunia mahupun di akhirat. Dan sesungguhnya kamu sekalian akan kembali kepada Allah yang akan memberi pahala syurga bagi orang-orang yang soleh, bertakwa dan beriman, sedang orang-orang kafir yang telah melampaui batas akan diberi ganjaran dengan api neraka. Hai kaumku perhatikanlah nasihat dan peringatanku ini. Kamu akan menyedari kebenaran kata-kataku ini kelak bila sudah tidak berguna lagi orang menyesal atau merasa susah karena perbuatan yang telah dilakukan. Aku hanya menyerahkan urusan ku dan nasibku kepada Allah. Dialah Yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat perbuatan dan kelakuan hamba-hamba-Nya."

Kisah Nabi Musa (6)
Mujadalah (dialog) antara Musa dengan Firaun
Diperolehi kesempatan oleh Musa dan Harun, menemui raja Firaun yang menyatakan dirinya sebagai tuhan itu, setelah menempuh beberapa rintangan yang lazim dilampaui oleh orang yang ingin bertemu dengan raja pd waktu itu. Pertemuan Musa dan Harun dengan Firaun dihadiri pula oleh beberapa anggota pemerintahan dan para penasihatnya.
Bertanya Firaun kepada mereka berdua:: "Siapakah kamu berdua ini?"
Musa menjawab: "Kami, Musa dan Harun adalah pesuruh Allah kepadamu agar engkau membebaskan Bani Israil dari perhambaan dan penindasanmu dan menyerahkan meeka kepada kami agar menyebah kepada Allah dengan leluasa dan menghindari seksaanmu."
Firaun yang segera mengenal Musa berkata kepadanya: "Bukankah engkau adalah Musa yang telah kami mengasuhmu sejak masa bayimu dan tinggal bersama kami dalam istana sampai mencapai usia remajamu, mendapat pendidikan dan pengajaran yang menjadikan engkau pandai? Dan bukankah engkau yang melakukan pembunuhan terhadap diriseorang drp golongan kami? Sudahkah engkau lupa itu semuanya dan tidak ingat akan kebaikan dan jasa kami kepada kamu?"
Musa menjawab: "Bahwasanya engkau telah memeliharakan aku sejak masa bayiku, itu bukanlah suatu jasa yang dapat engkau banggakan. Karena jatuhnya aku ke dalam tangan mu adalah akibat kekejaman dan kezalimanmu tatkala engkau memerintah agar orang-orangmu menyembelih setiap bayi-bayi laki yang lahir, sehingga ibu terpaksa membiarkan aku terapung di permukaan sungai Nil di dalamsebuah peti yang kemudian dipungut oleh isterimu dan selamatlah aku dari penyembelihan yang engkau perintahkan. Sedang mengenai pembunuhan yang telah aku lakukan itu adalah akibat godaan syaitan yang menyesatkan, namun peristiwa itu akhirnya merupakan suatu rahmat dan barakah yang terselubung bagiku. Sebab dalam perantauanku setelah aku melarikan diri dari negerimu, Allah mengurniakan aku dengan hikmah dan ilmu serta mengutuskan aku sebagai Rasul dan pesuruh-Nya. Maka dalam rangka tugasku sebagai Rasul datanglah aku kepadamu atas perintah Allah untuk mengajak engkau dan kaummu menyembah Allah dan meninggalkan kezaliman dan penindasanmu terhadap Bani Israil."
Firaun bertanya: "Siapakah Tuhan yang engkau sebut-sebut itu, hai Musa? Adakah tuhan di atas bumi ini selain aku yang patut di sembah dan dipuja?"
Musa menjawab: "Ya, yaitu Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu serta Tuhan seru sekalian alam."
Tanya Firaun: "Siapakah Tuhan seru sekali alam itu?"
Musa menjawab: "Ialah Tuhan langit dan bumi dan segala apa yang ada antara langit dan bumi."
