Sunday 9 October 2011

Suami Mualaf Tidak Mahu Mendalami Islam

Nek, saya nak ceritakan sesuatu pada nenek dan saya harap nenek boleh beri pandangan nenek. Saya sudah berkawin 3 tahun dan tidak mempunyai anak. Suami saya seorang mualaf. Dia masuk islam sebab nak kawin dengan saya (dia akuinya baru-baru ini). Agamanya sebelum ini adalah kristian. Beberapa tahun lepas sepatutnya saya yang mengajarnya tentang islam tetapi sebaliknya saya hanyut mengikut budaya hidupnya yang selalu minum dan lain-lain lagi.

Awal tahun ini saya rasa hidup saya kosong dan saya kembali ke laluan saya yang sepatutnya (kembali hidup secara islam, berpuasa, sembahyang. menutup aurat dan lain-lain lagi). Saya minta suami saya pelajari islam melalui perkim. Dia menolak cadangan saya dan dia mahukan saya yang mengajarnya. Permintaannya tidak menjadi masalah buat saya kerana saya memang tahu selok belok agama walaupun tidak terlalu 'expert' ( saya habis sekolah agama cuma tidak melanjutkan pelajaran ke maahad sahaja).

Saya beli buku lengkap berkenaan fardu ain, munakahat, jinayat dlll dan mulai mengajar sedikit demi sedikit. Dia tidak ada masalah untuk menangkap apa yang diajar oleh saya bahkan dia cepat faham. Malangnya apabila saya minta dia menghafal ayat-ayat tertentu ( niat mandi wajib, niat sembahyang, dll). Dia anggukkan kepalanya tapi dia tak menghafalnya. Bila saya tanya dia buat bodoh aje dan cakap dia belum hafal. Saya tahu dia sengaja buat macam tu. Entahlah mungkin untuk buat saya marah atau saja untuk berlengah-lengah. Kalau saya tanya dan cakap banyak kali, saya akan rasa sakit hati dan nak marah dan ini akan membuatkan saya berdosa padanya pula. Kalau saya tak tanya, saya pula berdosa sebab tak ajarnya apa yang patut dia pelajari. Keluarga saya minta saya buat keputusan, samada ingin terus bersamanya dan terus-terusan menanggung dosa sebab dia tidak melaksanakan tuntutan agama ataupun bercerai sahaja. Entahlah nek, saya tak tahu apa nak buat. Tolonglah nek, cakaplah dengan saya apa yang perlu saya buat...

2 comments:

  1. isteri seorang muallaf11 February 2012 at 03:22

    Saya faham.. saya kagum dengan usaha puan. Saya pun sama, suami tak mahu pergi belajar, tapi kalau saya ajar bolehlah. Masyarakat sekeliling selalu ajak suami solat Jumaat, mengaji dan sebagainya, tetapi sering ditolak. Jadi mereka mengajak melalui saya. Bila suami tak mahu ikut, saya yang stres. Stress dengan pressure masyarakat sekeliling. Banyak kali juga orang minta saya buat keputusan seperti yang puan alami.

    Saya rasa puan dah cukup bagus dah.. Kita nak dakwah suami, tapi bila orang pressure kita kerana tak nampak usaha dari pihak suami, kita yang stress. Hubungan kita dengan suami pulak yang renggang. Lagi suami tak mau ikut islam. Tengah gaduh2, timbul plak perbalahan aqidah sbb suami pun jadi stress.

    Saya rasa puan suami isteri da ckup bgus da..wallahua'lam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam cu... pada nenek, kita cuba buat yang terbaik.. kalau boleh tegur, kita tegur...kalau suami jenis yang x boleh ditegur, berdoa ajelah cu.. lagi satu, cuba buat sembahyang hayat 3 kali setiap malam jumaat selepas tengah malam ditepi suami dan mohon semoga Allah lembutkan hatinya untuk berubah dan mendalami islam serta menjadi muslim yang baik...

      Delete