Kemudian beliau membuka cerita. Pada hari raya yang lepas ni beliau bersama isteri dan Hani pergi kerumah ibubapa angkat anaknya (Saya namakan Huda selepas ini). Disitu mereka bertemu dengan Huda. Huda kelihatan terkejut dan tidak senang dengan kehadiran beliau tiga beranak. Usahkan nak meminta maaf, layan pun macam layan tetamu yang tak dikenali aje. Sedangkan sejak dari kecil lagi Huda dah diberitau oleh keluarga angkatnya bahawa kedua merekalah ibubapa kandungnya. Beliau menyerahkan Huda kepada orang lain kerana kesempitan hidup bukan sebab beliau suami isteri tak sukakan Huda. Almaklumlah, beliau dulu seorang nelayan, anak pula ramai dan bukan Huda seorang yang diberikan kepada orang lain untuk dibela tetapi 3 orang dari anaknya. Dua anaknya yang diberikan kepada orang lain ada melawatnya sekali sekala. Hanya Huda yang tak pernah berbuat demikian.
Beliau tak pernah salahkan Huda kerana bersikap demikian. Padanya, mungkin Huda masih terasa hati kepada mereka suami isteri kerana memberikan dirinya kepada orang lain ataupun Huda malu kerana mereka orang miskin bukan seperti keluarga angkat Huda yang kaya raya. Cuma beliau kesian dengan isterinya, isterinya selalu menangis kalau teringatkan Huda. Walaupun dalam keadaan yang cuba berselindung saya dapat lihat isterinya mengelap airmata yg turun dari bibir matanya. Ketika beliau memberi Huda kepada orang lain untuk dijadikan anak angkat, isterinya bentan sebab terlalu banyak menangis sebab tindakan beliau itu. Beliau tak tahu bagaimana untuk memujuk Huda untuk melawat ibunya sekali-sekala atau sekurang-kurangnya memaafkan mereka suami isteri sebab tidak membelanya.
Hani yang sedari tadi hanya mendiamkan dirinya, mencelah perbualan kami dan apa yang diperkatakan amat mengejutkan saya sama sekali.
"Kakak tu bukannya tak maafkan ayah atau mak tapi kakak tu sombong sebab ibubapa angkatnya orang kayalah makcik"
Kenalan saya itu menegur Hani dan mengatakan apa yang disuarakan itu tidak baik tetapi Hani tetap bersuara,
"Maaflah ayah, mak. Hani x boleh diamkan diri lagi. Hani bukan tak suka kakak tapi Hani tak suka sikap kakak tu. Harap aje pakai tudung labuh tapi sombong. Dari masa sekolah lagi Hani tahan aje. Bila Hani terserempak dengan kakak dulu, kakak selalu cakap Hani bukan adik dia dan tak layak jadi adik dia. Dia anak orang kaya sedangkam Hani anak orang miskin. Semua pelajar kat sekolah tau, kakak memang sombong walaupun kakak anak angkat. Kakak tak banyak kawan kat sekolah. Dahlah umur 30 lebih, kawin pun tak lagi, orang takut kot, sebab sombong sangat. Hani cuma rasa geram dengan perangai kakak. Maaflah Ayah, Mak, Makcik. Hani minta diri dulu, Hani nak beli barang kat sana" Hani terus meninggalkan kami dan hilang dicelah-celah pasar malam disitu.
Habis saja Hani bersuara tadi hinggalah kenalan saya memohon diri untuk balik, suasana senyap seperti tiada apa yang nak dibualkan. Mungkin kenalan saya dan isterinya sedih dengan apa yang kami bualkan tadi. Saya juga tak sangka Huda bersikap begitu. Cuma saya berharap Huda akan berubah satu hari nanti. Insya-Allah
* Ini adalah email yg dihantar kepada saya dan penghantar email telah membenarkan saya untuk menyiarkan kisah ini untuk dijadikan pengajaran. Nama telah diubah
dunia sekarang mmg camni...pakai tudung xbermakna alim...tp kalau tak pakai tudung bukannya baik pun...semuanya terletak kat hati ...iman kita...betul jln kita pilih...betullah perbuatan kita...
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteBetul cakap cucu tu, zahir (luaran) cantik tak semestinya batinnya (dalaman) pun sama cantik. Kebiasaanya zahir aje yg cantik. Cuma nenek sedihlah... sebab nila setitik rosak susu sebelanga...terima kasih untuk komen cucu tu..Wasalam