Tertarik dengan email-email yang nenek paparkan di blog nenek buat saya terpanggil untuk menghantar email buat nenek( harap nenek tak marah saya panggil nenek). Saya nak cerita dengan nenek satu kisah, bukan nak menyebarkan fitnah dan jauh sekali untuk memburukkan orang, cuma harap ianya dijadikan iktibar bagi sesiapa saja yang membacanya. Begini ceritanya, nek.
Dikampung saya ada seorang wanita yang kami semua panggil kak zah. Umurnya kalau tak silap saya awal 50-an, belum berkawin, tinggal seorang diri di rumah pusaka keluarganya. Kalau dilihat pada wajahnya sekarang saya rasa tentunya dia seorang yang agak cantik semasa mudanya. Orangnya tinggi, berkulit cerah serta bertudung. Saya jarang melihat ahli keluarganya datang melawatnya. Kalau saya balik bercuti, tak kiralah raya atau apa-apa cuti pun hanya terlihat abangnya yang tinggal dikuala lumpur balik menjenguknya. Itupun balik seorang. Setau saya adik-beradik kak zah ni ramai dan kak zah ni adik yang bongsu. Anak-anak saudaranya pun sudah besar panjang.

Kak zah ni seorang yang pilih kasih. Kak Zah lebih baik dengan adik beradik sebelah ayahnya berbanding dengan adik beradik sebelah ibunya. Bukan setakat adik-beradik sebelah ibunya kurang dilayan olehnya tapi anak-anak kepada mereka pun menerima nasib yang sama. Lebih memburukkan lagi kak zah lebih sayangkan budak-budak yang dijaganya malah hubungannya dengan keluarga budak-budak yang dijaganya itu lebih baik dari adik beradiknya sendiri.


Dulu semasa hayat arwah neneknya, kak zah yang menjaganya tapi setiap kali masa untuk memandikan atau makan mesti kak zah bising. Tangannya buat kerja tapi mulutnya pun selincah tangannya. Bukan setakat itu, dengan mukanya pun masam mencuka dan tapak kaki yang dihentak kuat ke lantai. Nasib baiklah kak zah tinggal rumah batu.Ibunya tau kak zah memprotes tapi apa yang boleh dia buat, dia tak mampu untuk menguruskan mandi, makan minum maknya sebab diapun dah tua.
Bila ibunya meninggal, adik-beradik satu ayah dengannya sudah jarang melawatnya dan adik-beradik satu ibu dengannya pula sudah berpindah ketempat lain dan melawatnya bila ada waktu terluang saje. Tapi akhir-akhir ini tiada nampak keluarga baik adik-beradik sebelah ayah atau adik-beradik sebelah ibunya balik melawatnya walaupun ketika raya baru-baru. Ketika ibunya masih hidup, ketika raya menjelang pasti penuh depan rumahnya dengan pelbagai jenis kereta mewah. Namun sekarang, rumah tersebut sunyi sahaja. Kak zah hidup bagai sebatang kara. Kak Zah pernah menyatakan keluhannya pada kawan saya, katanya "kenapalah anak-anak saudaranya sisihkan dia, sedangkan dia tak buat apa-apa".
No comments:
Post a Comment