Sunday, 25 September 2011

Warga Asing Monopoli Cyberjaya

Salam nek. saya nak cerita dengan nenek sikit. Ada satu hari tu saya pergi melawat kawan saya di Putrajaya dan oleh sebab dia tak bekerja pada hari tersebut dia mengajak saya untuk melihat rumah yang disewakannya di cyberjaya. Untuk pengetahuan nenek saya tak pernah jejakpun Cyberjaya lagi jadi perasaan ingin tahu berkobar-kobar. Sampai aje di Cyberjaya kawan saya ajak saya pergi minum dulu di kedai mamak yang terdapat di Cyberjaya tu. Pelbagai bangsa ada kat sini nek, rasa kagum saya simpan aje dlm hati sebab tak mau dikatakan jakun oleh rakan saya tu.

Lepas pekena teh tarik kami pergilah ke kawasan perumahan tersebut. Wah! disini lagi hebat, macam kat oversea aje rasanya. cuma kebanyakkan warga disini adalah warga kulit hitam. selepas meletak kereta kawan saya mengajak saya berjalan kaki kerumahnya itu. Sepanjang perjalanan kami kerumah sewanya mata saya ni disajikan dengan pelbagai kaum. Indonesia, Korea, Jepun dan lain-lain bangsa tapi yang banyaknya warga kulit hitam. sana-sini dipenuhi oleh mereka. Jika berselisih sikitpun tak mau beralah, kita yang kecik ni juga yang kena jalan dibirai jalan. Kadang2 sampai terlanggar nek, kita pulak yang dimarahnya. Terlupa pula nak tengok signboard tadi. Sini Nigeria atau Malaysia. Kalau tak silap Malaysia. Bila saya dimarah oleh warga kulit hitam tu, kawan saya pun naik anginlah sebab dia yang langgar saya. Akhirnya warga nigeria tu angkat kaki.

Sampai dirumah sewa kawan saya tu. Kawan saya menekan loceng. Lama juga nek. saya yang tengok ni pun naik lenguh dibuatnya. Ting tong ting tong, tapi tak ada orang buka. saya ajak kawan saya beredar aje. Dia berkeras tak mau, dia kata penyewanya ada didalam. Pelik, mana dia tau. Dia kata, dia tau sangat perangai penyewanya itu. Kalau ada perempuan dalam rumah tu dan mereka pula tau dia terpacak kat luar ni, mesti tak mau buka pintu. Owh....Macam tu pulak rupanya.. Lebih kurang 45min, melepak kat situ akhirnya pintu dibuka. Hah! kan ada orang, katanya kepada saya. 

Penyewanya mengajak kami masuk, memang betul.. ada 2 orang gadis. kawan saya bertanya kenapa lambat buka pintu dan mereka mengatakan mereka tidak mendengar bunyi loceng. kawan saya terus bangun, menekan loceng rumahnya dan kedengaran bunyinya satu rumah dan dia mengangguk kepala dan muka penyewanya berubah sama sekali. Penyewanya, 5 warga indonesia dan 2 gadis ini adalah kekasih dari 2 penyewa tersebut dan gadis-gadis ini warga tempatan iaitu warga malaysia. 

Kawan saya memberi 3 bulan notis kepada penyewanya tetapi mereka memujuknya dengan mengatakan susah nak cari rumah sewa tapi kawan saya tetap dengan keputusannya kerana kawan saya telah memberi amaran kepada mereka sejak dari awal lagi tidak dibenarkan perempuan masuk kedalam rumah tersebut kecuali ada ikatan persaudaraan. Mereka bukan saja melanggar peraturan yang kawan saya berikan bahkan kalau dilihat pada kedua-dua wanita itu anda akan mengetahui dengan amat jelas bahawa mereka bukan hanya berbual2 kosong aje (Malaslah saya nak cerita lengkap-lengkap nek)

Akhirnya kami beredar dari rumah sewa tersebut dan menuju ke arah tempat letak kereta. Kali ini kami disapa dengan kasar oleh seorang pengawal keselamatan kawasan kediaman tersebut. Warga Myanmar rupanya. Pendek kata, Warga Malaysia yang tinggal disini boleh dikira dengan jari aje nek. Sebelum sampai tadi ingat seronok rupanya jauh kuah dari nasilah nek...datang sekali-sekalapun rasa macam pendatang di tempat sendiri.

Baiklah nek, saya minta diri...saje-saje nak cerita kat nenek..kot-kot nenek teringin nak siarkan, boleh juga. cuma janganlah nenek siarkan nama dan alamat email saya sudah..Assalamualaikum nek.

No comments:

Post a Comment