Berkata Firaun kepada para penasihatnya dan pembesar-pembesar kerajaan yang berada disekitarnya. Sesungguhnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini adalah seorang yang gila kemudia ia balik bertanya kepada Musa dan Harun: "Siapakah Tuhan kamu berdua?"
Musa menjawab: "Tuhan kami ialah Tuhan yang telah memberikan kepada tiap-tiap makhluk sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian memberi petunjuk kepadanya."
Firaun bertanya: "Maka bagaimanakah keadaan umat-umat yang dahulu yang tidak mempercayai apa yang engkau ajarkan ini dan malahan menyembah berhala dan patung-patung?"
Musa menjawab: "Pengetahuan tentang itu ada di sisi Tuhanku. Jika Dia telah menurunkan azab dan seksanya di atas mereka maka itu adalah karena kecongkakan dan kesombongan serta keengganan mereka kembali ke jalan yang benar. Jika Dia menunda azab dan seksa mereka hingga hari kiamat, maka itu adalah kehendak-Nya yang hikmahnya kami belum mengetahuinya. Allah telah mewahyukan kepada kami bahwa azab dan seksanya adalah jalan yang benar."
Firaun yang sudah tidak berdaya menolak dalil-dalil Nabi Musa yang diucapkan secara tegas dan berani merasa tersinggung kehormatannya sebagai raja yang telah mempertuhankan dirinya lalu menujukan amarahnya dan berkata kepada Musa secara mengancam: "Hai Musa! jika engkau mengakui tuhan selain aku, maka pasti engkau akan kumasukkan ke dalam penjara."
Musa menjawab: "Apakah engkau akan memenjarakan aku walaupun aku dapat memberikan kepadamu tanda-tanda yang membuktikan kebenaran dakwahku?"
Firaun menentang dengan berkata: "Datanglah tanda-tanda dan bukti-bukti yang nyata yang dapat membuktikan kebenaran kata-katamu jika engkau benar-benar tiak berdusta."
Musa mempertunjukkan dua mukjizat kepada Firaun
Menjawab tentangan Firaun yang menuntut bukti atas kebenarannya Musa dengan serta-merta meletakkan tongkat mukjizatnya di atas yang segera menjelma menjadi seekor ular besar yang melata menghala ke Firaun. Karena ketakutan melompat lari dari singgahsananya melarikan diri seraya berseru kepada Musa: " Hai Musa demi asuhanku kepadamu selama delapan belas tahun panggillah kembali ularmu itu." Kemudian dipeganglah ular itu oleh Musa dan kembali menjadi tongkat biasa.
Berkata Firaun kepada Musa setelah hilang dari rasa heran dan takutnya: "Adakah bukti yang dapat engkau tunjukkan kepadaku?"
"Ya, lihatlah." Musa menjawab serta memasukkan tangannya ke dalam saku bajunya. Kemudian tatkala tangannya dikeluarkan dari sakunya, bersinarlah tangan Musa itu menyilaukan mata Firaun itu dan orang-orang yang sedang berada disekelilingnya.
Firaun sebagai raja yang menyatakan dirinya sebagai tuhan tentu tidak akan mudah begitu saja menyerah kepada Musa bekas anak pungutnya walaupun kepadanya telah diperlihatkan dun mukjizat. Ia bahkan berkata kepada kaumnya yang ia khuatir akan terpengaruh oleh kedua mukjizat Musa itu bahwa itu semuanya adalah perbuatan sihir dan bahwa Musa dan Harun adalah ahli sihir yang mahir yang datang dengan maksud menguasai Mesir dan para penduduknya akan kekuatan dengan sihirnya itu.
