"Malaysia Truly Asia", tentu semua orang biasa mendengar ucapan ini walaupun ketika anda diluar negara. Iklan mengenai keindahan Malaysia amat membanggakan seluruh rakyat malaysia amnya. Apatah lagi jika anda berada diluar negara ketika itu. mesti anda tersenyum jika orang asing menyapa anda dengan mengatakan ungkapan itu jika beliau tau anda dari Malaysia. Apakah maksud ungkapan tersebut, "Malaysia Truly Asia"? Mari kita sama-sama mencari jawapannya.
Mari kita pergi kepada sungai dimalaysia. Apakata kita lihat blog "Dialog Rakyat: Sungai Tong Sampah (Sg. Kerayong berhampiran Kg Seri Indah, Sg Besi)", blog "New Straits Times : Dirty River Threaten Fishermen's Income (Sg. Cengkih Di Pontian)", blog "Love Hijau : Pencemaran Sg Di Malaysia (Sg. Juru, Sg. Jelutong, Sg. Junjung dlll di Pulau Pinang, Sg Sepang, Sg Langat dlll di Selangor dan beberapa sungai lain lagi di Malaysia). Sehingga pencemaran di Sg Juru ditabalkan sungai yg terburuk dari segi pencemarannya. Adakah jabatan yg terbabit peka didalam hal pencemaran ini? Allahualam...
Selain dari pencemaran sungai, malaysia juga mempunyai masalah dalam menandatangani masalah pencemaran laut dan udara yang semakin berleluasa ataupun bolehlah dikategorikan Pencemaran Alam Sekitar. Pencemaran Laut dengan tumpahan minyak yang tidak dapat disekang serta sikap individu yang tiada kesedaran sivik membuang sampah sarap tidak kira tempat. Masalahnya yang dibuang merata-rata itu bukan setakat puntung rokok tetapi botol-botol plastik yang dijamin tidak akan hancur sama sekali. Pergilah ke luar negara dan perhatikan rakyat di negara itu, bagaimana kesedaran sivik diserap didalam kehidupan mereka seharian. Tolong jangan bandingkan dengan negara-negara yg rakyatnya tiada kesedaran sivik juga tapi cubalah bandingkan dengan negara yang betul seperti UK ataupun Australia. Puntung rokok yang kita buang disebabkan kebiasaan berbuat demikian di sinipun akan dikutip oleh mereka untuk dibuang didalam tong sampah yang pertama mereka jumpa. Inilah budaya yang patut kita terapkan kepada warga kita. Tugas siapa pula kali ini?
Bercakap berkenaan pencemaran udara, marilah kita jengah kepada kilang-kilang gas dan minyak (petroleum) yang berlambak di negara ini. Jika kita lihat hampir setiap kilang petroleum ini melakukan pembakaran atas sebab-sebab tertentu, Lihat sahaja api yang membakar di corong-corong kilang terbabit yang membakar 24jam sehari tanpa gagal. Adakah nyalaannya berwarna biru seperti yang sepatutnya? Malangnya tidak, ia berwarna kekuning-kuningan dan ini hanya terdapat di negara kita, Malaysia yang tercinta. Mungkin ia tidak memberi kesan hari ini, minggu depan atau tahun depan satu hari nanti bila semuanya sudah terlambat. Yang pasti lihatlah kereta-kereta yang ada berdekatan dengan kawasan kilang terbabit yang mungkin sudah bertahun-tahun digunakan oleh penduduk tempatan. Terdapat bintik2 yang melunturkan warna cat kereta, bukan satu tapi berdozen-dozen kereta . Bayangkan pula paru-paru warga malaysia yang menghidu udara dikawasan terbabit. Jika pekerja di jabatan tertentu yang sepatutnya memantau hal ini menganggap kerja itu satu ibadah, maka sudah tentulah perkara ini tidak akan berlaku kerana sudah tentulah mereka akan bekerja dengan telus dan ikhlas.
Sejuk mata memandang apabila melihat senyuman manis kelima-lima gadis disebelah tapi adakah rakyat malaysia murah senyuman seperti yang digambarkan oleh gadis-gadis cantik ini? Jawapanya, sudah tentulah ya terutamanya pekerja-pekerja yang terbabit didalam industri perhotelan dan pelancongan di malaysia dan jawapannya tidak jika ditanya secara umumnya. Rasanya tidak perlulah kita menidakkan fakta, pergilah kemana-mana kedai kopi, kedai makan atau pasaraya pasti pekerjanya yang berurusan dengan kita mukanya lebih masam dari asam kecut. Cakappun hendak tidak hendak aje. Bukan setakat kita dilayan begitu, pelancong pun mendapat layanan yang sama. Pekerja begini bolehlah kita kategorikan sombong tak bertempat. Apa yang patut kita buat berkenaan hal ini?
Adakah kita ingin mendengar pelancong-pelancong yang datang melawat negara kita mengatakan negara kita kotor, tercemar dan rakyatnya sombong tapi itulah realiti apa yang terdapat di negara kita. Adakah kita nak digambarkan sebagai negara asia yang mempunyai banyak kepincangan seperti ini? Usaha merealisasikan "Malaysia Truly Asia" bukan diatas bahu seorang insan di Malaysia sahaja tapi dibahu semua rakyat Malaysia. Setiap orang ada peranan masing-masing untuk memperbaiki semua kelemahan yang ada. Biarlah negara kita dikenali kerana kebersihannya, keramahan rakyatnya dan segala nilai positif yang boleh ditonjolkan dan kita boleh berbangga sebab kita adalah sebahagian darinya. Tiada siapa boleh mengubah kaum tersebut melainkan kaum itu sendiri, renungkanlah.
No comments:
Post a Comment