Friday 14 October 2011

Khasiat Daun Kemunting

Nama Botani : Rhodamyrtus tomentosa
Famili : Myrtaceace
Pengenalan 
Pokok kemunting merupakan tumbuhan yang hidup meliar di kawasan belukar dan tanah lapang terbiar. Pokok kemunting mencapai ketinggian hanya 2m di kawasan terlindung dengan pokok-pokok besar dan sekitar 1m di kawasan terbuka. Pokok kemunting berbunga dan mengeluarkan buah sepanjang tahun. Bunga kemunting mekar cantik dan berwarna merah jambu(rujuk foto). Buah kemunting yang masak boleh dimakan. 

Kegunaan
Pucuk dan daun kemunting yang direbus dan diminum air rebusannya dipercayai dapat melegakan sakit perut. Pucuk pokok kemunting juga boleh digunakan untuk rawatan selepas bersalin. Pucuk kemunting direbus bersama-sama daun inai, daun ati-ati dan daun jambu batu dan airnya diminum untuk mengecutkan rahim. Akar dan daun pokok kemunting yang direbus dan diminum boleh digunakan untuk merawat keputihan pada wanita.

7 comments:

  1. Harap UPM dapar kaji khasiat buahnya.

    ReplyDelete
  2. selalu singgah kutip buah ni di tepi2 jalan smasa balik dr sekolah zaman knak2 dlu..Nostalgik.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pelbagai pokok herba & ulaman beserta herba kering. Antara yang ada :-


    Rerama hijau

    Stevia
    
Halia bara
    
Lempoyang

    Turi
    
Ulam raja

    Sambung nyawa

    Tenggek burung

    Tebengau

    Belalai gajah

    Kemunting
    Pokok2 buah

    DAN BANYAK LAGI


    lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor (search Google: D'Kaduk Herbs & Floral ) 

Harga berpatutan..perkhidmatan penghantaran dan pos juga disediakan..
hubungi utk sbrg pertanyaan & maklumat lanjut:
    0122440099 -Azizi @
 0123106846 -Faizal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok buah kemunting ni ada tak. Susah nak cr skrg

      Delete
    2. kat Chalet Telok Gorek , Tanjung Resang , Mersing bannyyaaak...

      Delete
    3. kat Chalet Telok Gorek , Tanjung Resang , Mersing bannyyaaak...

      Delete