Firaun dianjurkan oleh penasihatnya yang dikepalai oleh Haman agar mematahkan sihir Musa dan Harun itu dengan mengumpulkan ahli-ahli sihir yang terkenal dari seluruh daerah kerajaan untuk bertanding melawan Musa dan Harun. Anjuran mana disetujui oleh Firaun yang merasa itu adalah fikiran yang tepat dan jalan yang terbaik untuk melumpuhkan kedua mukjizat Allah yang oleh mereka dianggapnya sebagai sihir. Anjuran itu lalu ditawarkan kepada Musa yang seketika tanpa ragu-ragu sedikit pun menerima tentangan Firaun untuk beradu dan bertanding melawan ahli-ahli sihir. Musa berkeyakinan penuh bahwa dengan perlindung Allah ia akan keluar sebagai pemenang dalam pertarungan itu, pertandingan antara perbuatan sihir yang diilham oleh syaitan melawan mukjizat yang dikurniakan oleh Allah.
Pada suatu hari raya kerajaan telah bersetuju untuk mengadakan hari pertandingan sihir maka berduyun-duyunlah penduduk kota menuju ke tempat yang telah ditentukan untuk menyaksikan perlumbaan kepandaian menyihir yang buat pertama kalinya diadakan di kota Mesir. Juga sudah berada di tempat ahli-ahli sihhir yang terpandai yang telah dikumpulkan dari seluruh wilayah kerajaan masing-masing membawa tongkat , tali dan lain-lain alat sihirnya. Mrk cukup bersemangat dan akan berusaha sepenuh kepandaian mrk untuk memenangi pertandingan. Mrk telah memperolhi janji dari Firaun akan diberi hadiah dan wang dalam jumlah yang besar bila berhasil mengalahkan Musa dengan mematahkan daya sihirnya.
Setelah segala sesuatu selesai disiapkan dan masing-masing pembesar negeri sudah mengambil tempatnya mengelilingi raja Firaun yang telah duduk di atas kursi singgahsananya maka dinyatakanlah pertandingan dimulai. Kemudian atas persetujuan Musa dipersilakan para lawannya beraksi lebih dahulu mempertujukan kepandai sihirnya.
Segeralah ahli-ahli sihir Firaun menujukan aksinya melemparkan tongkat dan tali-temali mrk ke tengah-tengah lapangan . Musa merasa takut ketika terbayang kepadanya bahwa tongkat-tongkat dan tali-tali itu seakan-akan ular-ular yang merayap cepat. Namun Allah tidak mebiarkan hamba utusan-Nya berkecil hati menghadapi tipu-daya orang-orang kafir itu. Allah berfirman kepada Musa disaat ia merasa cemas itu: "Janganlah engkau merasa takut dan cemas hai Musa! engkau adalah yang lebih unggul dan akan menang dalam pertandingan ini. Lemparkanlah yang ada ditanganmu segera."
Para ahli-ahli sihir yang pandai dalam bidangnya itu tercengang ketika melihat ular besar yang menjelma dari tongkat Nabi Musa dan menelan ular-ular dan segala apa yang terbayangsebagai hasil tipu sihir mrk. Mrk segera menyerah kalah bertunduk dan bersujud {kepada Allah} dihadapan Musa seraya berkata: "Itu bukanlah perbuatan sihir yang kami kenal yang diilhamkan oleh syaitan tetapi sesuatu yang digerakkan oleh kekuatan ghaib yang mengatakan kebenaran kata-kata Musa dan Harun maka tidak ada alasan bagi kami untuk tidak mempercayai risalah mereka dn beriman kepada Tuhan mereka sesudah apa yang kami lihat dan saksikan dengan mata kepala kami sendiri."
Firaun raja yang bongkak dan sombong yang menuntut persembahan dari rakyatnya sebagai tuhan segera membelalakkan matanya tanda marah dan jengkel melihat ahli-ahli sihirnya begitu cepat menyerah kalah kepada Musa bahkan menyatakan beriman kepada Tuhannya dan kepada kenabiannya serta menjadi pengikut-pengikutnya.
Tindakan mereka itu dianggapnya sebagai pelanggaran terhadap kekuasaannya, penentangan terhadap ketuhanannya dan merupakan suatu tamparan bagi kewibawaan serta prestasinya. "Adakah kamu berani beriman kepada Musa dan menyerah kepada keputusannya sebelum aku izinkan kepada kamu?"Ia berkata kepada mrk: Bukankah ini suatu persekongkolan drp kamu terhadapku? Musa dpt mengalah kamu sebab ia mungkin guru dan pembesar yang telah mengajarkan seni sihir kepadamu dan kamu telah mengatur bersama-samanya tindakan yang kamu sandiwarakan di depanku hari ini. Aku tidak akan tinggal diam menghadapi tindakan khianatmu ini. Akanku potong tangan-tangan dan kaki-kakimu serta akanku salibkan kamu semua pada pangkal pohon kurma sebagai hukuman dan balasan bagi tindakan khianatmu ini."
Ancaman Firaun itu disambut mrk dengan sikap dingin dan acuh tak acuh. Karena Allah telah membuka mata hati mereka dengan cahaya iman sehingga tidak akan terpengaruh dengan kata-kata kebathilan yang menyesatkan atau ancaman Firaun yang menakutkan. Mrk sebagai-orang-orang yang ahli dalam ilmu dan seni sihir dpt membedakan yang mana satu sihir dan yang mana bukan. Maka sekali mrk diyakinkan dengan mukjizat Nabi Musa yang membuktikan kebenaran kenabiannya tidaklah keyakinan itu akan dpt digoyahkan oleh ancaman apa pun. Berkata mereka kepada Firaun menanggapi ancamannya: "Kami telah memdpat bukti-bukti yang nyata dan kami tidak akan mengabaikan kenyataan itu sekadar memenuhi kehendak dan keinginanmu. Kami akan berjalan terus megikut jejak dan tuntutan Musa dan Harun sebagai pesuruh oleh yang benar. Maka terserah kepadamu untuk memutuskan apa yang engkau hendak putuskan terhadap diri kami. Keputusan kamu hanya berlaku di dunia ini sedang kami mengharapkan pahala Allah di akhirat yang kekal dan abadi."

Kisah Nabi Musa (5)
Musa diperintahkan berdakwah kepada Firaun
Raja Firaun yang telah berkuasa di Mesir telah lama menjalankan pemerintahan yang zalim, kejam dan ganas. Rakyatnya yang terdiri dari bangsa Mesir yang merupakan penduduk peribumi dan bangsa Israel merupakan golongan pendatang, hidup dalam penindasan, tidak selamat samada nyawa serta harta bendanya.
Tindakan pemerintahan terutamanya kepada Bani Israel yang tidak memberi peluang kepada mereka untuk merasa tenang dan tenteram. Mereka dipaksa bekerja sebagai buruh paksa dan dikehendaki membayar pelbagai cukai yang tidak dikenakan terhadap penduduk bangsa mesir sendiri.
Selain kezaliman, kekejaman, penindasan dan pemerasan yang dilakukan oleh Firaun atas rakyatnya, terutama kaum Bani Israel. ia mengaku dirinya sebagai tuhan yang harus disembah dan dipuja. Dengan demikian ia membawa rakyatnya ke jalan yang sesat, sehingga makin dalamlah mereka terjerumus ke lembah kemaksiatan dan kerosakan moral dan akhlak.
Ketika di bukit Thur Sina Allah memerintahkan Musa untuk berjumpa Firaun dan mengenalkan dirinya sebagai Rasul-Nya, mengajakkan beriman kepada Allah, menyedarkan dirinya bahwa ia adalah makhluk Allah sebagaimana lain-lain rakyatnya, yang tidak sepatutnya menuntut orang menyembahnya sebagai tuhan dan bahawa Tuhan yang wajib disembah olehnya dan oleh semua manusia adalah Tuhan Yang Maha Esa yang telah menciptakan alam semesta ini.
Nabi Musa dalam perjalanannya menuju kota Mesir setelah meninggalkan Madyan, selalu dibayang oleh ketakutan kalau-kalau peristiwa pembunuhan yang telah dilakukan sepuluh tahun yang lalu itu, belum dilupakan dan masih belum hilang dari ingatan para pembesar kerajaan Firaun. Ia tidak mengabaikan kemungkinan bahwa mrk mungkin akan melakukan pembalasan terhadap perbuatan yang tidak sengajanya itu dengan hukuman bunuh ke atas dirinya Terdorong rasa rindunya yang teramat sangat kepada tanah tumpah darahnya, beliau memberanikan diri kembali ke Mesir tanpa mempedulikan akibat yang mungkin akan dihadapi.
Pada waktu bertolak dari Madyan dan selama perjalanannya ke Thur Sina. Nabi Musa dibayangi rasa takut akan pembalasan Firaun, Maka dengan perintah Allah yang berfirman maksudnya :~
"Pergilah engkau ke Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas". Segala bayangan itu dilempar jauh-jauh dari fikirannya dan bertekad akan melaksanakan perintah Allah menghadapi Firaun apa pun akan terjadi pada dirinya. Hanya untuk menenterankan hatinya berucaplah Musa kepada Allah: "Aku telah membunuh seorang drp mereka , maka aku khuatir mereka akan membalas membunuhku, berikanlah seorang pembantu dari keluargaku sendiri, yaitu saudaraku Harun untuk menyertaiku dalam melakukan tugasku meneguhkan hatiku dan menguatkan tekadku menghadapi orang-orang kafir itu apalagi Harun saudaraku itu lebih petah {lancar} lidahnya dan lebih cekap daripada diriku untuk berdebat dan bermujadalah."
Allah berkenan mengabulkan permohonan Musa, maka digerakkanlah hati Harun yang ketika itu masih berada di Mesir untuk pergi menemui Musa mendampinginya dan bersama-sama pergilah mereka ke istana Firaun dengan diiringi firman Allah: "Janganlah kamu berdua takut dan khuatir akan disiksa oleh Firaun. Aku menyertai kamu berdua dan Aku mendengar serta melihat dan mengetaui apa yang akan terjadi antara kamu dan Firaun. Berdakwahlah kamu kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut sedarkanlah ia dengan kesesatannya dan ajaklah ia beriman dan bertauhid, meninggalkan kezalimannya dan kecongkakannya kalau-kalau dengan sikap yang lemah lembut daripada kamu berdua ia akan ingat pada kesesatan dirinya dan takut akan akibat kesombongan dan kebongkakannya."

Kisah Nabi Musa (4)
Musa A.S. pulang ke Mesir dan menerima Wahyu
Sepuluh tahun lebih Musa meninggalkan Mesir tanah airnya, sejak ia melarikan diri dari buruan kaum Firaun. Suatu waktu yang cukup lama bagi seseorang dpt bertahan menyimpan rasa rindunya kepada tanah air, tempat tumpah darahnya , walaupun ia tidak pernah merasakan kebahagiaan hidup di dalam tanah airnya sendiri. Apa lagi seorang seperti Musa yang mempunyai kenang-kenangan hidup yang seronok dan indah selama ia berada di tanah airnya sendiri selaku seorang dari keluarga diraja yang megah dan mewah, maka wajarlah bila ia merindukan Mesir tanah tumpah darahnya dan ingin pulang kembali setelah ia beristerikan Shafura, puteri Syuaib.
Bergegas-gegaslah Musa berserta isterinya mengemaskan barang dan menyediakan kenderaan lalu meminta diri dari orang tuanya dan bertolaklah menuju ke selatan menghindari jalan umum supaya tidak diketahui oleh orang-orang Firaun yang masih mencarinya.
Setibanya di "Thur Sina" tersesatlah Musa kehilangan pedoman dan bingung manakah yang harus ia tempuh. Dalam keadaan demikian terlihatlah oleh dia sinar api yang menyala di atas lereng sebuah bukit. Ia berhenti lalu dan menuju ke arah api itu seraya berkata kepada isterinya: "Tinggallah kamu disini menantiku. Aku pergi melihat api yang menyala di atas bukit itu dan segera aku kembali. Mudah-mudahan aku dapat membawa satu berita kepadamu dari tempat api itu atau setidak-tidaknya membawa sesuluh api bagi menghangatkan badanmu yang sedang menggigil kesejukan."
Tatkala Musa sampai ke tempat api itu terdengar oleh dia suara seruan kepadanya datang dari sebatang pohon kayu di pinggir lembah yang sebelah kanannya pada tempat yang diberkahi Allah. Suara seruan yang didengar oleh Musa itu ialah: "Wahai Musa! Aku ini adalah Tuhanmu, maka tanggalkanlah kedua terompahmu. Sesungguhnya kamu berada di lembah yang suci Thuwa. Dan aku telah memilih kamu, maka dengarkanlah apa yang akan diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya aku ini adalah Allah tiada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat akan Aku."
Itulah wahyu yang pertama yang diterima langsung oleh Nabi Musa sebagai tanda kenabiannya, di mana ia telah dinyatakan oleh Allah sebagai rasul dan nabi-Nya yang dipilih Nabi Musa dalam kesempatan bercakap langsung dengan allah di atas bukit Thur Sina itu telah diberi bekal oleh Allah yang Maha Kuasa dua jenis mukjizat sebagai persiapan untuk menghadap kaum Firaun yang sombong dan zalim itu.
Bertanyalah Allah kepada Musa: "Apakah itu yang engkau pegang dengan tangan kananmu hai Musa!" Suatu pertanyaan yang mengadungi erti yang lebih dalam dari apa yang sepintas lalu dapat ditangkap oleh Nabi Musa dengan jawapannya yang sederhana. "Ini adalah tongkatku, aku bertelekan pdnya dan aku pukul daun dengannya untuk makanan kambingku. Selain itu aku dapat pula menggunakan tongkatku untuk keperluan-keperluan lain yang penting bagiku."
Maksud dan erti dari pertanyaan Allah yang nampak sederhana itu baru dimegertikan dan diselami oleh Musa setelah Allah memerintahkan kepadanya agar meletakkan tongkat itu di atas tanah, lalu menjelmalah menjadi seekor ular besar yang merayap dengan cepat sehingga menjadikan Musa lari ketakutan. Allah berseru kepadanya: "Peganglah ular itu dan jangan takut. Kami akan mengembalikannya kepada keadaan asal."
Maka begitu ular yang sedang merayap itu ditangkap dan dipegang oleh Musa, ia segera kembali menjadi tongkat yang ia terima dari Syuaib, mertuanya ketika ia bertolak dari Madyan.

Sebagai mukjizat yang kedua, Allah memerintahkan kepada Musa agar mengepitkan tangannya ke ketiaknya yang nyata setelah dilakukannya perintah itu, tangannya menjadi putih cemerlang tanpa cacat atau penyakit.
Kisah Nabi Musa (3)
Musa bertemu Jodoh di kota Madyan
Dengan berdoa kepada Allah: "Ya Tuhanku selamatkanlah aku dari segala tipu daya orang-orang yang zalim" keluarlah Nabi Musa dari kota Mesir seorang diri, tiada pembantu selain Allah tiada kawan selain cahaya Allah dan tiada bekal kecuali bekal iman dan takwa kepada Allah. Penghibur satu-satunya bagi hatinya yang sedih kerana meninggalkan tanah airnya ialah bahwa ia telah diselamatkan oleh Allah dari buruan kaum firaun yang ganas dan kejam itu.
Setelah menjalani perjalanan selama lapan hari lapan malam dengan berkaki ayam {tidak berkasut} sampai terkupas kedua kulit tapak kakinya, tibalah Musa di kota Madyan iaitu kota Nabi Syuaib yang terletak di timur jazirah Sinai dan teluk Aqabah di selatan Palestin.
Nabi Musa beristirehat di bawah sebuah pokok yang rendang bagi menghilangkan rasa letihnya kerana perjalanan yang jauh, berdiam seorang diri kerana nasibnya sebagai salah seorang bekas anggota istana kerajaan yang kini menjadi seorang pelarian dan buruan. Ia tidak tahu ke mana ia harus pergi dan kepada siapa ia harus bertamu, di tempat di mana ia tidak mengenal dan dikenal orang, tiada sahabat dan saudara.
Dalam keadaan demikian terlihatlah olehnya sekumpulan penggembala berdesak-desak mengelilingi sebuah sumber air bagi memberi minum ternakannya masing-masing, sedang tidak jauh dari tempat sumber air itu berdiri dua orang gadis yang menantikan giliran untuk memberi minuman kepada ternakannya, jika para penggembala lelaki itu sudah selesai dengan tugasnya.
Musa merasa kasihan melihat kepada dua orang gadis itu yang sedang menanti lalu dihampirinya dan ditanya : "Gerangan apakah yang kamu tunggu di sini?" Kedua gadis itu menjawab: "Kami hendak mengambil air dan memberi minum ternakan kami namun kami tidak dapat berdesak dengan lelaki yang masih berada di situ. Kami menunggu sehingga mereka selesai memberi minum ternakan mereka. Kami harus lakukan sendiri pekerjaan ini kerana ayah kami sudah lanjut usianya dan tidak dapat berdiri, jangan lagi datang ke mari". Lalu tanpa mengucapkan sepatah kata dua pun diambilkannyalah timba kedua gadis itu oleh Musa dan sejurus kemudian dikembalikannya kepada mereka setelah terisi air penuh sedang sekeliling sumber air itu masih padat di keliling para pengembala.
Setibanya kedua gadis itu di rumah berceritalah keduanya kepada ayah mereka tentang pengalamannya dengan Nabi Musa yang kerana pertolongannya yang tidak diminta itu mereka dapat lebih cepat kembali ke rumah daripada biasa. Ayah kedua gadis yang bernama Syuaib itu tertarik dengan cerita kedua puterinya. Ia ingin berkenalan dengan orang yang baik hati itu yang telah memberi pertolongan tanpa diminta kepada kedua puterinya dan sekaligus menytakan terimakasih kepadanya. Ia menyuruh salah seorang dari puterinya itu pergi memanggilkan Musa dan mengundangnya datang ke rumah.
Dengan malu-malu pergilah puteri Syuaib menemui Musa yang masih berada di bawah pohon yang masih melamun. Dalam keadaan letih dan lapar Musa berdoa: "Ya Tuhanku aku sangat memerlukan belas kasihmu dan memerlukan kebaikan sedikit brg makanan yang Engkau turunkan kepadaku."
Berkatalah gadis itu kepada Musa memotong lamunannya: "Ayahku mengharapkan kedatanganmu ke rumah untuk berkenalan dengan engkau serta memberi engkau sekadar upah atas jasamu menolong kami mendapatkan air bagi kami dan ternakan kami."
Musa sebagai perantau yang masih asing di negeri itu, tiada mengenal dan dikenali orang tanpa berfikir panjang menerima undangan gadis itu dengan senang hati. Ia lalu mengikuti gadis itu dari belakang menuju ke rumah ayahnya yang bersedia menerimanya dengan penuh ramah-tamah, hormat dan mengucapkan terima kasihnya.
Dalam berbincang-bincang dan bercakap-cakap dengan Syuaib ayah kedua gadis yang sudah lanjut usianya itu Musa mengisahkan kepadanya peristiwa yang terjadi pada dirinya di Mesri sehingga terpaksa ia melarikan diri dan keluar meninggalkan tanah airnya bagi mengelakkan hukuman penyembelihan yang telah direncanakan oleh kaum Firaun terhadap dirinya.
Berkata Syuaib setelah mendengar kisah tamunya: "Engkau telah lepas dari pengejaran dari orang-orang yang zalim dan ganas itu adalah berkat rahmat Tuhan dan pertolongan-Nya. Dan engkau sudah berada di sebuah tempat yang aman di rumah kami ini, di man engkau akan tinggallah dengan tenang dan tenteram selama engkau suka."
Dalam pergaulan sehari-hari selama ia tinggal di rumah Syuaib sebagai tamu yang dihormati dan disegani Musa telah dapat menawan hati keluarga tuan rumah yang merasa kagum akan keberaniannya, kecerdasannya, kekuatan jasmaninya, perilakunya yang lemah lembut, budi perkertinya yang halus serta akhlaknya yang luhur. Hal mana telah menimbulkan idea di dalam hati salah seorang dari kedua puteri Syuaib untuk mempekerjakan Musa sebagai pembantu mereka. Berkatalah gadis itu kepada ayahnya: "wahai ayah! Ajaklah Musa sebagai pembantu kami menguruskan urusan rumahtangga dan penternakan kami. Ia adalah seorang yang kuat badannya, luhur budi perkertinya, baik hatinya dan boleh dipercayai."
Saranan gadis itu disepakati dan diterima baik oleh ayahnya yang memang sudah menjadi pemikirannya sejak Musa tinggal bersamanya di rumah, menunjukkan sikap bergaul yang manis perilaku yang hormat dab sopan serta tangan yang ringan suka bekerja, suka menolong tanpa diminta.
Diajaklah Musa berunding oleh Syuaib dan berkatalah kepadanya: "Wahai Musa! Tertarik oleh sikapmu yang manis dan cara pergaulanmu yang sopan serta akhlak dan budi perkertimu yang luhur, selama engkau berada di rumah ini kami dan mengingat akan usiaku yang makin hari makin lanjut, maka aku ingin sekali mengambilmu sebagai menantu, mengahwinkan engkau dengan salah seorang dari kedua gadisku ini. Jika engkau dengan senang hati menerima tawaranku ini, maka sebagai maskahwinnya, aku minta engkau bekerja sebagai pembantu kami selama lapan tahun menguruskan penternakan kami dan soal-soal rumahtangga yang memerlukan tenagamu. Dan aku sangat berterima kasih kepada mu bila engkau secara suka rela mahu menambah dua tahun di atas lapan tahun yang menjadi syarat mutlak itu."
Nabi Musa sebagai buruan yang lari dari tanah tumpah darahnya dan berada di negeri orang sebagai perantau, tada sanak saudara, tiada sahabat telah menerima tawaran Syuaib iut sebagai kurniaan dari Tuhan yang akan mengisi kekosongan hidupnya selaku seorang bujang yang memerlukan teman hidup untuk menyekutunya menanggung beban penghidupan dengan segala duka dan dukanya. Ia segera tanpa berfikir panjang berkata kepada Syuaib: "Aku merasa sgt bahagia, bahwa pakcik berkenan menerimaku sebagai menantu, semuga aku tidak menghampakan harapan pakcik yang telah berjasa kepada diriku sebagai tamu yang diterima dengan penuh hormat dan ramah tamah, kemudian dijadikannya sebagai menantu, suami kepada anak puterinya. Syarat kerja yang pakcik kemukakan sebagai maskahwin, aku setujui dengan penuh tanggungjawab dab dengan senang hati."
Setelah masa lapan tahun bekerja sebagai pembantu Syuaib ditambah dengan suka rela dilampaui oleh Musa, dikahwinkanlah ia dengan puterinya yang bernama Shafura. Dan sebagai hadiah perkahwinan diberinyalah pasangan penganti baru itu oleh Syuaib beberapa ekor kambing untuk dijadikan modal pertama bagi hidupnya yang baru sebagai suami-isteri. Pemberian beberpa ekor kambing itu juga merupakan tanda terima kasih Syuaib kepada Musa yang selama ini di bawah pengurusannya, penternakan Syuaib menjadi berkembang biak dengan cepatnya dan memberi hasil serta keuntungan yang berlipat ganda.

Subscribe to:
Posts (Atom)